Friday, 17 February 2017

PondokModenCyber : Adab Mutaallimin dan Muallimin (2) kelebihan orang berilmu ke atas ahli ibadat @ abid


Adab Mutaallimin dan Muallimin

بسم الله الرحمن الرحيم

فضل العالم

سبب تفضيل العالم على العابد كما عن رسول الله (صلى
 الله عليه وآله): ((فضل العالم على العابد بسبعين درجة ... وذلك أن الشيطان يضع البدعة للناس فيبصرها العالم فينهى عنها، والعابد مقبل على عبادته لا يتوجه لها ولا يعرفها ))
(ميزان الحكمة - الريشهري - (ج 7 / ص 62)
Kelebihan Alim ke atas Abid dgn 70 derajat..oleh kerana Syaitan apabila Syaitan meletakkan bid'ah bagi manusia maka Alim melihatnya dan menegahnya sedangkan Abid menumpukan ibadatnya tidak memberi perhatian dan tidak mengenal bid'ah itu.

عن عبد السلام بن صالح الهروي قال :
سمعتُ أبا الحسن علي بن موسى الرضا (عليهما السلام) يقول:

" رَحِمَ اللهُ عَبداً أَحيا أمرَنا "

فقلت له: وكيف يحيي أمركم؟

قال (عليه السلام) :

" يَتَعَلَّمُ عُلومَنا وَيُعَلِّمُها النّاسَ ، فإنَّ النّاسَ لوَ عَلِموا
مَحاسِنَ كَلامِنا لاتَّبَعونا "
Imam Ridha a.s berkata semoga Allah merahmati hamba yg menghidupkan urusan kami maka aku berkata kpd beliau ,bagaimana dihidupkan urusan mu?
Berkata Imam :
mempelajari ilmu-ilmu kami dan mengajarkannya kpd umat manusia kerana sekiranya jika mereka mengetahui kemolekan kata-kata kami pasti mereka mengikuti kami.

PondokModenCyber : Maarif al Qur'an ( surah al Kautsar )



Al-KAUTSAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

al KAUTSAR

 " INNA A'THAINAAKAL KAUTSAR "
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( Wahai Muhammad ) Al-Kautsar.

      Kautsar bererti kebaikan yang banyak , orang-orang yang pemurah juga dipanggil Kautsar, Kautsar juga adalah sungai di dalam syurga yang dikurniakan Allah kepada Rasulullah s.a.w ,juga bermakna telaga Kautsar. Ada mufassir mengatakan Kautsar adalah nubuwwah ( kenabian ) atau Al-Quran atau ramainya Ashab atau ramainya zuriat ( dari keturunan Fatimah AzZahra a.s ) atau syafaat.

      Terdapat 15 pengertian yang telah dinukilkan bagi Kautsar yang kesemua itu adalah pengertian bagi makna Khairun Kasir " Kebaikan yang banyak ".

      Diantara pengertian yang paling jelas bagi Kautsar ialah kewujudan yang diberkati " Fatimah Az Zahra a.s " kerana Rasulullah s.a.w telah dituduh sebagai terputus keturunan.

      Zuriat dan keturunan Rasulullah s.a.w telah tersebar di seluruh pelusuk dunia melalui Fatimah Zahra a.s dan mereka bukan sahaja keturunan Jasmani tetapi mereka telah memelihara semua nilai-nilai agama Islam.
( Rujuk Tafsir Kabir Fakhrur Razi Surah Al Kautsar )

" FA SOLLI LIRABBIKA WANHAR "
Maka sembahyanglah kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban.

Inhar  bererti menghadap ke kiblat , mengangkat tangan ketika takbir dan makna yang lebih sesuai ialah menyembelih korban tanda kesyukuran bagi nikmat yang besar anugerah Tuhan Wali nikmat berhadapan dengan korbannya orang-orang Mushrikin dihadapan berhala-berhala, walaupun menghimpun semua makna juga tidak punya sebarang halangan.

" INNASHAANIAKA HUWAL ABTAR "
Sesungguhnya orang yang mencelamu itu dialah yang terputus keturunannya

Takziah diucapkan kepada semua sempena ulangtahun kesyahidan puteri Nabi s.a.w Fatimah Zahra a.s 13 Jamadil Awwal dan 3 JamadilAkhir tahun11 Hijrah.

     Islam telah muncul di semenanjung tanah Arab di mana perempuan-perempuan telah kehilangan air muka mereka. Islam telah mengangkat mereka dan memberi kemegahan kepada mereka dan menyamakan taraf mereka dengan lelaki.
(Imam Khomeini )

     Anak-anak perempuan yang dihina sebegitu rupa di Zaman Jahiliyyah sehingga ditanam hidup-hidup, apabila munculnya Islam, budaya penghormatan kepada wanita telah dianjurkan dan kelahiran anak perempuan disambut sebagai satu kurniaan yang besar sehinggakan Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk melakukan korban unta sebagai simbol kesyukuran yang besar berhadapan dengan anugerah yang besar Allah Ta'ala kurniakan tambah lagi anugerah ini ialah Fatimah Zahra a.s.

solawat

Wednesday, 15 February 2017

PondokModenCyber : antara Syarat ijtihad Syiah : Kaji fatwa Sunni


Bismillahirrahmanirrahim


بسم الله الرحمن الرحیم.... ijtihad Syiah

tidak terbatas kpd kajian pandangan2 ulama Syiah shj tetapi salah satu dari syarat ijtihad Syiah ialah mengkaji fatwa2 dan hadis2 AhliSunnah  di mana Hauzah Syeikh Mufid dan Hauzah Syeikh Toosi di Baghdad  sibuk mengkaji semua pandangan sehinggakan ulama Syafie memandang mereka seolah2 faqeh Syafei.Kitab " Khilaf" Syeikh Toosi menjadi saksi perkara ini menunjukkan meluasnya ijtihad ulama Syiah kurun ke 4 dan 5 H dn menjadi amalan sehingga ke zaman Imam Khomeini r.a.

Sunday, 12 February 2017

PondokModenCyber : Muqaddimah Tarikh




Bismillahirrahmanirrahim

PondokModenCyber
Tarikh Nabi s.aw dan Aimmah a.s
(1) Muqaddimah.

a.Takrif Tarikh - lughawi - istilah

b.Bhg-bhg Tarikh -1.Tarikh Naqli.dan
ciri2 

2.Tarikh ilmiy.
3.Falsafah Tarikh.

c.Kepentingan Tarikh dan ayat2 berkenaan :

1.Memberi kesedaran kpd Mukminin
(جعل المؤمنين متيقظين)
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَٰذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الغافلين.
Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui.(Yusof :3)
2.Menguatkan hati Mukminin(تثبيت فؤاد المؤمنين)
وَكُلًّا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.(Hud 120)
3.Makrifat Auliya' Allah dan mengikuti mereka.(معرفة أولياء الله و الاقتداء بهم)
(13). نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ ۚإِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk(al Kahf 13)
4.Iktibar dan manfaatkan pengalaman( الاعتبار و الاستفادة من تجارب الماضيين)
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.(Yusof 111)
5.Tafakkur kejadian diri ( التفكر في صنع النفس)
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(A'raaf 179)
6.Manfaat utk istinbath ahkam ( الاستفادة منه في عملية الاستنباط)
7.Manfaat dlm menentang musuh ( الاستفادة منه في الجهاد مع الأعداء)
8.Makrifat Allah dan Sifat-sifat Allah ( معرفة الله و صفاته من القدرة و نحوها )

Makrifat (7) Syarat-syarat Makrifat


Bismillahirrahmanirrahim


PondokModenCyber ( Makrifat )

Prasyarat bagi mendapatkan Basirah @ Cahaya Batin


 1) Mengenepikan halangan-halangan (  ظلم,كفر,اسراف,فسق )

2) Takwa
   (AL-ANFAAL 29)

إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَکُمْ فُرْقانا

3) Zuhud – Tidak berkeinginan kepada hawa nafsu yang
     ظلم,كفر,اسراف,فسق membawa kepada

4) Amalan

5) Jihad

(AL-ANKABUT 69)

      وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

6 ) Ikhlas

 + syarat-syarat Mengenal @ Makrifat




Moh kiteNgajiPondokModenCyber(MknPmC) Sejarah Taqlid dan ijtihad sejak zaman para Imam AhlulBait a.s


Bismillahirrahmanirrahim


PondokModenCyber
Ref ; WikiShia


Sejarah Taklid dalam Mazhab Syiah

Taklid dalam mazhab Syiah di mulai sejak masa para imam. Mereka merujukkan para pengikut mereka kepada para periwayat hadits[6]atau sahabat-sahabat dekat mereka seperti Zurarah bin A’yyan, Yunus bin Abdurrahman, Aban bin Taghlib, Zakaria bin Adam, Muhammad bin Muslim serta Abu Bashir[7] dan terkadang mendorong para sahabat untuk hadir di mesjid-mesjid dan di tempat-tempat umum guna memberikan fatwa serta membimbing umat.[8]
Munculnya taklid di masa para imam serta anjuran mereka kepada perkara ini lantaran adanya jarak yang jauh di antara kota-kota, tidak tersedianya pelbagai fasiliti yang di perlukan masyarakat untuk melakukan perjalanan(safar) yang berakibat pada sulitnya menjangkau imam, faktor penyebab takiyah pada kebanyakan kes dan pada akhirnya munculnya pelbagai kesulitan individual serta tekanan dan kesulitan bagi para imam ketika masyarakat merujuk langsung kepada mereka. Pada masa itu, para ulama yang mengeluarkan fatwa(mufti) tidak begitu sulit menyimpulkan atau mengetahui kewajiban-kewajiban syar’i masyarakat yang merujuk di karenakan kedekatan dengan zaman risalah serta tidak rumitnya metode peyimpulan(istinbath) hukum-hukum syariat.[9]
Pada zaman keghaiban kecil(gaibah sugra) keperluan taklid dalam perkara hukum syar’i semakin terasa. Tauqi’(semacam surat atau perintah atau jawaban-jawaban soal yang telah di sahkan atau di tanda tangani) Imam Mahdi as., menyebut para fukaha yang memenuhi syarat-syarat khusus sebagai rujukan(marja) dalam mengetahui hukum-hukum pada subjek-subjek baru.[10]
Dalam zaman keghaiban besar(gaibah kubra), permasalahan taklid pun senantiasa mengemuka di kalangan Syiah, meskipun terdapat perbedaan di antara kalangan Ushuliyyun dan Akhbariyyun mengenai kaidah-kaidah dan syarat-syaratnya.[11]

Pemaparan Hukum-hukum Taklid dalam Risalah-risalah Amaliyah

Latar belakang pembahasan tentang ijtihad dan taklid kembali pada masa kodifikasi ilmu ushul fikih. Subjek bahasan ini telah di teliti dalam kitab-kitab ushul fiqh imamiyah, sejak penulisan kitab Azzari’ah ila Ushulissyari’ah(di tulis oleh Sayyid Murtadha, wf.436) hingga masa kini. Dalam kitab-kitab fikih Istidlal(fikih argumentatif) terkadang sebagian pokok-pokok bahasan yang berkaitan dengan taklid, di jelaskan di sela-sela pembahasan syarat-syarat faqih jami al-syaraith, pada bab amar ma’ruf dan nahi munkar serta bab pengadilan(qadha) [12].[13]
Dari abad kesepuluh dan sesudahnya, karya-karya tersendiri tentang ini dengan judul Al-Ijtihad wa Al-Taqlid atau dengan judul-judul lainnya telah di tulis dan sesudah Syaikh Anshari cara ini menjadi umum di mana hukum taklid di paparkan di permulaan risalah-risalah amaliyah. Sekarang pun bahasan pertama kali yang di kemukakan di dalam kitab-kitab risalah amaliyah adalah hukum taklid serta syarat-syarat marja taklid.
Sejak masa di tulisnya kitab Al-Urwah Al-Wusqa, karya Sayyid Kazim Thabathabai Yazdi(wf.1337), pembahasan ijtihad dan taklid pun di ketengahkan di permulaan kitab-kitab fikih[14].15. [15]

Hukum Taklid dalam Fiqih Syiah

Pandangan populer fuqaha syiah adalah wajib takhyiri, yaitu kemestian(wajib) salah satu di antara tiga perkara ijtihad, ikhtiyat atau taklid bagi mukallif; dengan makna ini bahwa seseorang guna mengetahui kewajibannya tentang hukum-hukum fiqih, entah Ia sendiri harus seorang mujtahid dan menarik kesimpulan(istinbath) hukum dari sumber-sumber fiqih, atau jika bukan mujtahid beramal ikhtiyat, dan atau merujuk kepada seorang mujtahid yang telah memenuhi segala syarat(jami syaraith) serta beramal berdasarkan pandangannya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
English

History of Taqlid in Shi’a

In Shi’a, Taqlid started from the time of the Infallible Imams (a). They referred their followers to the narrators of hadiths or their close companions such as Zurara b. A’yan,Yunus b. ‘Abd al-RahmanAban b. TaghlibZakariyya b. AdamMuhammad b. Muslim and Abu Basir. Sometimes, Imams (a) encouraged their companions to go to mosquesand public places for guiding people, answering their questions and issuing fatwas. Difficulty of having access to Imam, because of the long distance between the cities and lack of proper facilities for traveling, Taqiyya in most of the cases and causing difficulties for Imams resulted in emergence of Taqlid in their time. On that time, deducing religious rulings from the sources were not difficult for Imams’ companions as they were close to the time of the Prophet (s) and the method of deduction was not complicated. During the Minor Occultation, the need to Taqlid arose more. Therefore, Imam al-Mahdi (a), in his famous Tawqi’, introduced narrators of hadiths (Faqihs) with certain qualifications as references for Shi’a. The topic of Taqlid continued to exist among Shi’a during Major Occultation as well; although there were some disagreement between Usulis and Akhbaris in its conditions and rules.

Taqlid’s Rulings in Islamic Practical Laws

Apparently, studies about Ijtihad and Taqlid began from the time of emergence of Usul al-Fiqh (Principles of Jurisprudence). This topic has been discussed in early books of Usul al-Fiqh such as al-Dhari'a ila usul al-Shari'a (written by Sayyid al-Murtada, d.436) and continued to contemporary books. Moreover, in the works on demonstrative jurisprudence, issues about Taqlid and the qualifications of Marja’ al-Taqlid were sometimes discussed in chapters such as al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Munkar (enjoining the good and forbidding the evil) and Qada’ (judgment). From the 10th/16th century, independent works about this topic were written. After al-Shaykh al-Ansari it became common for the books of Islamic Practical Laws (Tawdih al-Masa’il) to start with a chapter about rulings of Taqlid. Likewise, the topic of Ijtihad and Taqlid was discussed at the beginning of jurisprudential books after the book “al-‘Urwat al-wuthqa” written by Sayyid Muhammad Kazim Tabataba’i Yazdi (d. 1918).

In Shi’a Jurisprudence

According to majority of Shi'a faqihs (jurists) Taqlid is Wajib al-Takhyiri (Elective Compulsion) which means either Taqlid or Ijtihad or Ihtiyat (caution) is compulsory (Wajib) for a Muslim, i.e. for gaining the Islamic rulings one must be even Mujtahid, who can deduce the rulings from jurisprudential sources, or acts according to caution or refer to a qualified Mujtahid and acts according to his fatwas.

Permissibility

Shi'a faqihs believe that following a Mujtahid in Practical rulings is permissible in Islam. For proving the permissibility and even compulsion of Taqlid they have adduced the four sources of Shi’a jurisprudence - namely Qur'anHadith, ‘Aql (reason) and Ijma’ (consensus).

Reason

Every Muslim knew that if he commit a Haram (forbidden acts in Islam) or leaves a Wajib (compulsory acts in Islam) he will be punished in the Hereafter; so he must have an excuse for what he does in this world that saves him from the punishment. This immunity is gained through Ijtihad or Ihtiyat or Taqlid. So if he is not a Mujtahid nor acts according to caution; he must choose Taqlid.

Qur’an

Qur'an talked about two kinds of Taqlid (following): liked and disliked. In various verses of Qur’an following the leaders of polytheism, the arrogant and the ancestors based on bias and ignorance were disliked. In addition, it counted the slavish imitation in Usul al-Din (Principle of Religion) as an act of ignorance and against reasoning. In the verse 31st of Sura al-Tawba, Qur’an criticized the Jews who blindly follow their Rabbis. Exegetes of Qur’an and Faqihs mentioned other verses in relation with permissible and liked Taqlid. For instance, they said the 122nd verse of Sura al-Tawba, which denote the compulsion of traveling for learning the teachings of the religion and then letting the other Muslims knew them, is one of the Qur’anic evidences for Taqlid. Moreover, exegetes of Qur’an perceived the necessity of Taqlid and referring to scholars and Mujtahids from the 43rd verse of Sura al-Nahl and the 7th verse of Sura al-Anbiya’‘Allama Tabataba’i believed that the 43rd verse of Sura al-Nahl mentions a general and rational principle which is referring to experts in every field.

Hadiths

Shi'a faqihs used several hadiths for proving the permissibility of Taqlid.
  • 1. A hadith narrated from Imam al-Hasan al-‘Askari (a) in which a derivative of the word “Taqlid” is used. It reads, “… and whoever from Faqihs is preserving his soul, protecting his faith, opposing his whims, obeying his master; the ordinary people must follow him.” However, some scholars mentioned that some of the narrators of this hadith are not reliable.
  • 2. Hadiths in which Shi’a infallible Imams (a) referred Shi’a to the narrators of hadiths such as Imam al-Mahdi’s Tawqi’.
  • 3. Hadiths in which Shi’a infallible Imams (a) referred Shi’a to some certain narrators by mentioning their names.
  • 4. Hadiths in which Shi’a infallible Imams (a) encouraged their companions to issue fatwas or approved their fatwas.
  • 5. Hadiths in which issuing fatwa without proper knowledge or based on Ra’y (personal opinion) or Qiyas (deductive analogy) was forbidden which shows issuing fatwa based on reliable religious source is permissible.
  • 6. Hadiths which imply Shi’a infallible Imams (a) approved following a person who issues fatwas based on accepted conditions and rules.

Consensus

Ijma’ or “consensus of Faqihs” is another proof of permissibility of Taqlid in practical rulings of Islam. All Shi’a Faqihs believe that a Muslim, even who do not know anything about practical laws of Islam, can take all the [[Islamic practical rulings from a Mujtahid and act according to his fatwas.

Acts or Worship without Taqlid

Taqlid is not the condition of validity of an act; rather the method for finding the correct way of performing that act. Therefore, if the deeds of someone, who is not aMujtahid nor follows a Mujtahid (or has chosen his Marja’ based on wrong criteria) are coincidentally accordant to the fatwas of a qualified Marja’, his acts of worships are valid. Thus, for knowing whether his acts were valid in past or not, he must choose an alive qualified Marja’ according to accepted criteria and check the consonance of his acts with the Marja’’s fatwas. And if his acts does not match the fatwas of the Marja’ whom he has chosen, he must asked his Marja’ about his duty toward his past actions.

Prohibited Taqlid

Taqlid in Furu’ al-Din is prohibited for a Mujtahid. Likewise, Taqlid is prohibited for non-Mujtahids in following cases: 1- Taqlid is prohibited for a person to whom the rulings are axiomatically clear (e.g. he has heard it from the Prophet (s)); because according to the reason, the subject of Taqlid is ignorance or not having knowledge, so when someone is certain about a ruling he is not allowed to follow others.

2- Taqlid is prohibited in topics that one has to have absolute faith about them, such as Usul al-Din; because Taqlid does not lead to absolute certainty. Although sometimes referring to a knowledgeable person may lead to certainty, like referring to the Prophet (s) for appointing the Imam (a), but this is not terminological Taqlid. Sunnis, also, do not allow Taqlid in Theology, as in this kind of issues thinking and finding the truth is desirable and Taqlid is undesirable. The 22th verse of Sura al-Zukhruf disliked following ancestors without any reason. Furthermore, the Prophet (s) told us to think about the signs of God.

Taqlid among Sunni

The topic of Taqlid had many ups and downs among Sunnis. During a period of time several jurisprudential schools appeared among Sunnis which led to disputes and conflicts. Thus, the idea of “closure of the gate of Ijtihad” and limitation of jurisprudential schools were introduced. Eventually in the 7th/13th century, only four jurisprudential school were announced official and following the other ones was forbidden. However, some early Sunni scholars, such as Abu al-Futuh al-Shahristani (d. 1153) and Abu Ishaq al-Shatibi (d. 1388) opposed the idea of “closure of the gate of Ijtihad” and demanded the opening of it. In recent centuries some Sunni scholars including those of al-Azhar refuted the limitation of jurisprudential schools in four arguing that all Muslims unanimously agree that following any of the Companions of the Prophet (s) was permissible in the early period of Islam; therefore, the process of Ijtihad has become prevalent among Sunnis again.

References

  • The material for this article is mainly taken from in Farsi WikiShia.
  • tq wikishia

Saturday, 11 February 2017

Pondok ModenCyber : Aqidah Imamiyyah( Qadha' dan Qadar 1 )


Bismillahirrahmanirrahim


Pondok ModenCyber ( Aqidah : Tanye Syiah Imamiyyah Ape tu Qadha' dan Qadar ?)



Uji diri anda topik Qadha' dan Qadar-Bahagian 1 ,

( Ask Shia Imamiyya about Qadha' dan Qadar-Part 1 )

1. Terangkan makna kalimat " Qadha' " dan " Qadar "?

2. Apakah makna Taqdir Ilahi dan Qadha' Ilahi.

3. Berdasarkan apakah dibahagikan Qadha' dan Qadar kepada Hatmi ( pasti ) dan Ghairu Hatmi ( tidak pasti )?

4. Apakah Bada'?

5. Terangkan Qadha' dan Qadar ilmi dan Qadha' dan Qadar Aini.?

6. Terangkan Lauh Mahfuz dan Lauh Al-Mahwi Wal Isbat dan kaitannya dengan nasib yang pasti dan nasib yang tidak pasti ?

7. Terangkan kesukaran untuk menyesuaikan diantara Qadha' dan Qadar dengan ikhtiar manusia dan terangkan perbezaan pandangan ulama Aqaid tentang perkara ini?.

---------------------------------------------------------------------------

TEKS PANDUAN JAWAPAN.

Pengertian Qadha' dan Qadar

     Kalimah Qadar bermakna " ukuran " dan takdir bermakna " mengukur " dan membuat sesuatu dengan ukuran tertentu.

     Kalimah Qadha' bermakna " menyudahkan " dan " mengadili ".

     Kadangkala dua kalimat ini digunakan secara sinonim dengan makna " nasib ". Yang dimaksudkan dengan takdir Ilahi ialah bagi setiap yang wujud, Allah Ta'ala telah menetukan ukuran dan batasan dari segi kuantiti , kualiti , masa dan tempat yang mana ukuran dan situasi ini terhasil dengan secara beransur-ansur dengan kesan yang diterima dari illat-illat ( sebab-sebab ) dan faktor-faktor.

     Yang dimaksudkan dengan Qadha' Ilahi ialah setelah tersedia akan mukadimah-mukadimah, sebab-sebab dan kondisi-kondisi sesuatu benda itu maka Allah Ta'ala akan menyampaikannya ke peringkat terakhir dan pasti untuk wujud.

      Menurut tafsir ini, peringkat takdir adalah sebelum peringkat Qadha' dan ianya mempunyai peringkat-peringkat yang beransur-ansur dan terdiri daripada mukadimah-mukadimah jauh, sederhana serta dekat dan dengan berubahnya sebahagian dari sebab-sebab dan syarat-syarat, ianya juga turut berubah. Contohnya , perkembangan janin secara beransur-ansur daripada nutfah, alaqah dan mudghah ( Surah Al-Mukminun, ayat 14 ) sehingga menjadi janin yang sempurna adalah merupakan peringkat-peringkat takdirnya yang berbeza yang juga merangkumi ciri-ciri masa dan tempat. Gugurnya ia ( janin ) dalam salah satu daripada peringkat-peringkat ini bermakna perubahan di dalam takdirnya, tetapi peringkat Qadha' berlaku sekaligus setelah tersedianya kesemua sebab dan syarat. Ia juga adalah pasti dan tidak dapat diubah.

( Al- Baqarah 117 Iza Qadha Amran Fainnama Yaqulu lahukun Fayakun )

     Tetapi , sepertimana yang telah diisyarahkan , kadangkala Qadha' dan Qadar digunakan secara sinonim. Maka dengan ini ia terbahagi kepada nasib yang pasti dan nasib yang tidak pasti. Oleh kerana itulah, di dalam riwayat-riwayat dan doa-doa telah disebut tentang perubahan Qadha' dengan bersedekah, berbuat baik kepada ibu bapa, silaturrahim dan berdoa sebagai faktor-faktor yang mengubah Qadha'.

Qadha' dan Qadar Ilmi dan Aini.

     Kadangkala , Takdir dan Qadha' Ilahi bermakna ilmu Allah terhadap tersedianya mukadimah-mukadimah, sebab-sebab dan syarat-syarat wujudnya fenomena-fenomena itu secara pasti. Perkara ini dikatakan sebagai Qadha' dan Qadar Ilmi.

     Adakalanya ia bermakna kaitan perkembangan beransur-ansur fenomena-fenomena dan juga kaitan wujud aininya fenomena-fenomena dengan Allah Ta'ala. Perkara ini dinamakan Qadha' dan Qadar Aini.

    Berdasarkan kepada ayat-ayat dan riwayat-riwayat, ilmu ilahi berkenaan semua benda-benda wujud dengan keadaan ianya wujud di alam luar, adalah termaktub di dalam makhluk yang bernama Luh Mahfuz dan sesiapa dengan izin Allah dapat berhubung dengannya , ia akan mengetahui perkara-perkara yang telah berlalu dan akan datang dan juga terdapat Luh-luh yang lebih rendah yang mana termaktub peristiwa-peristiwa dalam bentuk tidak sempurna dan bersyarat, ia akan dapat maklumat-maklumat yang terhad, bersyarat dan boleh berubah dan mungkin ayat ini adalah saksi bagi dua bentuk nasib ini. Yamhullah Ma Yasha' wa Yusbit wa Indahu Ummul Kitab. Berubahnya takdir-takdir yang bersyarat dan tidak pasti di dalam istilah riwayat-riwayat dinamakan ( Bada' ).

    Walau bagaimanapun iktikad kepada Qadha' dan Qadar Ilmi tidak menimbulkan kemusykilan lebih daripada apa yang timbul dari perbincangan berkenaan ilmu azali ilahi dan di dalam pelajaran yang lepas kita telah mengkaji tentang keraguan pendokong-pendokong fahaman Jabariah berkenaan dengan ilmu ilahi dan telah kita saksikan kelemahannya.

    Tetapi, iktikad kepada Qadha' dan Qadar aini ilahi khasnya iktikad kepada nasib yang pasti punya masalah yang lebih musykil yang mana hendaklah kita jawab akannya walaupun jawabannya secara kasar telah diberi di dalam perbincangan Tauhid dengan makna TA'SIR ISTIQLALI ( kesan yang independent)

Kaitan Qadha' dan Qadar dengan ikhtiar insan.

    Tuntutan iktikad kepada Qadha' dan Qadar ilahi ialah mempercayai bahawa kewujudan fenomena-fenomena dari mulanya hinggalah ke akhir hayatnya bahkan dari waktu tersedianya mukadimah-mukadimah jauh, ianya adalah di bawah pentadbiran yang bijaksana Allah Taala dan tersedianya syarat-syarat kewujudan dan sampainya ke peringkat akhir adalah bersandarkan kepada iradah Allah Ta'ala.

    Dengan kata yang lain : Sepertimana wujudnya setiap fenomena adalah bersandarkan keizinan dan kehendak Takwininya Allah Ta'ala dan tanpa keizinannya tiada benda yang dapat menjenguk mukanya ke alam kewujudan begitulah juga wujudnya setiap sesuatu adalah berdasarkan kepada takdir dan Qadha'nya Ilahi. Tanpanya tidak ada benda wujud yang akan dapat bentuk dan batasannya yang khusus dan tidak akan sampai ke peringkat akhirnya, dan penjelasan tentang kaitan ini, pada hakikatnya adalah pengajaran beransur-ansur tentang Tauhid dengan makna Independent di dalam memberi kesan yang merupakan darjat-darjat Tauhid yang paling tinggi dan mempunyai peranan penting di dalam pembangunan manusia.

     Tetapi persandaran fenomena-fenomena kepada keizinan dan kehendak Tuhan adalah lebih mudah difahami, berbeza dengan kaitan dan persandaran di peringkat terakhir dan penentuan yang pasti fenomena-fenomena kepada Qadha' Ilahi, lalu disebabkan kemusykilan ia lebih dikaji dan dibahaskan. Oleh kerana mengumpulkan iktikad sedemikian dengan penerimaan ikhtiar manusia dalam menentukan nasibnya adalah sangat musykil maka itu, sekumpulan ahli kalam yang menerima kesyumulan Qadha' ilahi berkaitan dengan amal perbuatan manusia , tertarik ke arah fahaman Jabariah. Mereka itu adalah Asyairah. Manakala golongan yang lainnya [ Muktazilah ] yang tidak dapat menerima Jabar [ keterpaksaan manusia ] dan kesan-kesannya yang negatif telah mengingkari kesyumula Qadha' ilahi ke atas amal perbuatan secara ikhtiarnya manusia.

    Setiap golongan menta'wilkan ayat-ayat Al-Quran serta riwayat-riwayat yang bertentangan dengan pandangan mereka sepertimana yang terdapat di dalam kitab-kitab kalam yang terperinci dan risalah-risalah berkenaan Jabr dan Tafwidh.

    Persoalannya ialah, sekiranya perbuatan manusia adalah dengan ikhtiarnya sendiri dan bersandarkan kepada iradahnya sendiri,bagaimana dapat kita katakan bahawa ianya adalah bersandarkan  kepada iradah dan Qadha' ilahi, dan sekiranya ia bersandarkan kepada Qaha' Ilahi bagaimana dapat kita katakan yang ianya adalah menurut ikhtiar dan pilihan manusia??

    Bagi menjawab persoalan ini dan menerangkan pengumpulan persandaran perbuatan kepada iradah dan ikhtiar manusia dengan persandarannya kepada iradah dan Qadha' ilahi, perlu kita terangkan jenis-jenis persandaran kepada iradah dan Qadha' ilahi serta jenis-jenis kebergantungan ma'lul ( musabab ) yang satu kepada beberapa illat supaya bentuk persandaran perbuatan secara ikhtiar kepada manusia dan juga Allah Ta'ala itu menjadi jelas.

Terjemahan dari Kitab " Pelajaran Aqidah Jilid 1 " Ayatullah Misbah Yadzi.(MKZ)

Petua : Banyak zikir " AL-MAJID " ketika bersendirian memberi kecerahan hati dan penawar sebarang penyakit.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Uji diri anda topik Qadha' dan Qadar-Bahagian 2 ,

( Test yourself about Qadha' and Qadar-Part 2 )

1. Terangkan jenis-jenis kesan punca-punca ( illat-illat ) yang berbeza ke atas satu effect ( ma'lul wahid ) dan terangkan jenis yang mustahil berhimpun punca-punca yang berbilang ke atas satu effect?

2. Terangkan jawapan bagi keraguan Jabar ( keterpaksaan ) di dalam topik Qadha' dan Qadar?

3. Jelaskan kesan-kesan kepercayaan kepada Qadha' dan Qadar.

----------------------------------------------------------------------------------------------
TEKS JAWAPAN

Bentuk-bentuk kesan dari illat yang berbagai

    Kesan yang dihasilkan oleh beberapa illat di dalam kewujudan sesuatu fenomena dapat digambarkan dalam beberapa bentuk :

1- Beberapa illat bersama-sama dan di samping satu sama lain ( secara bergandingan ) mendatangkan kesan seperti terkumpulnya biji benih, air , kepanasan ....menyebabkan bercambahnya biji benih dan tumbuhnya tunas.

2- Setiap satu dari illat-illat secara bergilir-gilir mendatangkan kesan di mana umurnya sesuatu fenomena dibahagikan menurut bilangan illat-illat dan setiap bahagian adalah ma'lul bagi salah satu dari faktor-faktor tersebut yang meninggalkan kesan mengikut giliran masing-masing sepertimana  beberapa motor dihidupkan mengikut giliran dan menyebabkan bergeraknya kapal terbang.

3-Kesan secara berangkai di mana kesan setiap satunya timbul berturut-turut ke atas yang lainnya seperti berlaganya bebola-bebola yang dibariskan menimbulkan  perlanggaran yang berturutan. Contoh yang lain ialah kesan iradah manusia ke atas pergerakan tangan dan kesan tangan ke atas pergerakan pena dan kesan pergerakan pena bagi mewujudkan tulisan.

4- Kesan yang berturutan beberapa faktor secara vertikal di mana wujud setiap satu dari faktor-faktor tersebut bergantung kepada wujud faktor sebelumnya ( berbeza dengan nombor 3 di mana wujudnya pena tidak bergantung kepada wujudnya tangan dan wujudnya tangan tidak bergantung kepada Iradah manusia )

Di dalam semua bentuk-bentuk di atas , berhimpunnya beberapa illat untuk kewujudan satu Ma'lul adalah mungkin bahkan perlu, manakala kesan Iradah Allah dan iradah insan di dalam perbuatan secara ikhtiar adalah daripada bahagian yang keempat kerana wujudnya insan dan iradahnya adalah bergantung kepada Iradah ilahi. Tetapi bentuk berhimpunnya dua illat ke atas satu Ma'lul yang tidak mungkin ialah apabila berhimpunnya dua illat pemberi kewujudan atau dua illat yang tidak dapat berhimpun bersama ( Maniatul Jam ) yang memberi kesan secara horizontal dan secara bergilir. Umpamanya satu iradah timbul dari dua pembuat yang beriadah atau satu fenomena bersandarkan kepada dua kumpulan illat-illat ( dua illat tammah ).

Penyelesaian keraguan

     Dengan penjelasan yang telah diberikan , persandaran ( istinad ) wujudnya perbuatan-perbuatan ikhtiar manusia kepada Tuhan tidak bertentangan dengan persandarannya kepada manusia itu sendiri oleh kerana persandaran ini berlaku secara vertikal dan tidak ada gangguan ke atas satu sama lain.

      Dengan kata lain, persandaran perbuatan kepada pembuat ( manusia ) berada pada satu peringkat dan persandaran wujudnya kepada Tuhan adalah peringkat yang lebih tinggi yang mana pada peringkat itu wujudnya insan itu sendiri dan wujudnya materi yang mana perbuatan manusia itu berlaku ke atanya dan wujudnya peralatan yang digunakan manusia untuk melakukan perbuatannya , semuanya adalah bersandarkan kepada Tuhan.

     Maka kesan Iradah manusia sebagai bahagian yang terakhir dari illat yang sempurna ( illat Tammah ) di dalam perbuatannya tidak bertentangan dengan istimad ( persandaran ) semua bahagian illat sempurna kepada Allah Ta'ala.

     Kewujudan alam , insan dan kesemua aspek kewujudannya adalah berada di dalam kekuasaan Allah yang senantiasa mengurniakan kewujudan kepada mereka dan senantiasa mencipta mereka dan tidak ada maujud yang tidak perlukannya pada satu masa dan satu keadaan sekali pun dan tidak ada yang independent daripadanya.

      Oleh itu perbuatan dan amalan secara ikhtiarnya manusia juga tidak terkecuali dari memerlukan Allah Ta'ala dan tidak akan terkeluar dari bidang iradah Allah dan kesemua sifat, ciri-ciri, sempadan-sempadan adalah bergantung kepada takdir dan Qadha' ilahi dan bukanlah ianya itu samada bersandar kepada iradah insan sahaja atau kepada iradah Allah Ta'ala semata-mata.

     Ini ialah kerana kedua-dua iradah ini bukanlah secara horizontal ataupun tidak dapat berkumpul dengan satu sama lain dan kesan mereka dalam wujudnya perbuatan bukanlah secara berganti-ganti bahkan iradah insan sepertimana asal kewujudannya adalah tertakhluk kepada iradah ilahi dan iradah Allah Ta'ala untuk kewujudannya adalah perlu dan dharuri.

( At-Takwir:29 Wamatashauuna illa An Yashau llahu Rabbul Alamin )

Kesan iktikad kepada Qadha' dan Qadar

    Iktikad kepada Qadha' dan Qadar di samping ianya merupakan satu tingkatan dan darjat dari ma'rifat Allah dan menyebabkan kesempurnaan insan dari segi akal fikiran, ianya juga mempunyai kesan praktikal yang banyak di mana telah kita isyaratkan sebahagian darinya dan sekarang kita terangkan sebahagian yang lainnya:

     Manusia yang percaya bahawa timbulnya peristiwa-peristiwa dan kejadian adalah menurut iradah yang bijaksana Allah Ta'ala dan bersandarkan kepada takdir dan Qadha'nya ilahi , maka ia tidak akan takut dengan kejadian yang tidak menyenangkan dan tidak akan menggadaikan dirinya berhadapan dengan perkara-perkara tersebut bahkan dengan memberi perhatian bahawa kejadian-kejadian ini adalah sebahagian dari sistem alam yang bijaksana dan ianya berlaku menurut kemaslahatan-kemaslahatan dan hikmat-hikmat, maka ia akan menerimanya dengan tangan terbuka dan kan terhasil baginya sifat-sifat terpuji seperti sabar,tawakkal,redha dan menyerah ( Taslim ).

     Ia juga tidak akan tertipu dengan keseronokan-keseronokan kehidupan dan tidak menjadikan nikmat-nikmat pemberian Tuhan sebagai alat untuk bermegah-megah.

    Kesan-kesan berguna inilah yang diperkatakan oleh ayat : Al-Hadid : 22 dan 23

    Walaubagaimanapun perlu diberi perhatian bahawa kefahaman yang tidak benar tentang Qadha' dan Qadar serta Tauhid di dalam kesan independent membawa kemalasan, kelemahan, kehinaan serta penerimaan kezaliman dan menyebabkan seseorang itu melarikan diri dari tanggungjawab. Ketahuilah bahawa kebahagiaan dan kecelakaan adalah bergantung kepada aktiviti-aktiviti secara ikhtiar seseorang itu.

( Al-Baqarah 286 , Laha Ma Kasabat Wa Alaiha Maktasabat )
( An-Najm 39 , Wa An Laisa Lil Insani Illa Masaa  )

"Doa untuk mazlumin di seluruh pelusuk dunia "
Solawat...
Ref : Durus fil Aqidah AytMisbahYazdi.

Pondok Moden Cyber : Bismillahirrahmanirrahim ... Ambo budok baru belaja Falsafah : Kuliah Falsafah (1) Bhg 1 Takrif dan maudhuk Falsafah


Pendahuluan

Takrif falsafah




Dari perkataan Greek Filo ( kecintaan)   sofia (ilmu). Rujuk sejarah perkataan Filosofia.

Takrif istilah falsafah dan hikmah
1) Istilah Am
    Ilmu Akly
Berhadapan ilmu Nakly    
2)Istilah khas
Falsafah Ula   
Falsafah Ulya   
Ilmu A'la   
Ilmu Kully   
Ilahiyat   
Metafizik   

بداية الحكمةمLihat takrif seperti didalam

: ilmu yg dibahaskan di dalamnya tentang hal ehwal maujud bi ma huwa maujud


Maudhu' Falsafah




 Wujud
 Soalan: Apakah ?عوارض ذاتيه 
المحمول الذ ي یوءخذ الموضوع في حدّه او يؤخذ هو في حدّ الموضوع Jawapan:



 

Takrif Hikmah
* Dari segi bahasa: Sampai kepada hak dengan bantuan ilmu dan akal
* Hikmahnya Tuhan yakni: Mengenal maujudat dan menjadikan mereka dalam
   Keadaan paling kukuh.
* Hikmahnya manusia: mengenal maujudat dan mengerjakan
   Amalan-amalan baik.
 * Ayat:
                              وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ      1. Surah Luqman 12:
     2. Surah Al-Baqarah 269: يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ                                                                                              
                                                                

Allamah : Hikmah disini bermakna   قضايا صادقه yang menepati kenyataan dan mengandungi kebahagiaan insan Hadaf atau tujuan Hikmah (seperti maarif Ilahiyyah,haqaiq tabiiyyah dan haqaiq fitriyahفطريه           

    


 
  

    

Falsafah oleh kerana dari segi موضوع lebih umum dari ilmu-ilmu lain dan semua benda wujud termasuk kedalam موضوع danومحمولا Falsafah maka tidak ada غاية dan tujuan yang lain selain dirinya. Oleh itu falsafah bukanlah ilmu alat. Falsafah walau bagaimanapun mempunyai natijah dan faedah yang dikatakan tujuan atau غاية  Baginya.    


Faedah-faedah terpenting falsafah
 


1.     Menentukan perkara-perkara sebenar dan perkara-perkara andaian fikiran.
2.     Pembuktian موضوع  ilmu-ilmu
3.     Mengenal علل عاليه  bagi kewujudan  khasnya  علة الاولى
4.   كليه وقطعيهnya kanun-kanun ilmu adalah natijah perbahasan falsafah yang berpunca dari kaedah  تشابه طبيعت  erti lain bagiسنخية بين العلل و معلولل  




Kuliah 1 : Bidayatul hikmah
Guru: Hojatoleslam Fayyaz

كليه وقطعيهnya kanun-kanun ilmu adalah natijah perbahasan falsafah yang berpunca dari kaedah  تشابه طبيعت  erti lain bagi سنخية بين العلل و معاليل

                                             



          Pendahuluan mengenai definisi ilmu falsafah , topik dan tujuannya hikmat Ilahiyyah adalah ilmu yang dibahaskan didalamnya tentang hal ehwal wujud dan topiknya yang dibahaskan didalamnya tentang اعراضnya yang   ذاتيadalah wujud dan tujuannya adalah megenal benda-benda wujud secara menyeluruh dan membedakan benda-benda wujud (maujudat) dari apa-apa yang secara hakikinya bukan maujud.
       
      Bidayah seperti yang ada di dalam muqaddimah ini .Muqaddimah sebelum memulakan kitab yang telah ditulis bagi pihak madrasah Montazeriyah, adalah kitab yang telah ditulis oleh Allamah Tabataiy untuk pengajaran di Hauzah Ilmiyah. Kitab yang sememangnya kitab pelajaran yakni dibawah setiapa ayat banyak intipatinya dan seperti kitab-kitab pekajara hauzah yang lain hendaklah ditelaah dengan terperinci dan InsyaAllah dibincangkan .
        
       Disamping itu topiknya yakni falsafah mungkin ini adalah kitab falsafah pertama yang kita belajar, oleh itu perlu penelitian yang lebih sebelum beliau mulakan perbincangan beliau mengemukakan satu pendahuluan.
        
      Pendahuluan seperti yang anda ketahui ialah perkara-perkara yang diluar sesuatu ilmu itu dibawa supaya seorang yang mula memasuki ilmu memasukinya dengan jelas. Asal ilmu falsafah bermula dari muka surat akan datang.
  



KEYWORDS:
Tabiat-Nature
Tabiee-Natural    


  Falsafah teorisفلسفه نظرى
  Falsafah praktisفلسفه عملى



 -Bodies                  اجسام
-Bodyجسم


 

          Kamu yang mahu belajar falsafah hendaklah tahu mula-mula sekali apakah takrif falsafah.Apakah persekitaran perbincangan falsafah .Topik yang ia bahaskan begitu juga apakah faedahnya kenapa perlu dipelajari falsafah . Ketiga-tiga perkara ini secara imbasan disebutkan , sebelum kita memasuki muqaddimah perlu saya sebutkan bahawa falsaah mempunyai istilah-istilah yang berbeza. Hendaklah kita tahu jika dikatakan kita mempelajari falsafah-falsafah ini apakah maknanya. Istilah pertama seperti yang ditunjukkan oleh tarikh falsafah , ialah falsafah dikatakan kepada keseluruhan ilmu-ilmu pengetahuan manusia dan mereka bahagikan kepada falsafah teoris dan falsafah praktis (yakni falsafah Nazari dan falsafah amali). Walau bagaimanapun berika perhatian bahawa falsafah juga digunakan sebagai sinonim kepada perkataan hikmat. Hikmat atau falsafah yakni keseluruhan Ma'rifat-ma'rifat manusia. Apa-apa yang manusia tahu dan yang dikatakan sebagai ilmu dan pengetahuan semuanya mereka gelar falsafah . Seseorang itu digelar filosof atau hakim apabila mengetahui semua ilmu pengetahuan ini. Pengetahuan-pengetahuan itu sewaktu pembahagian terbahgai kepada dua bahagian berasingan. Falsafah atau hikmat mempunyai dua bahagian yang asal : Falsafah atau hikmat Nazri dan Falsafah atau Hikmat Amali.
        
     Falsafah Nazri ialah keseluruhan ilmu pengetahuan yang dapat diketahui dan dikenali. Yakni apa-apa yang perlu dikenali yang dapat diketahui. Dibincang tentang perkara-perkara itu dan keseluruhan ini dikatakan falsafah nazari. Topiknya ialah hakikat-hakikat alam. Hakikat-hakikat alam adalah berbeza , kadang-kala perbincangan tentang alam matter (Alam Maddah صاده) atau alam Tabiat ini adalah satu bahagian, satu bahagian daripada falsafah Nazri adalah falsafah Tabiiy atau hikmat Tabiiy yang membincangkan tentang alam matter ini, yaitu alam Tabiat. Topiknya adalah benda-benda (اجسام)
    
     Bahagian yang lain bagi falsafah Nazari (Falsafah Teoris) ini adalah matematik yakni ilmu hisab dan ilmu-ilmu matematik yang lain. Bahagian ini adalah dari falsafah itu tadi dikatakan hikmat Riyadhi atau falsafah Riyadhi (Falsafah matematika)
    Satu bahagian yang lainnya adalah perbincangan tentang hukum-hukum menyeluruh (Universal) bagi kewujudan. Kewujudan secara umum dengan tidak diberi perhatian kepada kewujudannya sebagai digit atau punya حجم   (kejisiman) sebagai nombor , sebagai garisan sebagai permukaan (satah) begitu juga sebagai جسم (body). Ini adalah hukum-hukum bagi umum kewujudan, ini juga satu bahagian
    
      Dari sebelah ini kita kata Nazari adalah keseluruhan pengetahuan manusia tentang alam terbahagi kepada tiga bahagian:
Falsafah atau hikmat Tabiiy yang merupakan permasalahan-permasalahan yang topiknya adalah alam benda (alam matter) ini, dan falsafah matematika yakni permasalahan yang topiknya adalah digit dan topik هندسه, garisan, permukaan dan حجم dan falsafah Ilahi yang topiknya adalah kewujudan.
     
      Nama lain juga diberi kepada falsafah ini. Falsafah أولى (falsafah pertama), falsafah وسطى   (falsafah pertengahan), dan falsafah أخرى (falsafah terakhir). Falsafah yakni falsafah yang berada pada tahap kemuliaan dan kepentingan yang paling utama, yang membahaskan tentang hukum-hukum umum bagi kewujudan, dimana selagi perbincangan ini tidak diadakan tiada tempat bagi perbincangan-perbincangan lain dan akan jelas nanti mengapa, khasnya apabila dikemukakan hukum-hukum kewujudan dan yang menyeluruh yakni, termasuk Allah Taala juga. Khasnya oleh kerana kewujudan yang sebenarnya yakni dia yang kewujudan adalah darinya sendiri ialah Allah Taala. Benda-benda wujud yang lain , kewujudan mereka adalah darinya, kerana aspek ini perbahasan adalah khas tentang Tuhan maka itu falsafah ini dikatakan falsafah Ilahy walaupun semua perbahasannya bukanlah khas tentang Tuhan kita katakan tadi bahawa perbahasannya adalah tentang keseluruhan kewujudan. Hukum-hukum umum kepunyaan keseluruhan kewujudan tetapi dah kerana Allah Taala punya tempat yang khas di dalam rangkaian kewujudan ini dan dibahaskan tentangnya sebagai permulaan rangkaian maka bahagian falsafah ini dikatakan falsafah Ilahi.
      
     Falsafah matematika dikatakan falsafah pertengahan kerana ianya adalah pertengahan dari segi kepentingan kerana perbahasannya tidak dapat dilakukan keatas alam benda (alam ماده) atau alam jasmani. Ia membahaskan tentang digit, garisan , satah dan isipadu (حجم). Walaupun معروض mereka adalah ماده (matter) yakni digit عارض kepada kitab ini. Kitab ini dengan kitab lain dikatakan dua kitab tetapi digit itu sendiri bukan ماده. Keduaan , dua bukan benda. Dua datang sebagai sifat kepada dua perkara kebendaan (material). Sepertimana garisan tidak punya matter, satah dan حجم isipadu juga sedemikian عارض kepada matter. Dari segi ianya bukan matter dandari pandangan mereka alam matter (alam maddah) adalah kewujudan yang paling bawah sekali dan benar sekali......