Saturday 11 May 2013

SEKAPUR SIREH SEMPENA SAMBUTAN KELAHIRAN PUTERI NABI MUHAMMAD(SAW) 2013



SEKAPUR SIREH SEMPENA SAMBUTAN KELAHIRAN PUTERI NABI MUHAMMAD(SAW) 2013
Auzubillahi………..
Bismi……….
Assalamualaikum……..
Alhamdulillahi rabbilaalamin…………………………………………………………………………


السلا م عليك يا بنت رسو ل الله السلا م عليك يا زوجة ولى الله السلا م  وخير الخلق بعد رسول الله السلا م عليك يا ام الحسن والحسين سيد شبا ب اهل الجنة السلام عليك يا ممتحنة الذى خلقك فو جدك لما امتحنك صا برة اسلا م عليك يا فا طمة ورحمة الله وبركا ته                                    

SALAM KEATAS MU WAHAI PUTERINYA RASULULLAH,SALAM KEATAS MU WAHAI ISTERINYA WALI ALLAH DAN SEBAIK-BAIK CIPTAAN SELEPAS RASULULLAH SALAM KEATAS MU WAHAI BONDANYA ALHASAN DAN ALHUSIN  PENGHULU PEMUDA SYURGA SALAM KEATAS MU WAHAI  WANITA YANG TELAH DIUJI OLEH PENCIPTA(KHALIQMU) DAN KAMU BERSABAR DIATAS UJIAN TERSEBUT SALAM KEATAS MU WAHAI BONDA ZAHRA YANG SENTIASA DIBAWAH PAYUNG RAHMAT DAN KEBERKATAN NYA  TUHAN SEMESTER  ALAM.

Yang saya hormati Puan Pengerusi Majlis,Puan Norasmahan,yang dimuliakan tetamu-tetamu yang datang pada malam,yang pada hakikatnya adalah tetamu-tetamunya Puteri kesayangan rasulullah Sayyidah Zahra(sa) juga secara tidak langsung juga tetamu kepada Imam Ali Redha(as) kerana tempat majlis pada ini adalah dirumahnya Imam Redha(as) dan saya pasti bukan kita sahaja yang sedang meraikan malam yang penuh gilang gemilang  ini malahan diseluruk pelusuk dunia  juga sedang menyambut dan meraikan malam yang penuh gilang gemilang ini aitu malan kelahiran wanita yang kita gelarkan sebagai   سيد نسأ العا لمين  “Wanita penghulu dua alam(dunia&akhirat),Puteri kesayangan Rasulullah(saw) Fatimah Az-Zahra(as).Selawat

Sempena hari kelahiran Puteri Rasul ini juga bermula malam ini dan keesokan hari  Para Wanita diseluruh pelosok dunia diberi penghormatan yang istimewa  kerana dinobatkan Sebagai HARI WANITA SEDUNIA Juga HARI IBU SEDUNIA.
Saya dengan berbesar hati dan penuh kegembiraan ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada seluruh umat Islam Muslimin dan muslimat juga kepada Para pengikut dan pencinta Ahlilbait(as) tidak lupa kepada Para Marajie Muslimin khasnya  kepada Waliul Amri Muslimin dan sangat istimewa ucapan tahniah ini ditujukan kepada SohibulAsri Wazzaman AL-Imamul Mahdi(aj) .Selawat.

Setiap tahun kita mengadakan sambutan hari kelahiran Puteri rasul ini yang dinobatkan sebagai hari wanita dan hari ibu sedunia kita akan meletakkan tema@ tajuk yang tertentu,jika puan-puan perhatikan pada baner dan kad jemputan yang diedarkan  tema sambutan pada tahun ini adalah “FATIMAH AZ-ZAHRA FIGURE FEMINIS SEJAGAT”

FATIMAH AZ-ZAHRA FIGURE FEMNIS SEGAJAT adalah bermaksud Puteri rasulullah(saw) ini adalah  سيد نساء العا لمين  ,wanita penghulu dua alam,saya ingin mengambil sedikit masa dan perhatian para hadirin sekelian untuk memberi sedikit penerangan  kenapa digelar Fatimah (sa) puteri nabi ini sebagai ‘WANITA PENGHULU ALAM’,walaupun pada hakikatnya saya sebenar tidak ada kelayakan untuk bercerita tentang wanita mulia ini tetapi saya berharap dengan keizinannya dapat saya ungkap beberapa baris perkataan untuk menceritakan kemulian puteri kesayanagn rasul ini.Selawat

Sebab yang pertama,kenapa digelar sebagai wanita penghulu dua alam adalah kerana  Nutfih(tercantumnya benih) sayyidah Zahra(as) adalah hasil daripada makanan  buah dari syurga yang suci dan bersih,tidak ada sedikitpun kotoran duniawi  padanya.selawat

Yang kedua,Keikhlasan didalam semua amalan beliau hanya kerana Allah Taala aitu termasuklah perbuatan,makan dan minum,tutupan dan pakaian,perkahwinan,urusan rumahtangga,pendidikan putera dan puterinya dan segalanya adalah mempunyai warna-warna ketuhanan hanya kerana Allah sahaja.ان صلا تى ونسكى ومحيا ى ومما تى لله رب العا لمين        
‘Sesungguhnya solat dan ibadatku,hidupku,matiku hanya kerana Allah Taala”(surah Al-anam-162)

Pernah ditanya oleh Badil bin Ahmad kepada Hussin bin Ruh(Naib khas yang terakhir kepada Imam Zaman )
Berapa bilangan puterinya rasulullah
Husin bin Ruh menjawab “ 4 orang”
Badil bertanya lagi”Siapakah diantara puteri nabi yang paling utama”
Jawab Hussin bin Ruh “Fatimah(sa)
Badil bertanya lagi bagaiman Fatimah(as) adalah yang paling utama sedang beliau adalah yang paling kecil”
Hussin bin Ruh menjawab”Terdapat dua keistimewaan yang ada pada Fatimah Azzahra,yang pertama  ialah beliau adalah pewarisnya rasul dan keturunan nabi Muhammad  diteruskan melalui beliau.Kedua Keikhlasanya Sayyidah Zahra(sa)  sehingga beliau mengenal Allah khaliqnya dengan hati dan pemikirannya.

Daripada jawapan Hussin bin Ruh(naib kepada Imam Zaman) ini dapat kita simpulkan bahawa keistimewaan Sayyidah Zahra(as) berbanding dengan wanita lain adalah kerana keikhlasan dan dalamnya keimanan dan aqidah beliau terhadap Allah.selawat

Yang Ketiga,Keutamaan Sayyidah Zahra(as) adalah kerana ketaatan yang mutlak terhadap segala perintah Islam dan Rasulnya.Segala perintah allah dan Rasulnya  dilaksanakan  dan diberi keutamaan daripada segala yang lain,ketaatan itu jelas terpancar dan terpamer didalam tingkah laku dan perbuatannya.

Telah diriwayatkan oleh Imam Baqir(as) :Setelah Rasulullah membahagikan tugasan kepasa Sayyidah Zahra(as) dan Imam Ali(as) aitu urusan dirumah adalah dibawah tanggungjawab Sayyidah Zahra(as) dan urusan diluar adalah di pikul oleh Imam Ali(as) .Suatu hari ketika Imam Ali Pulang kerumah dan Bertanya”adakah adakah kita mempunyai makanan hari ini ?
Jawab Sayyidah Zahra(as) Tidak wahai suamiku sudah tiga hari rumah ini tidak mempunyai makanan”
Imam Ali berkata”kenapa tidak dikhabarkan kepada ku”
Jawab Sayyidah Zahra(as): Ayahku rasulullah SAW menghalangku  daripada meminta-minta darimu dengan berkata”wahai puteriku engkau jangan sesekali meminta-minta dari suamimu,jika suamimu membawakan sesuatu terimalah jika tidak janganlah engkau meminta-minta darinya”

Ini adalah tanda yang cukup jelas betapa taatnya Sayyidah Zahra(as) terhadap perintah ayahandanya Rasulullah(saw).Ketaatan Sayyidah Zahra(as) bukan sahaja pada kata-kata dan ungkapan ayahandanya  Rasulullah(saw) bahkan segala kelakuan dan perbuatanyan dan berusaha supaya tidak menyalahi perintah Allah dan Rasul.

Yang keempat,Keistimewaan wanita ini jika dibanding kan dengan wanita-wanita lain adalah ibadat beliau Tuhannya yang luar biasa,yang mana boleh juga dikatakan Sayyidah Zahra(as) adalah wanita  begitu asyik  beribadat kepada Tuhannya Allah Taala.selawatز

Ketika  berdiri beribadat di Mihrab “ كا نت فا طمة  (ع) تنهج فى صلا تها من خو ف الله تعا لى
Fatimah(sa)  ketika solat kerana ketakutanya pada Allah sehingga hatinya/jantungnya berdegup kencang.
Telah diriwayatkan oleh Imam Hasan(as): Aku melihat Ibuku  berdiri beribadat pada setiap malam jumaat di mihrab ruku dan sujud dan akau terdengar ibuku mendoakan kepada semua orang mukmin.
Aku bertanya “Wahai ibu kenapa ibu begitu sekali mendoakan orang lain sedangkan aku tidak pernah mendengar ibu mendoakan untuk ibu sendiri”
Jawab ibuku” يا بنى  الجا ر ثم الدار
“Wahai anak ku Jiran tetangga didahulukan kemudian ahli keluarga”

Inilah keutamaan yang ada pada sayyidah Zahra(sa) yang mana gelaran wanita penghulu dua alam itu adalah milik beliau .Didalam ziarahnya kita membaca

السلام عليك يا ممتحنة الذى خلقك فو جدك لما امتحنك صا برة                     

SALAM KEATAS MU WAHAI  WANITA YANG TELAH DIUJI OLEH PENCIPTA(KHALIQMU) DAN KAMU BERSABAR DIATAS UJIAN TERSEBUT

Hadirin sekelian,disamping kegembiran yang raikan pada malam ini kita jangan sesekali merlupakan musibah dan penderitaan yan ditanggung oleh Bonda Zahra(as),musibah  dan penderitaan yang membawa kepada kesyahidan beliau.

Firman Allah  Taala ‘Aku tidak meminta sesuatu upah pun daripada apa yang aku lakukan kecuali kecintaan kepada ahli keluarga ku.

Sambutan dan majlis kita pada malam ini adalah tanda kecintaan kita kepada  Puteri rasulullah Sayyidah Zahra(sa),rasa cinta dan mahabbahnya inilah yang menjadikan kita bersatu dan bersama-sama untuk menjayakan majlis pada malam ini,walaupun apa yang kita lakukan pada malam ini hanya setitik sahaja YA ZAHRA jika dibandingkan dengan keberkatan yang diberi oleh mu YA ZAHRA tapi kami amat mengharap supaya apa kami usahakan ini mendapat perhatian dariMU.

Sebelum mengakhiri ucapan saya,saya ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang  tidak terhingga kepada semua ahlijawatankuasa pelaksana  sambutan Wiladah 2013,semua petugas-petugas dan urusetia-urusetia,semua warga HAR juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan program malam ini aitu PROGRAM SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SAYYIDAH FATIMA(AS) pada tahun ini 2013 semuga semua usaha yang dilakukan oleh kalian akan mendapat keberkatan dan perhatian daripada Sohibulasri Wazzaman Al Imamul Mahdi (aj) .
Saya sudahi dengan lafaz Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.




Ustazah Azlina Abd Aziz
Pengerusi Sambutan Kelahiran Puteri nabi Sayyidah Zahra(as)  2013


                             SYARAT-SYARAT PAKAIAN BAGI WANITA

Pakaian  yang mahu dipakai oleh seseorang wanita  walaupun didalam solat sekalipun mempunyai  syarat-syarat yangmana jika para wanita menjaga syarat-syarat ini akan mendapat keberkatan  dan kebahagian didalam kehidupan dunia maupun akhirat.

Terdapat empat syarat pakaian bagi wanita:
1.      Pakaian hendaklah samada  milik dan kepunyaannya sendiri atau jika milik orang lain hendaklah mendapat keizinan daripada pemiliknyaa,oleh itu jika seseorang wanita membeli pakaian dan tidak membayar harga pakaian tersebut atau membeli pakaian dengan wang tidak dikeluarka khumus maka pakaian tersebut tidak boleh dipakai  dan jika dipakai ketika solat solatnya akan batal.
2.      Wanita tidak boleh memakai pakaian yang terlampau glamor yang tidak dipakai oleh penduduk setempat samada dari segi jenis kain atau cara jahitan dan fesyennya yangmana menimbulkan perhatian bagi masyarakat setempat.
3.      Wanita hendaklah memakai pakaian wanita dan lelaki hendaklah memakai pakaian lelaki.Islam tidak membenarkan kaum wanita memakai pakaian lelaki dan kaum lelaki memakai pakaian wanita samada dihadapan orang ramai ataupun diluar penglihatan orang ramai.Larangan ini melibatkan pakian yang khusus untuk lelaki dan pakaian yang khusus untuk wanita  tetapi jika lelaki atau wanita memakai pakaian yang tidak dikhususkan untuk lelaki atau wanita contohnya t-shirt,selipar jepun dan lain tidaklah menjadi masalah.
4.      Wanita tidak boleh memakai pakaian yang menarik perhatian lelaki bukan mahram  atau pakaian yang menimbulkan syahwat dan membuka syahway bagi kaum lelaki.






TIPS HARIAN

Bagi mengelakkan semut bacalah ayat dibawah didalam air dan renjis ketempat yang banyak     semut atau sarang semut.
حتى اذا اتو على واد النمل قا لت نملة يا ايها النمل ادخلوا مسا كنكم لا يحطمنكم سليما ن وجنوده وهم لا يشعرون   
  

TEKA –TEKI  WANITA DIDALAM  AL-QURAN
(SEMPENA SAMBUTAN WILADAH SAYYIDAH ZAHRA AS 2013)

SOALAN
1.Wanita manakah yang diturunkan makanan oleh Allah ketika sedang beliau beribadat di mihrab?
2.Namakan dua wanita contoh didalam Al-Quran?
3.Dua wanita yang dipanggil dengan panggilan yang buruk dan hina didalam Al-quran?
4.Surah manakah yang yang bermaksud seorang wanita dan surah manakah yang membawa maksud wanita-wanita?
5.Nyatkan nama tiga orang nabi yang telah mengenal tuhan semenjak kecil lagi?
6.Siapakah wanita yang lahir kedunia tanpa ayah dan ibu?
7.Surah yang bermaksud ‘Wanita yang telah diuji”nyatakan nama surah tersebut?
8.Siapakah nama bayi yang berkata-kata-kata di dalam buaian?
9.Siapakah  lelaki yang ditolak oleh saudaranya kedalam perigi?
10.Siapakah lelaki yang mengingkari perintah ayahnya dan telah tenggelam dan mati lemas?

JAWAPAN
1.Maryam(ibu nabi Isa)
2.Asiah(isteri Firaun) dan Maryam(ibu nabi Isa)
3.Isteri nabi Nuh(as) dan isteri nabi Luth(as)
4.Surah Maryam-nama seorang wanita dan surah An-nisa’-wanita-wanita.
5.Nabi Isa(as),nabi Ibrahim(as) dan nabi Muhammad(saw)
6.Hawa(isteri nabi Adam)
7.Surah Al-Mumtahanah
8.Nabi Isa (as)
9.Nabi Yussuf(as)
10.Anak nabi Nuh(as)

 







Azlina Abdul Aziz
Wiladah Sayyidah zahra as 2013



SAYEMBARA KERANDA MALAM
(Sempena Wiladah Fatimah Az-zahra a.s 2013)

Tanggal 13 Jamadil Awal,wanita yang sejak beberapa hari lalu terbaring gering terpanggil bangun dari tidurnya…dia gagahi daya yang bersisa, pintas bangun menguruskan rumah tangga,  yang sejak beberapa hari terbiar saja, menyapu,memasak dan menguruskan anak-anaknya yang masih kecil.
Betapa gembiranya si suami tatkala memasuki rumah dan melihat isterinya sibuk menguruskan putra dan putrinya.
“Wahai isteri ku,kau kelihatan sihat hari ini”.sapa sang suami
Sang isteri terdiam sejenak dan sambil tersenyum berkata”wahai suamiku ketahuilah bahawa ini adalah tugasanku yang terakhir di rumah ini sebentar lagi aku akan meninggalkan mu bersama anak-anak sendirian.
Semalam ayahanda ku Rasulullah telah datang didalam mimpiku,aku mengadu tentang apa yang telah diperlakukan oleh umat terhadapku selepas kewafatan ayahanda ku,ayahanda ku lalu berbisik’wahai putri ku engkau akan segera datang kepada ayah”
Sang suami tunduk lalu titisan air mata mangalir membasahi mukanya.
“Duduklah disampingku wahai suamiku “
Kelihatan sepasang suami isteri duduk berdampingan seolah-olah itulah detik terakhir bagi mereka berdua………
Sang Isteri berkata”Wahai suamiku sesungguhnya engkau tahu aku tidak pernah berbohong padamu selama hidup bersama mu,tidak pernah mengkhianati mu dan tidak pernah melanggar perintah mu…”
Sang suami mengusap kepala isteri dan berkata”Sesungguhnya kamu adalah wanita yang paling takut dan bertaqwa kepada Allah.”
Wahai suamiku, aku akan pergi meninggalkan mu buat selamanya sebentar lagi,aku ingin mewasiatkan kepada mu apa yang selama ini terpendam dalam hatiku,sudikah kau melaksanakannya wahai suamiku”
 Kedua-duanya  menangis seketika inilah tangisan bersama suami dan isteri yang terakhir,kemudian sang suami memegang kepala isteri dan menyandarkannya kedadanya dan berkata “wasiatkanlah kepadaku apa yang ingin kau wasiatkan.
 Didalam suasana yang hiba sang isteri berkata………
Wasiatku yang pertama selepas ketiadaan ku engkau berkahwinlah dengan Umamah,putri saudari ku Zainab sebab dia sangat menyanyangi anak-anakku dan sememangnya lelaki memerlukan seorang isteri disisinya .
Sesungguh bergetar dinding sanubari sang suami mendengar  ungkapan cinta dewinya……
Kedua,  siapa pun diantara mereka yang menzalimiku dan merampas hakku tidak boleh mengahadiri upacara pemakamanku,jangan kau biarkan walau salah seorang daripada mereka mengsalati jenazahku,wahai suamiku kuburkan jenazahku dimalam hari saat semua mata tertidur…..
Detik-detik perpisahan kian hampir……kedua-dua mereka berpelukan erat, lama, seolah-olah mereka  seakan telah lama menyimpan perasaan bergelora sebesar ini
Dia meminta kepada pembantunya Asma Binti Umais dan Fidahh, memindahkan peraduannya ke ruangan tengah…
Tidak lama kemudian, sambil bertatih dia menuju ke kamar mandi. Pelawaan daripada kedua pembantu wanitanya untuk mengiringinya ditolak dengan isyarat tangan…….
Dia ingin membersihkan luka-luka darah dan menyembunyikan luka lama ditubuhnya daripada suaminya yang akan memandikannya nanti.
Sejenak berlalu dia keluar dari kamar mandi, cahaya memancar dari arah busana putih yang baru dikenakannya menuju ke ruangan tengah
Dia terbaring di sana..wajahnya mendongak ke lelangit rumah dan layu lirik matanya seakan menambus ruang angkasa raya lalu berkata “Salam ke atasmu wahai Jibril, Salam ke atasmu wahai Rasulullah…Ya ALLAH bersama rasulmu di dalam keredhaan dan syurga yang penuh dengan kedamaian…
Sesaat kemudian dia memejamkan kedua matanya serta menjulur tubuhnya dan kedua kaki serta tangan nya…..dan roh harum semerbak malakuti itupun terbang di iring para malaikat suci menembus cakerawala….Innalillahi wainnailaihirajiun…….
Tinggallah suami yang kehilangan….serta tinggallah putera puteri menjadi yatim….

Azlina Abdul Aziz
Wiladah Sayyidah Zahra(as) 2013

  

No comments:

Post a Comment