Wednesday 7 December 2011

Arkib kes saman fitnah dan terkini



-Kenyataan Datuk Khusrin Kepada Para Pemberita malam Asyura 2010
 di tingkat bawah Hauzah ar-Ridha a.s.


-Liputan meluas serbuan ke seluruh dunia


-Plaintif ( Mohd Kamilzuhairi ) memfailkan Saman Fitnah


-2 Defendan ( Datuk Khusrin dan JAIS ) memohon digugurkan kes saman fitnah


-Mahkamah Tinggi menggugurkan kes 2 defendan 


-Hakim menggugurkan saman keatas 2 defendan


-Hakim menggesa Utusan memohon pengguguran kes


-Plaintif memfailkan kes saman fitnah 2 defendan ke Mahkamah Rayuan
dan Plaintif memohon penangguhan kes saman fitnah ke atas Utusan sehingga
setelah Mahkamah Rayuan selesai.


-Mohd Kamilzuhairi bin Abd Aziz dan Masyarakat Awam Syiah Imamiyah (Ja'fari) Malaysia
memberi surat pemakluman mengadakan majlis Muharram dan Asyura 2011 kepada Ketua
Pengarah JAIS dan lain-lain Pihak Berwajib.


-Kereta-kereta pegawai JAIS datang menziarahi sekitar Hauzah ar-Ridha Sri Gombak pada siang
Asyura dan malamnya dan cuba didekati oleh beberapa warga Hauzah ar-Ridha untuk bersuai-
kenal dan silaturrahim dan untuk mempelawa makanan jamuan keberkatan cucunda Nabi tetapi
tidak mendapat kesudian dari para pegawai yang di antaranya berkenderaan cermin gelap.
Semoga terjalin silaturrahim diantara Hauzah ar-Ridha dan JAIS..Aameen

-Setinggi-tinggi Penghargaan kepada Ketua Pengarah JAIS dengan berjalan lancarnya majlis-majlis
memperingati Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga ( Ahlul Bait ) nya yang tercinta lagi Suci.


Arkib:

Mahkamah tetapkan 14 Disember dengar permohonan Utusan fail batal saman

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Syarikat penerbitan akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan saman seorang lelaki yang didakwa pengikut ajaran Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu.
Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh peguam Natisha Zainol Rashid dari firma guaman Raja Riza & Associates ketika pengurusan kes itu di hadapan Hakim Datuk V.T. Singham hari ini.
Mohd. Kamilzuhairi Abdul Aziz memfailkan saman pada 16 Jun lalu dengan menamakan Utusan Melayu, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS sebagai defendan pertama hingga ketiga kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.
Terdahulu, hakim berkenaan mempersoalkan tindakan pihak peguam yang sepatutnya berbuat demikian ketika mahkamah itu pada 31 Oktober lalu membatalkan saman tersebut terhadap Muhammad Khusrin dan JAIS.
Dalam keadaan peguam yang mewakili Mohd. Kamilzuhairi masih belum hadir ketika kes itu dipanggil, Hakim Singham terpaksa bertanya kepada Natisha mengapa mahkamah tidak boleh membatalkan saman tersebut disebabkan peguam yang memfailkan tindakan itu seolah-olah sudah tidak berminat.
Sambil mengatakan belum mendapat sebarang arahan daripada anak guam untuk berbuat demikian, Natisha bagaimanapun menjelaskan, pihaknya akan memfailkan permohonan tersebut.
Jawapan peguam tersebut menyebabkan hakim itu mencelah dengan mengatakan perkara itu (tidak dapat arahan) tidak wajar berlaku kerana peguam yang sepatutnya memberi nasihat kepada anak guam mereka mengenai tindakan selanjutnya, apatah lagi saman terhadap Muhammad Khusrin dan JAIS telah pun dibatalkan.
Natisha turut memohon kes itu ditangguhkan seketika bagi membolehkan beliau menghubungi peguam yang mewakili Mohd. Kamilzuhairi.
Ketika peguam Azhana Mohd. Khairudin tiba, selain ditegur oleh Hakim Singham, beliau turut ditanya sama ada pihak plaintif masih mahu meneruskan saman itu atau sebaliknya.
Hakim tersebut berkata, mahkamah membatalkan saman tersebut selepas

Utusan diberi tempoh fail batal saman pengikut syiah

22/11/2011 5:32pm

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Utusan Melayu (Malaysia) Berhad diberi tempoh sehingga 29 November ini untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan saman oleh seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T.Singham memberikan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Natisha Zainol Rashid yang mewakili syarikat akhbar itu supaya mahkamah menetapkan tarikh lain bagi membolehkan pihaknya memfailkan permohonan itu.
Hakim Singham juga menetapkan 14 Disember ini bagi mendengar permohonan Utusan untuk membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz.
Mohd Kamilzuhairi memfailkan saman terhadap Utusan Melayu, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.
Pada 31 Oktober lepas, Hakim Singham membenarkan permohonan Muhammad Khusrin dan JAIS bagi membatalkan saman itu dan memutuskan kenyataan yang dikeluarkan oleh defendan itu pada 16 Disember tahun lepas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 17 Disember tidak merujuk secara langsung atau tidak secara langsung kepada Mohd Kamilzuhairi atau mana-mana individu.
Bagaimanapun, Utusan Melayu tidak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu.
Pada prosiding hari ini, Natisha memberitahu mahkamah bahawa pihaknya masih menunggu arahan daripada Utusan bagi memfailkan permohonan itu dan memohon tarikh lain bagi membolehkan pihaknya memfailkan permohonan itu.
Hakim Singham berkata sepatutnya peguam yang memberikan nasihat kepada anak guam mereka mengenai tindakan yang akan dibuat selanjutnya.
Ini kerana mahkamah sudah pun membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi terhadap Muhammad Khusrin dan Jais pada 31 Oktober lepas.
"Mahkamah berikan tarikh lain seperti dipohon oleh peguam untuk memfailkan permohonan batalkan tindakan plaintif. Permohonan mesti difailkan sebelum atau pada 29 November,” katanya. - Bernama mendapati ia tidak berasas dan berdasarkan hematnya semata-mata serta tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada plaintif atau mana-mana individu.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 Disember depan untuk mendengar permohonan yang bakal difailkan oleh Utusan bagi membatalkan saman tersebut selepas Natisha memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan tersebut pada atau sebelum 29 November ini.
Bersambung issue akan datang
Dari Fail Peguam Plaintif............

SOLAWAT


No comments:

Post a Comment