Saturday 4 June 2011

Rejab, bulan Allah




Sabda Nabi s.a.w : Ketahuilah sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah yang agong tidak sama dengannya satu pun dari bulan-bulan kehormatan dan kemuliaannya.  Dan berperang dengan kuffar didalamnya adalah dilarang. Ketahuilah sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah dan Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.  Ketahuilah barangsiapa yang berpuasa di bulan Rejab sehari wajib baginya keredhaan Allah yang agung dan jauh darinya kemurkaan Allah dan dikunci darinya satu pintu dari pintu-pintu neraka.

Dari Imam Musa Al-Kazem a.s : Barang siapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab, jauh darinya api neraka sejauh perjalanan setahun dan barang siapa yang berpuasa tiga hari, wajib baginya syurga.

Assalamualaikum kepada semua sempena kedatangan bulan Rejab " Al-Ashabb " ( Rejab yang melimpah ruah rahmat Allah di dalamnya ) Bulan untuk memohon keampunan, memperbanyakkan istighfar " Astaghfirullah Wa As'aluhut Taubah " di dalam bulan ini sebagai persiapan untuk memasuki bulan Ramadhan setelah bulan Sya'ban nanti.  Semoga berlaku anjakan paradigma menuju kebahagiaan dunia akhirat dengan kegemilangan dan kecemerlangan.  Allahumma Ajjil Liwaliyyikal Faraj Waj Alna Min Ansarihiwa A'wanih.  Amin Rabbal Alamin.

Tahniah kelahiran " Penyebar dan Perungkai ilmu Para Anbiya' " yang salam dari Rasulullah s.a.w nindanya telah disampaikan oleh sahabat Jabir bin Abdullah Al-Ansari.

Sabda Nabi s.a.w : " Wahai Jabir kamu akan panjang umur sehingga bertemu anak keturunanku dari Hussein yang dipanggil Muhammad yang akan menyebar dan merungkai ilmu-ilmu para Nabi-Nabi.  Apabila engkau bertemu dengannya sampaikan salamku ! "

Itulah Imam Muhammad Al-Baqir yang di dalam kamus Bahasa Arab " Lisanul Arab ", Ibnu Manzur menulis tentang namanya dengan berkata " Beliau dinamakan Baqir kerana beliau mengupas dan merungkai ilmu, mengetahui asalnya dan mengeluarkan cabang-cabangnya dan mengembangkannya . . ."

Kami bertawassul denganmu dan dahagakan syafaatmu di sisi Allah wahai Putera Rasulullah s.a.w " Ya Wajihan Indallah Ish'fa' Lana Indallah "

Muhammad bin Dzakuwan meriwayatkan bahawa beliau  telah meminta sesuatu





Petua Ayatullah Syed Ni'matullah Jazairi : Allahumma Salle Ala Fatimata Wa Abiha Wa Ba'liha Wa Baniha Bi Adadi Ma Ahata bihi Ilmuka Wa Ahsahu 70 kali setiap hari untuk kesembuhan pesakit.

No comments:

Post a Comment