Monday, 15 August 2011

Kehidupan Siasi ( Political Life ) Imam Hasan a.s.





      Sepintas lalu kita meninjau kehidupan Siyasi ( Political life ) Saidina Hasan a.s. Sabda Nabi s.a.w bahawa puteraku ini Allah akan memperdamaikan dengannya diantara dua golongan.Setelah 40 tahun maka berlakulah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w dan ketahuilah bahawa apa yang dilakukan oleh para Imam Ahlul Bait a.s dan di dalam hal ini Imam Hasan a.s  adalah langkah-langkah dari persada Imamah,Khilafah Allah dan kekhilafahan Rasulullah s.a.w.Maka berlakulah apa yang dikenali sebagai Perdamaian Imam Hasan a.s. yang zahirnya berbeza dari Saidina Husein a.s yang tersohor dengan Kebangkitan di Padang Karbala dan peristiwa pembantaian keluarga Nabi s.a.w pada Hari Asyura tahun 61 Hijrah sehinggakan putera Saidina Husein a.s  bayi cicit Nabi s.a.w, Ali Asghar a.s berumur 6 bulan pun turut dibunuh dengan keadaan paling menyayat hati dipanah dan dirobek lehernya dengan busur bercabang tiga dan begitu ditutup peristiwa Hitam ini sepanjang sejarah sehinggakan jika ada yang cuba memperingatinya  dikecam sebagai Sesat lagi Menyesatkan dan disinis sebagai Nostalgia Syiah yang suka mengungkit-ungkit kisah-kisah silam bahkan perayaan-perayaan dicipta bagi meraikan kemenangan ke atas mereka dan inilah agama yang sederhana sesuai untuk seluruh pelusuk dunia,yang jauh dari kesyirikan dan Bid’ah.
      Rasulullah s.a.w sendiri telah berdamai di Hudaibiyah dan selama 13 tahun di kota Mekah tanpa sebarang peperangan.Ada kalanya medan adalah medan bagi peperangan dan ada kalanya medan  adalah medan bagi perdamaian.Berperang di medan Damai adalah kekalahan dan begitu juga berdamai di medan perang adalah kegagalan.Di sana terdapat syarat-syarat bagi peperangan dan di sana terdapat syarat-syarat dan kondisi untuk perdamaian.Allah Taala pernah berfirman kepada Nabi Allah Musa a.s dan saudaranya Harun a.s untuk pergi berjumpa Fir’aun dan berbicara secara lunak dan kata-kata yang lembut,jika tidak adalah mungkin bagi Musa a.s untuk menghulurkan tongkatnya seperti menelan segala ular-ular tukang sihir kerana Risalahnya Anbiya’ bukanlah Risalah Berdarah.Memakmurkan muka bumi ialah dengan memakmurkan insan dan kemakmuran insan ialah dengan kemakmuran akal fikiran.Sabda Nabi s.a.w,rawatan terakhir ialah Kay ( cucuhan besi panas )begitulah juga pedang,tombak  dan dengan apa kelengkapan persenjataan adalah jalan yang terakhir untuk rawatan kemanusiaan.Kalimat “ Salam/ kesejahteraan/kedamaian’’banyak sekali di dalam Al-Qur’an,Tuhan Pencipta Alam Semesta adalah Salam,agama yang diredhai juga adalah Salam,ucapan siang dan malam juga ASSALAM alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh.
      Maka  berlakulah perdamaian Imam Hasan Al-Mujtaba a.s dengan Muawiyah bin Abi Sufyan dengan beberapa persyaratan.Wassalam.
SOLAWAT.Tahniah kelahiran Imam Hasan Al-Mujtaba 15 Ramadhan 3 Hijrah.

Sunday, 14 August 2011

Imam Hasan Al-Mujtaba a.s ( part 1 )



     

      Imam kedua Ahlul Bait a.s ialah Saidina Hasan cucunda Rasulullah s.a.w putera Saidina Ali a.s dan Saidatina Fatimah Zahra a.s yang telah lahir pada tanggal 15 bulan Ramadhan tahun 3 Hijrah di Madinah Al-Munawwarah.Pada usia 7 tahun ninda beliau Nabi Muhammad s.a.w telah wafat dan setelah itu selama 30 tahun berada di zaman Imamahnya ayahnda beliau Ali bin Abi Talib a.s dan setelah syahidnya Imam Ali bin Abi Talib a.s pada tahun 40 Hijrah,selama 10 tahun Imam Hasan a.s memegang tampuk kepimpinan dan Imamah sehinggalah pada tahun 50 Hijrah dengan konspirasi Muawiyah bin Abi Sufyan beliau telah dibunuh dengan racun berbisa dan Syahid ketika berusia 48 tahun.

      Imam Hasan a.s ialah seorang yang berani dan cekal hati di jalan Allah.Beliau di dalam perang Jamal berada di barisan hadapan di samping ayahndanya dan sebelum peperangan meletus beliau bersama-sama Ammar Yasir dan lain-lain sahabat  telah masuk ke kota Kufah untuk mengajak mereka turut serta di dalam angkatan Amirul Mukminin Ali a.s.

      Imam Hasan a.s juga berperanan menggembeling tenaga angkatan Ali bin Abi Talib a.s bagi menghadapi balatentera Muawiyah bin Abi Sufyan dan bertempur dengan begitu sengit sehinggakan Imam Ali a.s terpaksa mengeluarkan arahan menghentikan beliau bersama-sama adinda beliau saidina Hussein a.s dari terus berperang supaya keturunan Rasulullah s.a.w tidak terputus dengan terkorbannya mereka berdua di dalam peperangan.

      Imam Hasan a.s yang bergelar Al-Mujtaba ( Yang Terpilih )juga seorang yang bijak,berilmu,penyabar,pengampun,Abid,Zahid,Bersiyasah,pemurah,bertawadhuk,penyayang,beradab dan beristiqamah.

Rasulullah s.a.w telah bersabda : Hasan dan Husein adalah dua orang pemimpin ( Imam ) samada mereka bangun atau duduk.

      Setelah syahidnya Imam Ali a.s pada tanggal 21 bulan Ramadhan 40 H setelah ditetak di masjid Kufah,Imam Hasan telah memegang tampuk pemerintahan umat Islam dengan wasiat Rasul s.a.w dari satu segi dan meneruskan pemerintahan Imam Ali a.s  dari segi yang lainnya maka bermulalah konspirasi Muawiyah bin Abi Sufyan untuk menjatuhkan pemerintahan Imam Hasan a.s…

      Pada suatu hari seorang lelaki telah datang menemui Imam Hasan a.s untuk sesuatu hajat lalu ditanya orang tersebut kenapa tidak mengajukan hajat tersebut kepada Saidina Husein ? Lelaki tersebut menjawab yang Saidina Husein sedang beriktikaf di dalam masjid.Imam Hasan a.s menjawab sekiranya keperluan tersebut dibantu ianya lebih baik dari iktikaf di dalam masjid selama sebulan.

                               SOLAWAT 

Friday, 12 August 2011

Nama-nama Al-Qur'an




Al-Qur'an mempunyai nama-nama yang banyak,sebahagiannya berbentuk katanama dan sebahagiannya katasifat yang kesemuanya berjumlah 55 atau lebih.

Di bawah ini adalah beberapa nama Al-Qur'an yang terdapat di dalam Al-Qur'an :

1. Al-Qur'an yakni bacaan. ( Al-Baqarah 185 )

2. Al-Furqan yakni pembeda hak dan batil. ( Al-Furqan 1 )

3. Al-Kitab. ( Al-Baqarah 1 )

4. Az-Zikr yakni peringatan. ( Al-Hijr 9 )

5. Tanzil yakni penurunan beransur-ansur. ( Fussilat 1 )

6. Mau'izah yakni nasihat. ( Yunos 57 )

7. Shifa' yakni penawar. ( Yunos 57 )

8. Hudan yakni petunjuk. ( Yunos 57 )

9. Rahmat. ( Yunos 57 )

10. Muhaimin yakni pemelihara hakikat agama dan kitab samawi sebelumnya. ( Al-Maidah 52 )

11.An-Nuur  yakni cahaya. ( Al-A'raaf 157 )

12. Ruh yakni asas agama dan akhlak insani. ( Ash Shura 52 )

Nama-nama yang berbentuk Katasifat


 13.Al-Majid yakni yang punya kebesaran. ( Qaaf 1 )

 14.Al-Aziz yakni perkasa dan tidak dapat dikalahkan. ( Fussilat 41 )

 15.Karim yakni yang mulia. ( Al-Waqiah 76 )

 16.Azeem yakni agung. ( Al-Hijr 87 )

 17.Al-Mubin yakni penerang. ( AshShuara 2 )

 18.Al-Hakeem yakni kukuh dan penuh hikmah. ( Yasin 1 & 2 )

 19.Arabiy yakni berbahasa Arab. ( Taha 113 )

 20.Mubarak yakni yang punya keberkatan dan faedah. ( Al-Anbiya 51 )


                                         SOLAWAT

Thursday, 11 August 2011

Dosa Besar dan Dosa Kecil





Soalan :  Bagaimana  membezakan dosa besar dan dosa kecil ?


Jawapan : Sumber pembahagian dosa besar dan dosa kecil ialah Al-Qur'an.Salah satu dari ayat-ayat tersebut ialah ان تجتنبوا كبائر ما تنهون عنه نكفّر عنكم سيّئاتكم / Jika kamu meninggalkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu membuatnya,niscaya kami ampuni kesalahanmu yang kecil( An-Nisa' 31 ).Marilah kita lihat apakah skala kecil dan besarnya dosa.

Para Fuqaha kita mengatakan bahawa dosa samada besar atau kecil oleh kerana ianya bertentangan dengan perintah Allah maka ia adalah besar.

Tetapi kecil atau besarnya dosa bukanlah di ukur dengan menisbahkannya kepada Allah Taala kerana dengan perkaitan begini semua dosa menjadi besar tetapi penilaian ini dibuat dengan membezakan sekumpulan dosa dengan sekumpulan yang lain lalu terbahagilah kepada dua bahagian,dosa besar dan dosa kecil.

Cara yang paling terkenal di kalangan ulama ialah setiap dosa yang di dalam Al-Qur'an dan hadits dijanjikan azab  adalah dosa besar seperti membunuh orang  yang Al-Qur'an mengatakan :
 و من يقتل مؤمنا متعمّدا فجزاؤه جهنّم خالدا فيها / Dan barangsiapa yang membunuh seorang yang beriman dengan sengaja maka balasannya ialah neraka Jahannam,kekal di dalamnya. ( An-Nisa' 93 )

Manakala sebahagian ulama berkata..ataupun sekurang-kurangnya telah dilarang akannya.Betapa dosa-dosa yang tidak dijanjikan azab di dalam Al-Qur'an tetapi dengan tegas atau berkali-kali dilarang dan ditegah di dalam Al-Qur'an.Contohnya tentang Riba di dalam Al-Qur'an terdapat ungkapan فأذنوا بحرب من اللّه yakni pemakan-pemakan Riba umumkan peperangan menentang Allah. ( Al-Baqarah 279 ).Ayat ini sahaja adalah petanda bahawa memakan Riba adalah dosa besar.Jika sekiranya tiada ayat atau riwayat lain yang menjanjikan azab bagi pemakan Riba,larangan yang tegas ini cukup menandakan besarnya dosa memakan Riba.Setiap satu dari dosa besar dan kecil mempunyai sempadan masing-masing kerana sekiranya tiada janji azab atau larangan yang tegas tentang sesuatu dosa tersebut maka ia adalah dosa kecil.

SOLAWAT

Wednesday, 10 August 2011

Intisari Al-Qur'an





                Al-Qur’an di dalam satu surah
    

      Surah Al-Fatihah adalah ringkasan Al-Qur’an,ringkasan keseluruhan Al-Qur’an dan keseluruhan Al-Qur’an telah menjadi wajib di dalam Solat.Ini memberi fadhilat kepada Solat di mana keseluruhan
Al-Qur’an  terhimpun di dalamnya.Lihatlah apakah keseluruhan Al-Qur’an selain dari ini? Yakni selain dari zikir,puji-pujian dan Makrifat Allah  ?
  الحمد لله ربّ العالمين,الرحمن الرحيم,مالك يوم الدين,اياك نعبد adalah keseluruhan zikir-zikir,ubudiyyah dan ingatan dan  ايّاك نستعين dimulakan doa.Ini adalah ringkasan doa اهدنا الصراط المستقيم  adalah keperinciannya.صراط الّذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولاالضالّين adalah berlepas diri dari orang-orang yang menentang agama.Mereka yang مغضوب عليهم yang menyesatkan atau yang sesat ; di dalam kesesatan tanpa keuzuran.

       
       Adakah sesuatu dari lingkungan dan ajaran-ajaran Al-Qur’an yang tidak diisyaratkan di dalam Al-Fatihah ? اهدنا الصراط المستقيم menentukan jalan (( jalan yang mereka ini ikuti bukan jalan yang mereka itu (para musuh agama dan orang-orang yang sesat ) dan pengikut-pengikut mereka ikuti )).
Keseluruhan Al-Qur’an ada di dalam Fatihah dan perkara ini bukanlah ikut-ikutan.Tidak perlukan Taabbudiyat di sini.Seseorang itu boleh lihat yang ianya sedemikian.
      
Ismul A’zam dalam surah Al-Fatihah
      
      Riwayat mengatakan yang Ismul A’zam berserakan di dalam surah ini.Jika seseorang dengan niat ini membaca Al-Fatihah seumpama ia mengetahui Ismul A’zam.Sesiapa yang mampunyai hajat dan meniatkan Ismul A’zam boleh ia membaca Fatihah yang mempunyai semua kesan-kesan ini.Ini ialah kerana kelengkapannya yang merupakan ringkasan Al-Qur’an.Di dalam riwayat mengatakan (( Setiap yang ada di dalam Al-Qur’an ada di dalam Fatihah )) Ini menyebabkan sehingga yang mati pun dihidupkan.

 SOLAWAT

Cinta Khadijah






      Setiap pencinta cinta kepada dirinya sendiri,cintakan kesempurnaan dirinya dan cintakan kesinambungan dirinya kerana tidak kenal maka tidak cinta dan tidak senang maka tidak cinta dan tiada pengenalan dan kesenangan seseorang itu lebih dari dirinya sendiri.Maka cintakan diri sendiri itu lebih kuat dari yang lainnya.Maka itu mengenal diri dan MakrifatunNafs adalah kunci bagi mengenal Tuhan dan Makrifatullah kerana kewujudan setiap diri adalah cawang dari kewujudan Tuhan.Maka hubbunNafs dan cintakan diri sendiri kembali kepada cinta Ilahi.

      Setiap pencinta cinta kepada selain dirinya.Ada yang cinta kerana kebaikannnya,ada yang cinta kerana ketampanan dan kecantikannya,ada yang cinta kerana keindahannya dan ada yang cinta kerana hampirnya yang lain kepada Tuhannya walaupun tidak kembali kepada dirinya.

Ada yang cinta kerana kebaikan yang sampai dari yang lain kepada dirinya.

Ada yang cinta kerana persamaan yang ada di antara dirinya dengan yang dicintainya.

      Takziah ulangtahun kewafatan Permaisuri Nabi s.a.w Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Kubra a.s,manifestasi Cinta Sejati tanggal 10 Ramadhan tahun kesepuluh Be’thah setelah sepuluh tahun pengutusan Rasul s.a.w yang telah menyerahkan seluruh jiwa raga dan harta benda di jalan Cinta Abadi Risalah Muhammadi s.a.w.

SOLAWAT

Monday, 8 August 2011

Olahan Eliksir Cinta




                     
          Olahan Eliksir Cinta


هر آن دل را كه سوزى نيست دل نيست   دل افسرده غير از مشت كل نيست

الهى سينه اي ده آتش افروز          در آن سينه دلى   و آن دل همه سوز


Hati tidak membara bukanlah hati ianya      Sekeping yang dingin tidak lainnya

Ilahi kurniakan daku dada yang menghambur    Yang padanya hati sentiasa menyala



Cinta yakni Tenaga dan Kekuatan, yang menikus menjadi perkasa

Cinta yakni Penggerak, yang berat dan tembel ,rajin dan ceria

                                          Yang bengap dan susah,pintar jadinya

                                          Yang bakhil dan kikir ,murah hatinya

                                          Yang angkuh dan berang,sopan penyayang

                                         Yang kelu dan bisu,riang peramah

                 


بلبل از فيض كل آموخت سخن ورنه نبود         Kicauan Bulbul,Bunga puncanya


Cinta,Sumber Inspirasi,Pahlawan tercipta


 هل الدّين الاّ الحبّ                   Bukankah Agama itu Cinta ?

                                                 SOLAWAT                                                                                                                                   

Sunday, 7 August 2011

Kesan Puasa : Takwa ( Part 2 )





Takwa ialah Immunity bukan pembatasan,Takwa ialah benteng pemelihara bukan sekatan dan penjara.

أعلموا عبادالله انّ التقوى دار حصن عزيز والفجور دار حصن ذليل لأ يمنع أهله ولأيحرز من لجأ اليه الأ و بالتقوى تقطع حمة الخطايا

Ketahuilah wahai hamba-hamba Allah bahawasanya Takwa adalah benteng yang kukuh dan tinggi manakala tingkah laku kemaksiatan itu ialah binaan benteng yang rapuh yang tidak melindungi orang yang berlindung kepadanya.Ketahuilah bahawa dengan Takwa tercabutnya bisa patukan kesalahan-kesalahan. ( Imam Ali a.s,Nahjul Balaghah Khutbah 157 )


Takwa ialah pembebasan,bukan belenggu dan ikatan,Takwa ialah penyelamat


فانّ تقوى الله مفتاح سداد و ذخيرة معاد و عتق من كلّ ملكة و نجاة من كل هلكة

Sesungguhnya Takwa adalah kunci kebenaran dan bekalan akhirat dan pembebasan dari setiap perhambaan dan keselamatan dari setiap kehancuran. ( Imam Ali a.s,Nahjul Balaghah Khutbah 228 )


Kesan-kesan Takwa

1. Penemuan jalan keluar dari kesempitan. ( Al-Baqarah 194 )

2. Pemisahan Hak dan Batil. ( Al-Anfal 29 )

3. Izzah dah Kemuliaan. ( Hadits,Bihar )

4. Menurunkan Keberkatan Samawi dan mengenepikan kefakiran. ( Al-A’raaf 201 )

5. Rahsia kemenangan dan kunci kejayaan. ( Hadits,Ghurarul Hikam )

                      SOLAWAT

Saturday, 6 August 2011

Kuliah Cinta 1





از محبت تلخها شىرين شود  از محبت مسها زرين شود
از محبت دردها صافى شود   از محبت دردها شافى شود
از محبت مرده زنده مى كنند   از محبت شاه بنده مى كنند
از محبت سجن كلشن مى شود   وز محبت خانه روشن مى شود
از محبت خار سوسن مى شود   بي محبت موم آهن مى شود
از محبت نار نورى مى شود   وز محبت ديو حورى مى شود
از محبت سقم صحت مى شود وز محبت قهر رحمت مى شود

Kerana cinta yang pahit menjadi manis,kerana cinta tembaga emas jadinya,kerana cinta sakit tidak terasa,kerana cinta segala penyakit sembuh segera,kerana cinta yang mati hidup semula,kerana cinta Sang Raja bertukar hamba,kerana cinta penjara taman berbunga,kerana cinta benderang rumahnya,kerana cinta duri menjadi bunga,kerana cinta kandu menjadi waja,kerana cinta api menjadi cahaya,kerana cinta Pontianak bertukar pari,kerana cinta sembuh semua yang sakit,kerana cinta yang murka berputik kasihnya.

Mahabbah = Ishq = Cinta = Cenderung kepada sesuatu yang menyeronokkan yang timbul setelah mengenal ( makrifah ) dan menyelami sesuatu samada dengan indera atau kalbu.

Semakin kenal ia dan semakin tinggi makrifatnya semakin bertambah keseronokannya maka semakin menebal cinta dan mahabbahnya.

Penglihatan Batin / Mata hati lebih tajam penglihatannya dari mata zahir maka keseronokan dan kelazatan kalbu dan rohani mengatasi kelazatan dan keseronokan jasmani.

Kamal dan Jamal / Kesempurnaan  dan keindahan Ilahi dikecapi maka cenderonglah tabiat yang sihat dan akal yang waras kepadanya,asyik kepadanya.

Cintakan keindahan,cintakan kebaikan dan kemuliaan.Setiap keindahan disenangi dan dicintai kerana keindahan dan kecantikannya bukanlah kerana memenuhi keinginan shahwani kerana ianya adalah kelazatan yang berbeza.Begitulah cinta kepada kebaikan dan kemuliaan

Bukanlah kebaikan,kemuliaan dan kecantikan dan keindahan itu terbatas kepada pencapaian inderawi bahkan kebanyakannya dicapai dan dilihat dengan Nur Basirah Batinah / penglihatan mata hati.

Orang yang penglihatan batinnya mengatasi penglihatan zahirnya,cintanya kepada makna-makna batin dan spiritual mengatasi  cintanya kepada makna-makna zahir.

Manusia tidak melihat Tuhan dan mungkin tidak melihat Nabi dan Imam-Imam yang disucikan Tuhan dengan penglihatan zahir tetapi Makrifatullah,MakrifaturRasul dan Makrifatul Auliya Ilahi menimbulkan kecintaan ketahap pengorbanan segala harta,jiwa dan raga.


لايؤمن احدكم حتّى يكون الله و رسوله احبّ اليه مماّ سواهما

‘’ Tidak beriman seseorang dari kamu itu sehinggalah ia mencintai Allah dan RasulNya melebihi selain Mereka’’.

‘’ Katakanlah ( Wahai Muhammad ) aku tidak meminta sebarang upah dari kamu semua kecuali mencintai Qurba / kerabatku “.

                                SOLAWAT

Kenyataan Zamihan Mat Zin







Pegawai Jakim: Wahabi dan Syiah sumber ancaman utama, perlu dibendung
Oleh G Manimaran
July 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata Wahabi dan Syiah merupakan ancaman utama kepada keselamatan negara dan pihak berkuasa perlu memberi perhatian secara menyeluruh untuk membendung kedua-dua fahaman itu agar tidak membawa kepada pemikiran radikal.
“Ancaman pemikiran terbesar di negara kita sekarang ialah Wahabi dan Syiah... pemikiran yang ekstrem... (kerajaan) perlu bendung bagi mengharmonikan amalan fahaman Sunah Waljamaah di Malaysia,” kata Zamihan Mat Zin, yang kini merupakan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia, agensi di bawah penyeliaan Jakim.
Zamihan, yang menjadi perhatian di sebalik polemik fahaman Wahabi sejak tahun lalu berkata, “jika tidak dibanteras, ia berpotensi untuk mengganggu-gugat sistem etika pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.”
Zamihan berkata mengikut kajiannya fahaman Wahabi dan Syiah masing-masing mempunyai pengikut sekitar sejuta orang.
Dalam satu pertemuan di pejabatnya di Bandar Baru Bangi baru-baru ini, Zamihan memberitahu The Malaysian Insider, jika dibiarkan ia akan “menyuburkan gejala ekstremisme agama sebagaimana berlaku di Pakistan, Afghanistan, Iraq, Indonesia dan Chechnya.”
Sambil menarik perhatian kepada tindakan sesetengah pihak melakukan perkara itu dengan sokongan pihak luaran, beliau menambah, ada pendakwah yang menerima bantuan kewangan dalam bentuk elaun daripada menerusi kedutaan asing di sini untuk mengadakan aktiviti yang boleh menyuntik fahaman.
“Ada pendakwah menerima elaun bulanan, dalam jumlah besar... memang ada bukti. Memang pihak berkenaan akan menafikan, kalau saudara tanya mereka mesti menafikan, tetapi kami ada bukti,” kata beliau lagi.
Dalam ulasan sebelum ini, Zamihan mempertahankan tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sambil menegaskan, isu amalan Wahabi menjadi semakin serius.
Zamihan juga mendakwa sebelum ini bahawa amalan fahaman Wahabi berleluasa dengan mendapat perlindungan dan campur tangan ahli-ahli politik, malah menular ke agensi-agensi agama di peringkat nasional dan negeri.
MKN telah mengadakan mesyuarat khas Isnin lalu bagi membincangkan perkara tersebut. Difahamkan mesyuarat merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan dalam terorisme.
Mesyuarat itu susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan amaln Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi dan di Bukit Aman.
Ia telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.
Mereka ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan sekumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno termasuk Fathul Bari Mat Jahya.
Zamihan menjadi perhatian ekoran pendedahan media tahun lalu susulan satu sesi taklimat yang mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu Asri, Juanda, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Bagaimanapun dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider ketika itu, Zamihan menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Berdasarkan laporan The Malaysian Insider semalam, Juanda Jaya melahirkan rasa lega kerana Putrajaya tampil dengan penjelasan mengenai isu Wahabi termasuk penegasan bahawa Arab Saudi tidak mempelopori keganasan dan ajaran sesat di negara .ini menerusi fahaman itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan tidak pernah menganggap negara di rantau Asia Barat termasuk Arab Saudi sebagai negara yang mempelopori keganasan dan ajaran sesat.
Sebaliknya kata Jamil Khir, kerajaan sentiasa menjaga hubungan baik dengan negara di rantau itu kerana tiada bukti yang boleh mengaitkan mana-mana negara dengan aktiviti keganasan.
“Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa menjaga hubungan yang terjalin antara negara luar termasuk Arab Saudi, Jordan, Iraq dan sebagainya.
“Selain itu, kita ambil pendekatan berhati-hati agar unsur-unsur keganasan tidak cuba dibawa masuk ke negara ini kerana ia akan membawa perpecahan,” kata beliau.
Jamil Khir berkata secara umumnnya keganasan pada waktu ini bukan atas nama kumpulan atau negara tetapi ia kadang-kadang datang daripada individu-individu tertentu.
Pertemuan dengan Zamihan berlangsung sehari sebelum kenyataan rasmi Jamil Khir itu.
Ditanya mengenai dakwaan berkaitan amalan Wahabi dengan hubungan diplomatik, Zamihan berkata, ini bukan soal hubungan dua hala akan terjejas ataupun sebaliknya.
Tetapi kata beliau, ia berkaitan dengan soal membantu menjaga keselamatan dan kepentingan bersama.
“Kalau anda datang ke sini, anda kena jaga sensitiviti kami. Begitu juga apabila kami pergi ke negara anda, kami kena menjaga sensitiviti dengan tidak membawa fahaman kami.
“Saya pasti mana-mana negara pun akan mengambil tindakan atau menghalau keluar jika rakyat negara lain membawa fahaman yang boleh mengancam keselamatan negara dikunjungi,” kata beliau.
“Misalnya jika rakyat Iraq datang ke Malaysia dan membawa dadah, dan jika kita tangkap... adakah ia akan menjejaskan hubungan dua hala, hubungan diplomatik. Saya rasa tidak, jadi begitu juga dalam soal fahaman agama ini. Jangan bawa fahaman yang boleh mengancam keselamatan negara,” katanya lagi sambil menambah, “ini bukan tuduhan, tetapi hakikat yang berlaku.”
“Mana-mana negara pun kena penyakit ini,” kata Zamihan yang turut berkata beliau telah membangkitkan isu ini sejak tahun 2006.

MEMO

  

Syiah ialah pencinta dan taat setia kepada Tuhan yang walaupun Zat Yang Maha Suci itu adalah Al-Muntaqim,Al-Mutakabbir,Al-Qahhar tetapi RahmatNya mengatasi segala-galanya dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya.

Syiah ialah pencinta dan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w yang baginda itu ialah Rahmatun Lil Alamin / Rahmat bagi sekalian Alam.

Syiah ialah pencinta dan taat setia kepada Putera kelahiran Ka'bah Ali bin Abi Talib yang ditetak di Mihrab ibadah di bulan Ramadhan kerana Keadilannya.

Syiah ialah pencinta dan taat setia kepada Penghulu Wanita Sekalian Alam Saidatina Fatimah Zahra Al-Mazlumah yang kuburannya tiada bertanda diabaikan umat ayahnya tapi keberkatannya semesta.

Syiah ialah pencinta dan taat setia kepada Sayyidina Hassan, Ketua Pemuda Syurga yang melakukan perdamaian demi menyelamatkan agama dan umat nindanya s.a.w. yang riwayatnya diracun durjana.
                                                                                          
Syiah ialah pencinta dan taat setia kepada Saidina Hussein,cunda kesayangan Rasulullah s.a.w yang nyawa agama di kepalanya yang digadai di tanah gersang Karbala.

Syiah ialah pencinta dan taat setia kepada '' Tis'atun min Sulbika ''( Sembilan diri keturunan Husein zuriat pesanan dan warisan Nabi : Zainul Abidin,Al-Baqir,As-Sadik,Al-Kazim,Ar-Ridha,Al-Jawwad,Al-Hadi,Al-Askari yang semua mereka ialah Salaf dan Khalaf yang Soleh dari segala yang Soleh,lombongnya Makrifat dan Keilmuan,Siyasah,Akhlak,Hikmah dan Kesempurnaan.Amaanun Li Ahlil Ardhi ( Keamanan bagi penghuni bumi ).

Syiah ialah pencinta dan taat setia kepada Penyelamat Umat Manusia,Pemilik Urusan Akhir Zaman,Mahdinya Fatimah untuk memenuhkan muka bumi dengan keadilan setelah bergelumang dengan kezaliman.

Syiah ialah pencinta dan penganjur keadilan dan keamanan dan memusuhi penindasan,penganiayaan,pencerobohan,pelanggaran dan penjajahan.

Syiah ialah pencinta pencinta dan penganjur keadilan dan keamanan dan pencinta mereka yang memusuhi penindasan,penganiayaan,pencerobohan,pelanggaran dan penjajahan.

Syiah ialah pencinta dan penganjur keamanan sejagat.

Syiah ialah pencinta dan penganjur keamanan dan keselamatan negara dan tanah air.

Syiah ialah pencinta dan penganjur kedaulatan undang-undang.


SOLAWAT

Pencinta Nabi s.a.w dan Ahlul Bait a.s / kamilzuhairi.blogspot.com/ 6 Ogos 2011