Tuesday 20 May 2014

Disini pun diselit jugak Syiah Gombak ?!





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

PROFIL ASATIZAH

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri beroleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Arab, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran fatwa.
Beliau juga merupakan bekas pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini merupakan penulis dan pendakwah bebas. Dalam masa yang sama beliau berpengalaman sebagai Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terlibat sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan. Kini beliau banyak menulis dan menyampai kuliah dan ceramah sama ada di televisyen mahupun di seluruh Malaysia.
Kepakaran: Fiqh, Usul Fiqh, Fiqh Fatwa, Tasawwuf, Fiqh Semasa, Hadits.
Dr Zaharuddin Abd Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Yarmouk, Jordan dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Wales, UK. Beliau juga mendapat Ijazah Ilmiah daripada Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Kini beliau merupakan penolong profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh, Muamalat Islam.
Selain daripada itu, beliau merupakan penasihat dan ahli majlis mesyuarat kepada beberapa institusi kewangan terkemuka selain merupakan Ahli Majlis Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dalam masa yang sama beliau juga adalah seorang penulis yang prolifik yang mana buku-buku diterbitkan oleh Karangkraft, Telaga Biru, PTS Media Pro.
Beliau juga banyak menulis di media-media massa dan sekarang ini masih merupakan kolumnis Majalah Solusi, Fardu Ain, Majalah i dan lain-lain. Beliau juga sering menjadi jemputan bagi membincangkan isu-isu semasa dan berkaitan Muamalat dalam TV9, TV AlHijrah, TV3 dan lain-lain.
Kepakaran: Fiqh Muamalat, Perbankan & Kewangan Islam, Fiqh Solat, Fiqh Pentadbiran & Pengurusan (Siyasah), Motivasi Diri, Fiqh Semasa, Maqasid Syari’ah dan Usul Fiqh.
Dr Zahazan Mohamed merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti of Yarmouk, Jordan. Ijazah Sarjana Bahasa Arab dari UM dan Ijazah Doktor Falsafah juga dari UM dalam bidang Balaghah al-Quran. Beliau adalah mantan pensyarah bahasa Arab UIAM, kini merupakan Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Beliau cukup sinonim dengan kuliah tafsir al-Quran di Radio IKIM.fm setiap hari semenjak enam tahun yang lalu. Beliau merupakan kolumnis Tafsir al-Quran Majalah Solusi dan banyak menerima undangan bagi menyampaikan kuliah dan ceramah di seluruh Malaysia.
Kepakaran: Bahasa Arab, Tafsir Al Quran.
Ustaz Roslan Mohamed mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Muhammad Ibn Soud, Riyadh, Arab Saudi. Ijazah Sarjana dari Institut Antarabangsa Bahasa Arab, Khartoum, Sudan. Kini beliau adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).
Selain daripada itu beliau juga adalah Ahli Panel Penemuduga Tauliah Mengajar/Berceramah di Negeri Selangor (JAIS) selain kerap muncul di kaca TV dalam program al-Kuliyyah TV3, Halaqah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, Muqaddimah TV9, TV alHijrah, selain aktif menyampaikan ceramah dan pembentangan kertas kerja dalam program dan seminar dakwah di seluruh negara.
Kepakaran: Isu Semasa, Metodologi Dakwah, Motivasi Keluarga, Tafsir Al Quran
Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim (Al-Hafiz) menerima Diploma Tahfiz al-Quran dari Darul Quran, JAKIM. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (al-Quran dan Hadith) dan Ijazah Sarjana (Tafsir al-Quran) dari Universiti Malaya. Kini beliau merupakan pensyarah di UIAM.
Beliau merupakan imam jemputan pada bulan Ramadan dan kini merupakan kolumnis Majalah al-Ustaz dan buku pertamanya yang berjudul Ayat-ayat Syaitan yang baru keluar di pasaran terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. Beliau juga banyak menerima undangan ceramah.
Kepakaran: Tahfiz (Penghafalan Al Quran), Tajwid Al Quran, Tafsir Al Quran, Siyaq (Konteks) Al Quran.
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan merupakan calon Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) di Universiti Malaya. Dalam masa yang sama beliau memperoleh Sijil Intensif Bahasa Arab dan Inggeris dari Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.
Kini beliau adalah Eksekutif Kanan Unit Dakwah dan Pemasaran Khas di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam masa yang sama merupakan kolumni bagi Majalah Solusi, Gen-Q dan al-Ustaz terbitan Telaga Biru. Selain daripada itu beliau kerap muncul di kaca televisyen seperti Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz dan lain-lain.
Kepakaran: Fiqh Zakat, Kepengacaraan, Fiqh Ibadah, Motivasi, Masakan, Fiqh Haji & Umrah.
Dr Abdul Basit Abdul Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah Islam. Kini beliau adalah Musyrif (penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan di samping merupakan pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Dalam masa yang sama merupakan pembimbing jemaah haji, Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd. Dr Abdul Basit juga merupakan kolumnis tetap Majalah Solusi dan sering diundang membentangkan kertas kerja dalam seminar dan konvensyen.
Beliau juga sering dijemput muncul di televisyen dalam rancangan Tanyalah Ustaz, TV9 dan beberapa rancangan lain. Setiap bulan beliau akan berkelana dari Kelantan ke Lembah Klang hingga ke Selatan untuk memenuhi undangan ceramah.
Kepakaran: Fiqh Mazhab Syafi’e, Perbandingan Mazhab
Dr Maszlee Malik, Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti al-Bayt, Jordan. Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul Fiqh), Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Durham, UK pengkhususan tajuk kajian Good Governance.
Selain daripada aktif sebagai ahli NGO beliau juga banyak terlibat dengan aktiviti ceramah, forum dan debat isu-isu berkaitan politik dan pemikiran politik Islam kontemporari di peringkat universiti dan awam, sama ada sebagai penalis, moderator ataupun pembentang kertas kerja.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan kolumnis kepada Majalah i terbitan Karangkraft dan kerap muncul sebagai penganalisi politik antarabangsa khususnya politik Asia Barat. Beliau juga merupakan pengarang kepada buku-buku Fiqh dan Usul serta berkaitan politik Islam.
Kepakaran: Fiqh, Usul Fiqh, Kajian Politik Islam di Timur Tengah & Asia Tenggara, Kajian Pascakolonial
Dr Ahmad Wifaq Mokhtar mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Ibn Tofail, Maghribi, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Moulay Ismail juga di Maghribi, masing-masing dalam bidang Fatwa dan al-Ijtihad al-Maqasidi.
Kini beliau adalah pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkap Timbalan Pengarah INFAD (Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia), USIM. Beliau juga merupakan panel Fiqh dalam laman web ilmu-ilmu Islam, al-ahkam.net.
Kepakaran: Maqasid Syariah, Usul Fiqh, Fiqh Ibadat, Manhaj Fatwa & Manhaj Tadabbur Al Quran.
Dr Mohd Sukki Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Syari’ah dari Universiti Yarmouk Jordan, Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (I’jaz Al Quran) dari Universiti Malaya.
Beliau merupakan kolumnis majalah Solusi, Fardhu ain, Al Ustaz dan banyak lagi. Beliau juga terlibat dalam mengendalikan rancangan TV seperti Tanyalah Ustaz, Al-Kuliyyah dan banyak lagi.
Kepakaran: Bahasa Arab, I’jaz Al-Quran, Motivasi dan Fiqh Ibadat.
Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan gelaran Imam Muda Asyraf berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana juga dalam bidang Syariah di UM. Beliau merupakan juara rancangan realiti tv Imam Muda Musim Pertama.
Kini beliau adalah pendakwah bebas dan banyak menyampaikan ceramah di seluruh negara. Dalam masa yang sama beliau kerap muncul di kaca televisyen sebagai panelis, moderator dan penceramah.
Kepakaran: Fiqh, Usul Fiqh, Motivasi, Kepengacaraan, Dakwah, Hal Ehwal Remaja.
Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Sijil Kemahiran Fatwa daripada Badan Fatwa Mesir.
Kini beliau adalah Penasihat Syariah dan Pegawai Perhubungan Korporat sebuah penerbit buku, Pelima Media Sdn. Bhd. Sebelum ini beliau adalah pensyarah di Pusat Asasi Kolej Universiti Insaniyyah (KUIN), Kedah.
Beliau juga sering dijemput menyampaikan ceramah dan membentangkan kertas kerja di seluruh negara dan muncul dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9.
Kepakaran: Fiqh Fatwa, Usul Fiqh, Fiqh Perbandingan, Fiqh Puasa, Fiqh Perubatan, Fiqh Semasa.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Abu Saif mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengajian Islam dari Universiti Mu’tah, Jordan. Kini merupakan calon pelajar Ijazah Sarjana di Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Beliau lebih dikenali melalui laman www.saifulislam.com dan kerap muncul di kaca TV bagi mengulas isu-isu yang berkaitan dengan keibubapaan dan motivasi. Selain daripada itu, beliau juga adalah kolumnis tetap kepada Majalah i dan ANIS.
Berpengalaman sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre Northern Ireland, dan beberapa masjid sekitar Republic of Ireland. Kini beliau adalah master trainer dan pengarah urusan kepada syarikat Synergy Training & Consulting.
Kepakaran: Motivasi Keluarga & Remaja, Sejarah Islam, Islah & Tajdid.
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir. Ijazah Sarjana Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari UIAM dan kini merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah dalam Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Beliau merupakan pensyarah Jabatan Bahasa Al-Quran, UIAM dan juga Ahli Lembaga Penasihat, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Ibn Mas’ud, Segamat, Johor Darul Takzim. Beliau adalah seorang produktif dalam menulis, selain daripada buku-buku tulisan yang boleh didapati di pasaran, beliau juga adalah kolumnis kepada Majalah Solusi. Beliau juga kerap diundang muncul di televisyen seperti dalam rancangan Tanyalah Ustaz, TV9. Al-Kuliyyah, TV3 dan Halaqah, TV9.
Kepakaran: Bahasa Arab, Fiqah Am, Fiqh Interaksi dengan Bukan Muslim, Fiqah Muallaf, Aqidah, Maqasid Syari’ah, Fiqah Kenegaraan, Turats, Tasawwuf, Tadabbur Quran.
Ustaz Mohd Aizam Mas’od adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Al al-Bayt, Jordan dan Ijazah Sarjana Usuluddin dan Pemikiran Islam dari UIAM dan UM. Kini beliau menjawat sebagai Pegawai Penyelidik (Aqidah) Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan merupakan penulis Blog Abu Haseef, www.mufakkir-islami.blogspot.com. Beliau sering dijemput bagi membincangkan isu akidah khususnya mengenai ajaran sesat di Malaysia sama ada dalam ceramah, pembentangan kertas kerja atau sebagai panel forum.
Kepakaran: Aqidah dan Pemikiran Semasa.
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim lulusan Diploma Syariah dan Bahasa Arab dari Kolej Badaruddin al-Hasani, Damascus, Syria. Ijazah Sarjana Muda dari Universiri al-Azhar, Ijazah Sarjana Pengajian Islam dalam FiqhPerbandingan al-Siyasah al-Syar’iyyah dan kini merupakan calon ijazah doktor falsafah bidang Fiqh Perbandingan Semasa dalam Produk Halal juga di UKM.
Beliau adalah pensyarah Fiqh dan Ibadah, Jabatan Syariah, UKM selain aktif sebagai penceramah, panelis dan pembentang kertas kerja. Beliau juga sering muncul di kaca TV Panel dalam program Tanyalah Ustaz dan Halaqah TV9, al-Kuliyyah TV3, Forum Perdana TV1.
Beliau juga adalah panel dalam program Fiqh semasa dlm TV Al-Hijrah setiap pagi Sabtu 8:30am. Program Sirah setiap pagi Khamis jam 6:30am. Mursyid Imam Muda Musim ke-2. Penceramah Jemputan program Sirah setiap Jumaat jam 6:30 pagi TV1. Selain daripada itu, beliau juga merupakan kolumnis dalam majalah Al-Ustaz dan Al-Islam.
Kepakaran: Usul Fiqh, Fiqh Kepenggunaan Semasa, Maqasid Syariah, Kaedah Fiqh, Fiqh Perbandingan, Fiqh Politik Islam, Kepengecaraan, Pakar Motivasi, Panelis Forum.
Ustaz Mohd Zamri bin Haji Mohd Zainuldin atau lebih dikenali Ustaz Zamri Mantop adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Universiti Hasimete Zarqa’, Jordan. Lulusan kursus Perguruan Lepasan Ijazah Major Bahasa Arab; Minor Pendidikan Islam, Maktab Perguruan Islam Bangi. Ijazah Sarjana Tafsir dan ‘Ulum Al-Quran, Universiti Antarabangsa Madinah (Madinah International University).
Beliau kini adalah Pengarah Urusan dan Master Trainer Mantop Training and Consultancy (Enterprise). Bekas pensyarah Bahasa Arab dan Dakwah di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penulis Buku Beginilah Al-Quran Mengajar Kami dan Kaedah Al-Matien terbitan Telaga Biru. Juri Akademi Al-Quran TV9 2006, 2007 & 2008 (Bahagian Tajwid dan Fasohah). Pengacara AQ 2010, Kelas Fardhu Ain dan banyak lagi.
Kepakaran: Motivasi, Human Development, Mantop Diri, Mantop Team (Team Building), Mantop Leadership.
Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam Tuan Padang adalah lulusan Diploma Syariah dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin( KUSZA ) , Kuala Terengganu. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Sains dan Teknologi, Yaman.
Beliau berpengalaman mengikuti Kursus Imam dan Khatib (Bersama-sama Imam dan Khatib Seluruh Yaman – 2002 ), Kursus Khatib dan Pendakwah di Muslim World Leage (Rabitah ‘Alam Islami, Makkah), Sept 2007 – JULAI 2008, Daurah Kefahaman Islam, Muntada Islami, Dubai (Julai 2009), ESQ Training, Eksekutif, MCB & Parenting, Mukmin Profesional, Fitrah Perkasa Sdn Bhd.
Beliau juga merupakan Murshid Imam Muda Astro Oasis Musim Pertama dan sering muncul di kaca TV seperti Astro Oasis, TV9, TV3, TV1 dan TV AlHijrah. Selain daripada itu, beliau juga adalah kolumnis Majalah Solusi dan Majalah i.
Kepakaran: Motivasi, Hal Ehwal Belia & Remaja,
Xifu Abdul Naser Abdul Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Arab dan Islam dari SOAS, London dan Iskandariah University. Ijazah Sarjana Falsafah Islam dan Barat dari UM. Kini beliau adalah pensyarah Kulilyyah Ilmu Wahyu dalam bidang pemkiran kritikal dan kreatif.
Dalam masa yang sama beliau adalah Timbalan Presiden Persatuan Saudara Baru Darul Fitrah, Mentor sitcom tv “Studio Muallaf” terbitan TV ALHIJRAH, Trainer FCR (Friendly Comparative Religions) bersama Shah Kirit di IIS (Islamic Information Services).
Kepakaran: Bahasa Arab (Kaedah Logik), Balaghah Al Quran, Perbandingan Agama, Falsafah, Dialog Antara Agama, Pemikiran Kreatif, Komedi Kreatif, Pengacaraan Semi-ilmiah.
Ust Muhd Ramadhan Fitri Ellias merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) dari Universiti Malaya di dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Kemudian, beliau mendapatkan Ijazah Sarjana di dalam bidang yang sama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Unit, Perundingan dan Pembangunan Syariah di RHB Islamic Bank dan Pengurus Syariah, Bahagian Pasaran Modal Islam, Maybank Investment Bank. Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Pensyarah di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Beliau terlibat dalam menyampaikan kuliah, ceramah dan forum agama terutamanya sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang. Pernah muncul sebagai pentazkirah dalam Radio Malaysia Pulau Pinang dan Klasik FM. Juga berpengalaman sebagai motivator dan pengkuliah agama kepada para mahasiswa dalam dan luar negara.
Kepakaran: Fiqh Muamalat, Perbankan Islam,

5 COMMENTS  TO  PROFIL ASATIZAH

  1. Mohd Danial Rashid says:
    kbnyakn adalah dalam kepakaran dlm bidang fiqh. Saya lihat bebanyakan kita org Malaysia pilih bidang fiqh. BIdang Usuluddin macam kurang diminati oleh masyarakat kita. Saya merasakan keperluan yang mendalam kepada adanya para ulama Usuluddin dalam menghadapi kecamukan dan kepelbagaian pemikiran umat masa kini.
    • Mohd Syazwan says:
      yea..saya pun berfikiran seperti itu…saya lebih prefer para ulama ussuludin lg ramai dan merek dpt menyuarakan pendapat tentang permasalahan ummah masa kini…
    • Mohammad Nazri bin Mohd Nawi says:
      Saya bersetuju dengan pandangan saudara2 di atas bahawasanya di kalangan 20 orang ulama di atas, hanya segelintir sahaja yg pakar dan betul-betul pakar dlm bidang Usuluddin. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah pakar usuluddin dan tasawwuf, tapi jangan lupa bahawasanya Ustaz Mohd Aizam Mas’od juga adalah menjurus secara khusus @ major dlm bidang itu (‘Aqidah).
      Beliau kerap turun padang dlm majlis penerangan ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah. Bahkan beliau merupakan salah seorang panelist utama di dlm majlis dialog di antara Ahlus Sunnah dengan Syi’ah (yg telah dihadiri oleh ‘Ketua’ Syi’ah Malaysia – Kamil Zuhairi bin Abdul Aziz) yg telah diadakan di Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sekitar tahun 2011. Anda boleh menonton rakaman video majlis tersebut di YouTube (ada 2 siri). Beliau juga salah seorang kolumnis dlm majalah al-Ustaz yg telah membicarakan hal Penyelewengan Syi’ah terbitan tahun ini (tahun 2013M @ 1434-1435H).
      Sebenarnya, MURSHID atau mana2 NGO tidaklah boleh dan tidaklah berupaya utk memaksa mana2 individu menyertai NGO mereka. Jika ajakan dan pelawaan serta galakan telah diberikan kpd individu2 terbabit utk menyertai NGO mereka namun individu tersebut telah menolaknya, maka apakan daya.
      Cuma dlm menyokong konteks ini, saya amatlah berharap agar dapatlah kiranya dipelawa Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz menyertai MURSHID ini. Beliau telah masyhur sbg seorang pakar dlm bidang Usuluddin. Bekas Pegawai Agama Istana Negara ini amat diketahui umum kepakaran beliau dlm bidang ‘aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah (ASWJ).
      Sekian saja pandangan dan cadangan saya.
      Jazakallah.
      tq MURSHID.my

No comments:

Post a Comment