Sunday 15 December 2013

ANWAR : TERTUDUH KEMUKA BUKTI ?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Is it necessary to demonise the Shiites?

December 14, 2013
FMT LETTER: From Imran Hakim, via e-mail
What do Shiites and final exams have in common? They are the two most popular topics as I scrolled down my Twitter timeline for the past week.
Although I am supposed to be studying for my Environmental and Resources Economics final tomorrow, I can’t help but to be bothered by the constant attacks and demonisation of the Shiites by some Malaysians.
“Syiah Musuh Islam”, “Syiah Itu Yahudi”,  “Syiah Bunuh Sunni”…and many other similar rhetoric that somehow managed to appear on my timeline (I guess I need to recheck who am I following on Twitter).
I have to admit that I might not have enough knowledge to scholarly conclude whether Shiites are Muslims, pseudo-Muslims or outright kafirs. However, is it necessary to go all out, guns blazing, on Shiites?
The “rightful” Sunnis are worried that Muslims will be deceived by the Shiites, into praising Saidina Ali over Prophet Muhammad (pbuh).
The “rightful” Sunnis are worried that Muslims will be deceived into cursing the Sahabahs of Prophet Muhammad (pbuh) in the zen-like Shiite prayers.
The “rightful” Sunnis are worried that Muslims will be deceived into hurting themselves during Asyura’.
The “rightful” Sunnis are worried that Muslims will be deceived into the control of the Jews, through the Shiites…and so on.
Aren’t the “rightful” Sunnis worried about the extremism that they are portraying and its effect on Muslim society? How would that translate to non-Muslims? “Don’t mind us, we’re just cleaning up Islam, the religion of peace – by a massive witch-hunting, filled with hatred, on the Shiites.”
Even if the Shiites are indeed kafir, why do some people see hatred as the only way out? Shouldn’t we, as the real Muslims, be more compassionate? We should at least try to bring the Shiites back to the real path, if they are not on one, through education.
If indeed Shiites are wrong, at least guide their followers to the right path. We shouldn’t be too quick to judge and punish. If we really want to emulate the Islam that our Prophet Muhammad led, we should follow his lead, and not be too hasty with the sword.
I mean, sure, some might disagree and say there is no tolerance in religion and all deviant teachings must be eliminated for the sake of the Muslim unity. But maybe they should sit back and take a look at the bigger picture.
If they go on an all-out, state-sponsored war (be it figuratively or literally) on the Shiites, wouldn’t it cause more conflict between Sunnis and Shiites? Do you think that some Shiites would just keep quiet and let themselves be trampled upon and demonised?
I am sure that some would fight back when pushed too much. Such a conflict would definitely weaken the whole Muslim community, making them vulnerable to the Americans, the Jews, the Israelis, the Zionists, the communists, the liberals, the homosexuals, the Chinese, the Illuminatis, the Freemasons, etc.
Maybe they should spread the real Islam, instead of pushing each other towards a societal collapse, or even worse, a civil war.I’m afraid all the witch-hunting will make the “rightful” Sunnis worse than the so-called pseudo-Muslims of Shiites.
That is just ironic, don’t you think? Educate, instead of hate.

Anwar: Dakwa Mat Sabu, kalau ada bukti

December 15, 2013
Kenapa perlu berdolak dalih dan orang tertuduh pula kena kemukakan bukti. sistem apa ini, soal Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SUBANG JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan mengapa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dituduh mengamalkan fahaman Syiah dibebankan untuk membuktikan sebaliknya.
Menurutnya, beban memberi bukti dalam pendakwaan di tangan pihak yang mendakwa dan bukannya orang yang didakwa.
“Dalam Islam sendiri, pihak yang menuduh harus menampilkan bukti, baru yang dituduh harus membela diri.
“Jika sudah kumpul bukti kalau sudah sah buktinya terus saja dakwa. Kenapa perlu berdolak dalih dan orang tertuduh pula kena kemukakan bukti. Sistem apa ini? ” katanya kepada wartawan selepas melancarkan buku “Jiwa Merdeka” di Subang Jaya hari ini.
Anwar turut mempersoalkan bukti kelas A dan B yang dimaksudkan oleh KDN dalam mengklasifikasikan bukti yang dikumpul mereka yang mengaitkan Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dengan fahaman Syiah.
“Kalau betul Mat Sabu bersalah maka dakwa saja, ini tiba -tiba timbul pula siasatan gred A, gred B. Bulan lepas tak pernah dengar pun gred A.
“Kerana itu saya katakan kalau ada gred A, gred B maka sila jelaskan. Ini bukan soal Mat Sabu, ini tindakan sembrono yang menganiayai orang,” tegas beliau.
Anwar berkata demikian mengulas berita akhbar Utusan Malaysia, yang mengesahkan KDN memiliki bukti eksklusif ‘gred A’ berupa pengakuan lebih 20 individu terdekat dan rapat dengan Mat Sabu yang didakwa mampu ‘menceritakan’ kecenderungan beliau dengan fahaman Syiah.
Tambah Anwar lagi, beliau sendiri pernah melawat tokoh Syiah Ayatollah Khomeini pada awal tahun 1980 atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk berbincang cara untuk mengatasi konflik diantara golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah.
“Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
“Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah,” soal beliau, sambil menambah bahawa Mat Sabu sendiri tidak pernah berjumpa dengan Khomeini.
Dalam masa yang sama, Anwar turut mengingatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) untuk tidak menjadi alat dan boneka kepada kerajaan dan memberi ruang kepada Mat Sabu untuk membela dirinya.
Jumaat lalu, Pegawai Agama KDN Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mat Sabu perlu tampil memberi bukti bahawa beliau tidak mengamalkan fahaman Syiah ekoran pendedahan oleh kementerian tersebut Khamis lepas.
“Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar,” kata Dr Zamihan yang dipetik dalam akhbar tempatan.

OPINION   

Imam Khomeini

DECEMBER 15, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 15, 2013 11:15 AM
Amin Iskandar

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" diwww.twitter.com/aminiskandar.
Selepas 24 tahun meninggal dunia, nama Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini (gambar) terus disebut-sebut di Malaysia walaupun kali ini pemimpin besar Revolusi Iran itu digunakan untuk menuduh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai penganut fahaman Syiah.
Timbulnya nama Khomeini kali ini sudah pasti menyebabkan beribu-ribu pemuda Malaysia menggunakan khidmat “Google” untuk mempelajari tentang siapakah manusia hebat ini.
Daripada tidak tahu siapa itu Imam Khomeini kini mereka bukan sahaja mengenali tokoh itu malah mempelajari tentang Revolusi Iran yang pernah mengoncangkan dunia pada 1979.
Mereka akan mempelajari bahawa 34 tahun lalu rakyat Iran bangkit untuk menumbangkan regim Mohamad Shah Reva Pahlavi dan menukar sistem pemerintahan negara itu daripada diperintah oleh raja kepada sebuah negara republik.
Pemuda-pemuda Malaysia akan sedar, rupa-rupanya untuk menukar kerajaan tidak semestinya melalui pilihan raya. Terdapat banyak jalan lain seperti pilihan jalan raya.
Yang lebih rajin akan mempelajari dengan lebih dalam lagi dan pasti akan bertemu dengan watak Dr Ali Shariati, orang yang dikatakan sebagai arkitek Revolusi Iran.
Kehebatan Shariati dalam mengadunkan teori-teori Islam dan Marxist melahirkan buku-buku hebat seperti Hajj (The Pilgrimage), Fatima is Fatima, And Once Again Abu Dzar, Martyrdom: Arise and Bear Witness dan banyak lagi yang boleh dimuat turun dari Internet.
Walaupun Shariati tidak dapat menyaksikan Revolusi Iran kerana meninggal dunia dua tahun sebelum berlakunya peristiwa bersejarah itu, namanya tetap dikenang sebagai di antara pencetus kebangkitan bangsa Parsi itu.
Di antara peminat kepada Shariati adalah seorang menteri di dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak.
Menteri tersebut malahan pernah terlibat dalam menerjemahkan karya-karya Shariati ke dalam bahasa Melayu.
Sejarah juga merakamkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali merupakan orang Malaysia terawal bertemu dengan Imam Khomeini pada 1978 di Paris, sebelum pemimpin besar itu pulang untuk “merasmikan” revolusi.
“Jika isu bertemu dengan Khomeini, saya dikatakan Syiah, ini satu jenaka paling besar kerana pertemuan kita dengan sesiapa tidak harus menjadikan kita setuju atau mengikut fahaman mereka.
“Isu Mat Sabu dikaitkan dengan Syiah, saya tak tahu. Itu beliau kena jawab dan tiada kena mengena pertemuan saya bersama Khomeini,” kata Ibrahim seperti dilaporkan The Malaysian Insider semalam.
Selepas diserang hebat di laman-laman sosial, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini mengatakan mereka hanya mengeluarkan bukti-bukti “Gred B” dan apabila tiba masanya barulah yang “Gred A” akan dikeluarkan.
KDN malah meminta Mat Sabu untuk memberikan bukti beliau bukan penganut fahaman Syiah.
Jenaka apakah ini? Orang yang dituduh diminta buktikan mereka tidak bersalah? Hukum apa ini?
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) seharusnya menghentikan lawak jenaka ini. Jika tidak, beliau akan terus dilihat tidak bijak.
Sebelum bercakap lebih baik fikir dahulu. Ahmad Zahid merupakan seorang menteri kanan dan bukannya orang biasa. Jangan malukan Perdana Menteri kerana melantiknya menjadi anggota Kabinet.
Kalau hendak menghentam Syiah sekali pun, gunakanlah fakta yang betul.
Untuk pengetahuan Ahmad Zahid, di Iraq sudah beribu tahun wujud Syiah.
Malah kebanyak imam mereka disemadikan di negara itu termasuk cucu kepada Nabi Muhammad, Hussein yang dibunuh kejam oleh kerajaan Yazid bin Muawiyah.
Janganlah kata sebelum ada Syiah, Iraq merupakan sebuah negara aman. Sebab itu dalam ayat pertama Al-Quran Muhammad diminta untuk membaca.
Apabila membaca bertambahlah ilmu. Jika tidak membaca, jadilah kita orang yang tidak bijak.
Arab Saudi yang merupakan negara Wahabi terbesar di dunia juga tidak pernah menghalang orang Syiah dari Iran, Iraq, Syria dan serata dunia untuk mengerjakan ibadah haji.
Jangan sampai kita “lebih sudu daripada kuah.”
Tak pasal-pasal lebih 50 peratus rakyat Malaysia yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2013 mengenali Khomeini dan berjumpa formula “baru” untuk menyelesaikan masalah mereka. – 15 Disember, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment