Thursday, 8 December 2011
Wednesday, 7 December 2011
Arkib kes saman fitnah dan terkini
di tingkat bawah Hauzah ar-Ridha a.s.
-Liputan meluas serbuan ke seluruh dunia
-Plaintif ( Mohd Kamilzuhairi ) memfailkan Saman Fitnah
-2 Defendan ( Datuk Khusrin dan JAIS ) memohon digugurkan kes saman fitnah
-Mahkamah Tinggi menggugurkan kes 2 defendan
-Hakim menggugurkan saman keatas 2 defendan
-Hakim menggesa Utusan memohon pengguguran kes
-Plaintif memfailkan kes saman fitnah 2 defendan ke Mahkamah Rayuan
dan Plaintif memohon penangguhan kes saman fitnah ke atas Utusan sehingga
setelah Mahkamah Rayuan selesai.
-Mohd Kamilzuhairi bin Abd Aziz dan Masyarakat Awam Syiah Imamiyah (Ja'fari) Malaysia
memberi surat pemakluman mengadakan majlis Muharram dan Asyura 2011 kepada Ketua
Pengarah JAIS dan lain-lain Pihak Berwajib.
-Kereta-kereta pegawai JAIS datang menziarahi sekitar Hauzah ar-Ridha Sri Gombak pada siang
Asyura dan malamnya dan cuba didekati oleh beberapa warga Hauzah ar-Ridha untuk bersuai-
kenal dan silaturrahim dan untuk mempelawa makanan jamuan keberkatan cucunda Nabi tetapi
tidak mendapat kesudian dari para pegawai yang di antaranya berkenderaan cermin gelap.
Semoga terjalin silaturrahim diantara Hauzah ar-Ridha dan JAIS..Aameen
-Setinggi-tinggi Penghargaan kepada Ketua Pengarah JAIS dengan berjalan lancarnya majlis-majlis
memperingati Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga ( Ahlul Bait ) nya yang tercinta lagi Suci.
Arkib:
Mahkamah tetapkan 14 Disember dengar permohonan Utusan fail batal saman
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Syarikat penerbitan akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan saman seorang lelaki yang didakwa pengikut ajaran Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu.Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh peguam Natisha Zainol Rashid dari firma guaman Raja Riza & Associates ketika pengurusan kes itu di hadapan Hakim Datuk V.T. Singham hari ini.
Mohd. Kamilzuhairi Abdul Aziz memfailkan saman pada 16 Jun lalu dengan menamakan Utusan Melayu, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS sebagai defendan pertama hingga ketiga kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.
Terdahulu, hakim berkenaan mempersoalkan tindakan pihak peguam yang sepatutnya berbuat demikian ketika mahkamah itu pada 31 Oktober lalu membatalkan saman tersebut terhadap Muhammad Khusrin dan JAIS.
Dalam keadaan peguam yang mewakili Mohd. Kamilzuhairi masih belum hadir ketika kes itu dipanggil, Hakim Singham terpaksa bertanya kepada Natisha mengapa mahkamah tidak boleh membatalkan saman tersebut disebabkan peguam yang memfailkan tindakan itu seolah-olah sudah tidak berminat.
Sambil mengatakan belum mendapat sebarang arahan daripada anak guam untuk berbuat demikian, Natisha bagaimanapun menjelaskan, pihaknya akan memfailkan permohonan tersebut.
Jawapan peguam tersebut menyebabkan hakim itu mencelah dengan mengatakan perkara itu (tidak dapat arahan) tidak wajar berlaku kerana peguam yang sepatutnya memberi nasihat kepada anak guam mereka mengenai tindakan selanjutnya, apatah lagi saman terhadap Muhammad Khusrin dan JAIS telah pun dibatalkan.
Natisha turut memohon kes itu ditangguhkan seketika bagi membolehkan beliau menghubungi peguam yang mewakili Mohd. Kamilzuhairi.
Ketika peguam Azhana Mohd. Khairudin tiba, selain ditegur oleh Hakim Singham, beliau turut ditanya sama ada pihak plaintif masih mahu meneruskan saman itu atau sebaliknya.
Hakim tersebut berkata, mahkamah membatalkan saman tersebut selepas
Utusan diberi tempoh fail batal saman pengikut syiah
22/11/2011 5:32pm
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Utusan Melayu (Malaysia) Berhad diberi tempoh sehingga 29 November ini untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan saman oleh seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T.Singham memberikan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Natisha Zainol Rashid yang mewakili syarikat akhbar itu supaya mahkamah menetapkan tarikh lain bagi membolehkan pihaknya memfailkan permohonan itu.
Hakim Singham juga menetapkan 14 Disember ini bagi mendengar permohonan Utusan untuk membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz.
Mohd Kamilzuhairi memfailkan saman terhadap Utusan Melayu, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.
Pada 31 Oktober lepas, Hakim Singham membenarkan permohonan Muhammad Khusrin dan JAIS bagi membatalkan saman itu dan memutuskan kenyataan yang dikeluarkan oleh defendan itu pada 16 Disember tahun lepas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 17 Disember tidak merujuk secara langsung atau tidak secara langsung kepada Mohd Kamilzuhairi atau mana-mana individu.
Bagaimanapun, Utusan Melayu tidak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu.
Pada prosiding hari ini, Natisha memberitahu mahkamah bahawa pihaknya masih menunggu arahan daripada Utusan bagi memfailkan permohonan itu dan memohon tarikh lain bagi membolehkan pihaknya memfailkan permohonan itu.
Hakim Singham berkata sepatutnya peguam yang memberikan nasihat kepada anak guam mereka mengenai tindakan yang akan dibuat selanjutnya.
Ini kerana mahkamah sudah pun membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi terhadap Muhammad Khusrin dan Jais pada 31 Oktober lepas.
"Mahkamah berikan tarikh lain seperti dipohon oleh peguam untuk memfailkan permohonan batalkan tindakan plaintif. Permohonan mesti difailkan sebelum atau pada 29 November,” katanya. - Bernama mendapati ia tidak berasas dan berdasarkan hematnya semata-mata serta tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada plaintif atau mana-mana individu.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 Disember depan untuk mendengar permohonan yang bakal difailkan oleh Utusan bagi membatalkan saman tersebut selepas Natisha memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan tersebut pada atau sebelum 29 November ini.
Bersambung issue akan datang
Dari Fail Peguam Plaintif............
Tuesday, 6 December 2011
Sejarah berulang kembali ( History Repeats Itself )
ألعلماء ورثة الأنبياء
علماء أمّتي كانبياء بني اسراءيل
علماء أمّتي أفضل من أنبياْ بني أسراءيل
Rasulullah s.a.w bersabda Ulama itu adalah para pewaris Nabi-Nabi
Ulama Ummatku seperti Nabi-Nabi Bani Israel
Ulama Ummatku lebih afdhal dari Nabi-Nabi Bani Israel
صدق رسول الله ص
Soalan : Siapakah AL-ULAMA' tersebut ?
Jawapannya boleh ditemui di dalam Ziarat Warithah di atas
Ikutilah sepintas lalu pandangan Strategik Penganalisis Antarabangsa En.Zaini ZainalAbidin tentang perkaitan
ehwal semasa dengan sejarah :
pada hari ini.Apa yang berlaku sejak Allah s.w.t utuskan Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad s.a.w
adalah pertembungan antara Haq dan Bathil.Habil dibunuh oleh Qabil,Nabi Ibrahim a.s dizalimi Namrud,
Nabi Musa a.s diperangi oleh Firaun dan Nabi Penghulu kepada segala Nabi dan Rasul ( Sayyidul Mursalin
/ The Chief of all Prophets ),Nabi penutup kepada segala Nabi dan Rasul ( Khatamun Nabiyyin / The Seal
of all Prophets ) iaitu Nabi Muhammad s.a.w diperangi oleh Abu Lahab,Abu Jahal dan Abu Sufyan serta
kuncu-kuncu mereka dan setelah wafatnya Rasulullah s.a.w sepupu yang juga menantunya Nabi Muhammad
s.a.w iaitu Sayyidina Ali k.w diperangi oleh anak kepada Hindun dan Abu Sufyan iaitu Muawiyah.Cucu kesa
-yangan Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidina Hassan juga diperangi oleh Muawiyah dan seorang lagi cucu kesaya
-ngan Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidina Hussein r.a serta kaum keluarga dan para sahabat yang berjumlah 72
orang telah dibunuh dengan amat kejam oleh 30,000 tentera Yazid ( anak Muawiyah ) dan kemuncak kekejaman tersebut cucu Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidina Hussein telah dipenggal kepalanya dengan belati
tumpul dari arah tengkuk hingga ke leher yang mana peristiwa hitam ini berlaku pada 10 Muharram atau di-
kenali hari Asyura dan tempatnya di padang pasir Karbala.Dalam hadith sohih Rasulullah s.a.w bahawa Say
-yidina Hassan dan Sayyidina Hussein adalah ketua pemuda syurga.Sayyidina Hussein syahid di padang
Karbala bersama dengan kaum keluarga dan para sahabat yang setia semata-mata untuk mempertahankan
kesucian Agama Islam yang telah dibawa dengan penuh pengorbanan oleh Datuk beliau iaitu Nabi Muhammad s.a.w di mana Yazid telah mencemarkan nama baik Islam dengan membuat pelbagai kemung-
karan.Di hari ini Republik Islam Iran yang mana kerajaannya telah diasaskan oleh cicit Rasulullah s.a.w iaitu
Khomeini dan sekarang Sayyid Ali Khamenei yang begitu mencintai Rasulullah s.a.w dan keluarga Rasulullah s.a.w serta para sahabat yang setia kepada Rasulullah s.a.w telah diperangi oleh Zionis,Amerika,Eropah dan sekutu-sekutu mereka sejak tertubuhnya Republik Islam pada tahun 1979.
Almarhum Imam Khomeini menyatakan bahawa kelahiran Republik Islam Iran adalah berasaskan kepada
perjuangan Sayyidina Hussein r.a yang sanggup mengorbankan diri serta kaum keluarga dan para sahabat
yang setia.AS,Zionis dan sekutu baratnya menguasai segala-galanya seperti media,ekonomi,ketenteraan dan
kekayaan.Mereka juga menguasai PBB dan apa sahaja pertubuhan.Sebab itu apa sahaja kedurjanaan yang dilakukan terhadap Republik Islam Iran tiada siapa yang berani bersuara untuk membela mereka.Seandainya
kerajaan Iran mengiktiraf negara haram Yahudi sudah pasti kesemua kuasa besar akan mengiktiraf Iran sep-
erti di zaman Shah.Begitu juga dengan Sayyidina Hussein,seandainya beliau menerima tawaran pangkat dan
kekayaan dari Yazid dengan syarat menerima segala kemungkaran dan kerosakan oleh Yazid terhadap Islam
sudah pasti Islam yang ada pada kita di hari ini adalah Islam buatan Abu Sufyan dan isterinya Hindun ( yang melapah dada dan memamah jantung Sayyidina Hamzah ) dan anak mereka Muawiyah dan cucu mereka iaitu Yazid.
Rumusan tentang apa yang berlaku pada hari ini di antara Amerika dan Zionis serta kuncu-kuncunya terhadap Islam bukanlah pertembungan politik atau budaya tetapi ianya merupakan pertembungan antara
Agama Allah yang telah disampaikan kepada kita dengan penuh pengorbanan oleh Rasulullah s.a.w dan
dipertahankan oleh zuriat Baginda s.a.w dengan mereka yang bernaung dengan Iblis dan Syaitan-Zaini
' The Lover and the beloved of Olive Oil '
Nota : Penghargaan kepada En.Zaini.
Petua : sabda Nabi s.a.w : Sesiapa yang bersolawat ke atasku sekali Allah Taala membuka pintu keafiatan
baginya.SOLAWAT
Monday, 5 December 2011
Sunday, 4 December 2011
Friday, 2 December 2011
INTERNATIONAL STRATEGIC DISCOURSE
Bersama Penganalisis Antarabangsa En.Zaini Zainal Abidin.
Apakah benar Republik Islam Iran akan diserang oleh negara haram Zionis dan Amerika Syarikat dalam
masa terdekat?
Jawapan : Pada hemat saya negara haram Zionis dan Amerika Syarikat serta para penyokong mereka iaitu
NATO,blok Eropah dan hampir kesemua negara Arab telah merancang menyerang Republik Islam Iran secara
besar-besaran setelah Hizbullah dihapuskan dalam peperangan musim panas yang berlaku pada bulan Jun 2006 apabila tentera haram Zionis menyerang selatan Lubnan yang menjadi kubu kuat Hizbullah.Hizbullah adalah sek-
utu terkuat Republik Islam Iran di dunia Arab.Tujuan utama peperangan musim panas yang dicetuskan oleh tentera haram Zionis pada bulan Jun 2006 adalah untuk menghapuskan pejuang-pejuang Hizbullah dan me-
nakluk wilayah selatan Lubnan.Seperti yang pernah dilakukan oleh tentera haram Zionis dengan sokongan
ketenteraan oleh AS,Perancis dan Itali pada tahun 1982 dengan menceroboh selatan Lubnan sehingga menyeberangi Sungai Litany dan menjelajah Selatan Lubnan.Hizbullah berjaya menumpaskan dan menghalau
tentera haram Zionis pada tahun 2000.Peristiwa di Selatan Lubnan ini mengakibatkan Zionis mendapat aib yang begitu besar kerana untuk julung-julung kalinya mereka (Zionis) telah dikalahkan oleh satu entiti Islam
/ Arab ( Hizbullah ).
Semenjak mereka menjajah bumi Palestin pada tahun 1948 dan peperangan besar di antara Zionis de-
ngan negara-negara Arab pada tahun 1967 dan 1973 semua kejayaan memihak kepada negara haram Zionis.
Walaupun tenteras haram Zionis melakukan serangan udara dan pengeboman besar-besaran secara yang amat kejam melebihi tempoh satu bulan ( Jun-Julai 2006 ) terhadap kubu-kubu Hizbullah tetapi sebaik sahaja
tentera darat mereka cuba menyeberangi Sungai Litany mereka telah diserang secara terbuka oleh pejuang-
pejuang Hizbullah yang mengakibatkan lebih 200 tentera Zionis terbunuh dalam massa sehari ( satu rekod yang tidak pernah dialami oleh tentera Zionis sejak tertubuhnya negara haram Zionis di bumi Palestin ).
Zionis dan AS serta sekutu-sekutu mereka telah merancang untuk menyerang Republik Islam Iran apabila
Hizbullah berjaya dihapuskan tetapi perencanaan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kekalahan yang di-
tanggung oleh negara haram Zionis.Kerana Zionis dan Amerika Syarikat amat faham risiko yang pasti terjadi
iaitu apabila mereka menyerang Republik Islam Iran sudah semestinya Hizbullah yang dipimpin oleh Sayyed
Hassan Nasrullah akan menyerang negara haram Zionis.Yang jelas sejak tertubuhnya Republik Islam Iran
pada tahun 1979,AS dan Soviet Union ( Rusia ),Zionis serta semua sekutu mereka ( negara Eropah dan Arab
kecuali Syria ) memberikan sokongan terhadap Saddam Hussein ( Iraq ) memerangi Republik Islam Iran yang
tercetus pada 22 September 1980 sehingga 1988.Dan AS pada tahun 1980 semasa era Presiden Jimmy
Carter telah menyerang Republik Islam Iran dalam misi yang diberi nama 'Operation Desert Claw' ( sila rujuk
majallah Newsweek' special edition' Nov 2011.Operasi serangan yang telah diatur dengan cukup teliti oleh
Pentagon dan Zionis disertakan dengan bantuan Turki,Mesir dan Arab Saudi tetapi ia berakhir dengan kega-
galan apabila kesemua helikopter yang menceroboh ruang udara Republik Islam Iran telah berlanggar sesama
sendiri.Peristiwa ini mengakibatkan Amerika dan sekutunya menanggung malu yang amat besar.Dan semenjak
1979 segala wang dan harta Iran yang disimpan oleh Reza Pahlavi ( Shah Iran ) di bank-bank Amerika yang
berjumlah puluhan Billion Dollar telah dibekukan oleh Washington.Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Ber-
satu ( yang juga dianggotai Rusia dan China ) sudah 4 kali mengenakan pelbagai sekatan terhadap Tehran.
Moscow dan Beijing tanpa segan silu 'bermain wayang' kononnya tidak akan bersetuju / menentang usul
Washington di Majlis Keselamatan PBB terhadap Tehran tetapi apabila pengundian dijalankan Moscow dan
Beijing menyokong sekatan yang dikenakan terhadap Tehran.Dan sejak 1979 AS telah membelanjakan
berbillion Dollar terhadap kumpulan-kumpulan pengganas Iran seperti MKO ( Mujahideen Khalq Org ),Parti
Komunis Tudeh,Mujahideen Baluchistan dan kumpulan pengedar dadah Iran untuk menjatuhkan kerajaan
Islam Iran.Akhbar New York Times Julai 2008 melapurkan White House telah meluluskan ribuan Billion Dollar setahun untuk disalurkan kepada Al-Qaeda dan rangkaian pengedar dadah Iran supaya Republik Islam Iran dapat ditumbangkan.
Semoga pihak yang yang benar mendapat bantuan Allah SWT dan pihak yang zalim mengalami sebesar-
besar kehancuran...
SOLAWAT
Erti Sebuah Pengorbanan
Salam ke atas Abdullah Ibnul Hussein,bayi yang menyusu yang menjadi sasaran busuran panah,
dengan darah berlumuran yang disimbah darahnya ke arah langit oleh ayahnya ,yang dirobek
busur panah di ribaan ayahnya,Laknat Allah ke atas pemanahnya Harmalah bin Kahil Asadi.
yang dipanah oleh musuh Allah di Karbala dengan busur bercabang tiga
Anak-anak Imam Hussein : 6 anak lelaki (1) Ali Akbar (2) Ali Awsat (3) Ali Asghar
(4) Muhammad (5) Abdullah (6) Jaafar yang kesemuanya gugur syahid di padang Karbala kecuali
Ali Awsat yakni Imam Zainul Abidin a.s.
Ali Akbar Ibnu Hussein pemuda Syahid Karbala yang tubuh badannya,perwatakannya dan tutur katanya
paling mirip nindanya Nabi Muhammad s.a.w
Anak-anak perempuan Imam Hussein a.s : (1) Zainab (2) Sukainah (3) Fathimah
(4) Ruqayyah
Maqam Ruqayyah binti Hussein a.s di Syria
Ruqayyah anak perempuan cilik berusia 4 tahun ketika wanita-wanita dan anak-anak cucu Nabi diarak
dan digiring ke Syam pada suatu ketika terjaga dari tidurnya bertanya,di manakah ayahku,baru aku ber
mimpi ayah begitu kerisauan...pertanyaan Ruqayyah si anak kecil disambut tangisan wanita-wanita dan
anak-anak.......Yazid mengarahkan agar kepala Hussein cucu Nabi yang dipenggal dibawa kepada anak
ini di dalam sebuah dulang ditutup sehelai kain....Ruqayyah menyoal,apakah gerangan ini ? Kepala ayah
mu ! Si anak kecil berteriak ketakutan dan jatuh sakit dan dalam waktu yang tidak lama telah mengikuti
jejak ayahndanya yang tercinta lagi suci,Penghulu Pemuda Syurga...RUQAYYAH..RUQAYYAH...
Batu tempat diletakkan kepala cucunda Nabi s.a.w Hussein ibnu Ali bin Abi Talib a.s di Syria
''Seandainya agama Muhammadi nindaku nyawanya di kepalaku nyawanya di kepalaku,wahai pedang penggallah di kepalaku ini di kepalaku ini."
-Syair Cinta Haji Mustapha Tuan Guru Haji Saed dari kata-kata Imam Hussein a.s
Mahatma Gandhi Mohandas Kramchand : Aku memberi kepadamu cenderamata paling berharga,jika
kita mahu membebaskan tanah air, hendaklah kita mengikuti jalan yang diikuti oleh Hussein putra Ali
dan ini adalah kesimpulan yang aku dapati dari kajian sejarah pahlawan-pahlawan Karbala.
...Di dalam mengasaskan dan membuahkan hasil Revolusi Gemilang India kita mengambil ilham dari
kebangkitan suci,tiada kompromi dan penggeraknya Hussein dan penolong-penolongnya dan pada
hakikatnya aku telah mengikuti laluannya Karbala.
SOLAWAT
Subscribe to:
Posts (Atom)


























































