Wednesday, 21 September 2011

Benarkan kata Alim Wahhabi : Shiah musuh Islam,Pemecah belah Umat ?!!





Berita lawatan Alim Wahhabi Saudi,Dr Sulaiman Saloomi ke Malaysia

                                  Almarhum Ayatullah Muhammad Ali Al-Amri,Alim Syiah Madinah dan anaknda 
                                  beliau Hojjatul Islam Wal Muslimin Syekh Kazem Al-Amri
                                   
                                           pengkebumian jenazah Ayt Syekh Muhammad Al-Amri                  

Sebelum menjawab pertanyaan ini marilah kita jawab soalan-soalan cepu mas perbandingan :

1.Siapakah seorang Wahhabi dan siapakah seorang Syiah ?

2.Siapakah Peletak Batu Asas pegangan Wahhabi dan Syiah dan siapakah Pengasas kedua-duanya ? Terangkan riwayat hidup mereka berserta tarikh dan keperibadian mereka.

3.Apakah akidah-akidah dan kepercayaan mereka ?


4.Apakah yang berlaku di dalam sejarah pegangan-pegangan ini ?

5.Apakah tulisan-tulisan dan hasil-hasil karya mereka ?

6.Apakah hujjah-hujjah yang kedua-duanya kemukakan bagi akidah-akidah dan pegangan mereka ?Apakah jawapan-jawapan terhadap hujjah -hujjah mereka ?

7.Berikan penjelasan tentang Wahhabiyah dan Syiah dari sudut Akidah,Feqah dan khazanah keilmuan Islam.

8.Bagaimana keadaan Wahhabiyyah dan Syiah mutakhir ini ?


9.Bagaimana situasi kedua-duanya di negara kita mutakhir ini ?

10.Siapakah rakan-rakan dan sekutu-sekutu mereka pada waktu ini ?

11.Apakah pendirian tokoh-tokoh Wahhabi dan Syiah tentang Israel dan Amerika Syarikat ?

12.Nota : Dengan menjawab soalan-soalan di atas akan jelas siapakah musuh dan siapakah pemecah belah umat.SOLAWAT

Nota 2 : Esok 22 Sept 2011 pertemuan 4 Syiah dari Hauzah Ar-Ridha a.s dengan JAIS bagi kes Maulid Saiyidatina Fatimah Zahra a.s yang telah digugurkan dari Mahkamah oleh Hakim Mahkamah Syariah Kuang jam 9 am bertempat di pejabat JAIS Kuang,Selangor.

Komen: Bila lah manusia ni nak rasa malu sikit,nak raikan Nabi s.a.w dan anak cucu Nabi a.s pun dikira jenayah Syar'ie.Orang pikir ugama tu lagu mana aku pun tak tau.Lagi satu aku nak mintak JAIM ambik tindakan tegas Pesta Liar tarik budak-budak IPT di Melaka,berapa kali dah keluar berita!SOLAWAT

Tuesday, 20 September 2011

Album Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia ke 5 tahun 2011 ( Part 1 )







 
                        Bersama para ulama dan pemimpin-pemimpin Syiah negara-negara Afrika termasuk         Cameroun dan Somalia.

                  
                       Bersama Sheij Munir Valencia pemimpin Syiah Colombia dan anak-anak beliau
                  
                      
                                    Bersama Maulana Inayat,pemimpin Syiah Yangon,Myanmar

                                                                                
                                Bersama Syeikh Adam,pemimpin Syiah negara Madagascar

                          
                               Salam Dr.Tijani Samawi,Tunisia buat para pencinta Ahlul Bait Malaysia

                        
                             Bersama Maulana Syekh Lafir Madani,pemimpin Syiah Sri Lanka

                        
                           Bersama Syekh Ghulam Ali pemimpin Syiah di Bangkok dan Syed Bahrul Uloom

                            
                          Bersama Maulana Naser Abbas,Alim dan tokoh Syiah di Pakistan

                               
                                     Bersama wakil di Syria,Lebanon dan Kanada    

                        
                                  Bersama Wakil Himpunan Ahlul Bait dari Tanzania dan Amerika

                          
                                        Pemimpin Syiah dari negara Austria

                            
                               Pimpinan Parti Perpaduan Islam Pakistan

                                
                                     Antara tokoh 10 juta warga Syiah di Nigeria

                              
                                  Bersama tokoh-tokoh Ahlul Bait Indonesia dan Syria

                                
                                  Bersama Tokoh Syiah Bahrain yang teraniaya

                                           SOLAWAT

Monday, 19 September 2011

Ayatullah Uzma Khamene'i met 5th Ahlul Bait World Assembly participants







    Ayt Uzma Syed Ali Khamene'i : Pergerakan-pergerakan ke Islaman yang agung mutakhir ini di dunia Islam adalah muqaddimah bagi satu perubahan yang lebih besar dan penguasaan Islam.


Pendirian kita ialah membela dan mengukuhkan pergerakan-pergerakan di Mesir,Tunisia,Libya,Bahrain dan Yaman.


Hendaklah berwaspada akan ancaman-ancaman dan kemudharatan-kemudharatan yang mana di antaranya ialah mewujudkan perpecahan di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berbagai khasnya di kalangan Syiah dan Sunni.


Dunia Istikbar (Kuasa-kuasa Dunia ) di samping polisi Islamphobia mereka juga menelusuri secara khusus polisi Shiahphobia maka perlulah berwaspada sepenuhnya.


Kebahagiaan umat Islam bergantung kepada perpaduan di kalangan umat Islam.


Perubahan-perubahan terkini di dunia Islam memberi berita gembira akan masadepan yang cerah dan petanda-petandanya telah pun jelas.


Bangsa dan negara pertama yang mampu mendirikan pemerintahan berdasarkan Islam ialah bangsa Iran yang merupakan pengikut Ahlul Bait a.s.


Pergerakan pemuda-pemuda di negara-negara Islam pada hari ini adalah dengan berkat pergerakan rakyat Iran.

SOLAWAT




Friday, 16 September 2011

JAIS tolak permohonan batal kes serbuan majlis Asyura Sayyidina Hussein a.s






Nota : Wahai Mohamad Rais bin Rasid ! أسمع أفهم ! Bagaimana mungkin kamu berkhidmat kerana Allah jika kamu merosakkan majlis Sayyidina Hussein a.s cucunda kesayangan Habib dan Kekasih Allah  Nabi Muhammad s.a.w pada bulan Muharram dan sekali lagi kamu rosakkan majlis ibunda beliau yaitu Sayyidatina Fatimah Zahra a.s puteri kesayangan Nabi s.a.w pada bulan Rabiul Akhir 1432 H lalu kamu tidak segan silu mendakwa sebagai ahli kepada sunnah Nabi !!!??? layakkah kamu mendapat Syafaat Nabi,Syafaat puteri Nabi dan Syafaat cucunda Nabi s.a.w ??? Bagaimana kalau majlis-majlis kamu dan orang kesayangan kamu dirosakkan sedemikian ???
dan mana mungkin seseorang itu berkhidmat untuk negara jika ia melanggar hak-hak minoriti yang sah menurut perlembagaan negara bahkan tidak ada piagam dunia yang memberi hak kepada kamu untuk menceroboh hak orang lain lalu mahu mendakwa dan menghukum !!!???

Wassalam.SOLAWAT.أللّهمّ اجعلني في درعك الحصينة الّتي تجعل فيها من تريد

Saturday, 10 September 2011

Interaksi Dengan Remaja ( Dari Udara 12000m )



  

  Segelintir sekali orang yang menerima dengan hati terbuka dan tidak merasa tidak senang apabila ditunjukkan keaiban dan kekurangan-kekurangan dirinya begitulah juga para remaja dan anak muda.Jika anda merasakan bahawa anak anda mempunyai tingkah laku yang tidak sesuai dan ia sendiri tidak menyedarinya janganlah samasekali mempersoalkan  keperibadiannya secara keseluruhan.Cara yang terbaik untuk menegurnya ialah pertama sekali diperingatkan perkara-perkara positif yang ada padanya dan akhir sekali teguran dilakukan dengan ungkapan-ungkapan yang positif.Contohnya daripada mengatakan “perkara ini salah dan tidak betul’’ katakan ’’perkara sedemikian adalah sesuatu yang tidak diharapkan’’ atau ‘’lebih baik dari itu dapat dilakukan’’ atau ungkapan-ungkapan sepertinya.Jika  anda merasakan anak anda mempunyai tingkah laku yang tidak sesuai dan ia sendiri tidak menyedarinya,sedarkanlah ia tidak secara langsung dan elakkan dari mengherdiknya dan mengecamnya.
  Janganlah sekali-kali meletakkan diri anda di dalam keadaan dimana anak anda menunjukkan reaksi membalas tindakan anda.Punca terpenting timbulnya keadaan sebegini ialah mengabaikan keperibadian anak remaja dan balasan yang betul atau tidak sesuai.
   Ketika sedang marah kemampuan untuk berfikir menjadi kurang maka itu balasan kepada anak ketika itu tidak bersifat  perbaikan malah ianya lebih berbentuk  melepaskan dendam.
Janganlah memperbandingkan anak anda dengan orang lain seperti “ lihatlah sepupu engkau itu betapa baiknya dia’’
 Jika diri anda sendiri tidak memiliki sesuatu kebaikan itu bagaimana anda mahukan anak anda memilikinya.Maka mulalah dari diri sendiri.
Janganlah walaupun secara bersuka-suka mentertawakan ciri-ciri zahir atau perwatakan anak remaja anda ataupun menyebut-nyebut sesuatu perkara sewaktu kecilnya yang tidak disenanginya.
SOLAWAT

Thursday, 8 September 2011

Panduan ringkas Ayatullah Behjat






Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui di dalam bilangan wirid-wirid dan zikir-zikir ini betapa banyak rahsia-rahsia tersimpan dan setiap satunya berfaedah bagi menyembuh dan menghilangkan penyakit-penyakit apa yang sebahagiannya sahaja yang kita tahu dan sebahagiannya kita tidak tahu !

Solat malam (Tahajjud) adalah kunci segala taufik (kunci kejayaan-kejayaan).

Arahan yang Jami’ dan Mani’ (sempurna) ialah ingat Tuhan sentiasa (di dalam halal dan haram).

Kalaulah raja-raja di dunia ini tahu Apakah kelazatan-kelazatan yang ada ketika beribadat samasekali mereka tidak akan pedulikan perkara-perkara kebendaan.

Apakah kita ada keperluan lain lebih dari mengetahui yang Tuhan itu mengetahui zahir dan batin kita?

Sesuatu yang diketahui secara Dzon dan sangkaan tetapi anda menerangkannya berbentuk sesuatu yang diyakini adalah dikira sebagai dusta.

Apabila ruh manusia pergi kea lam lain ketika iti dia tahu bahawa protokol-protokol yang ada di dunia ini tidak perlu!

Untuk sampai kepada tujuan perlu bersabar,ada takut dan harapan,dalilnya ialah kerja-kerja ini  datangnya dari tempat lain,manusia tiada fungsinya dan intipati sabar itu ialah manusia mahukan sesuatu urusan itu terjadi tetapi ianya terhasil di waktu yang lain. 

Wednesday, 7 September 2011

A Visit To RAMADAN HOLY QURAN ISLAMIC ART & CALLIGRAPHY EXHIBITION




RAMADHAN HOLY QURAN ISLAMIC ART 
& CALLIGRAPHY EXHIBITION
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
13th - 20th August 2011

KERATAN AKHBAR : SINAR HARIAN















The Holy Quran ascribed to the handwriting 
of the Immaculate of Imam (A.S)





























Hadits : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w akhlak beliau adalah Al-Qur'an.

Imam Ali a.s : Berhati-hatilah kamu tentang Al-Qur'an.Janganlah selain kamu mendahuluimu di dalam beramal dengannya.

Imam Ja'far As-Sadiq a.s : Al-Qur'an adalah perjanjian Allah dengan makhluknya.Selayaknya seorang yang beriman melihat dan membaca dari Al-Qur'an paling sedikit lima puluh ayat sehari.

Imam Sadiq a.s : Sewajarnya bagi orang yang beriman meninggal dunia dalam keadaan mempelajari Al-Qur'an atau sedang mengajarkannya.

SOLAWAT