Sunday, 17 July 2011

Falsafah Keghaiban Imam Mahdi





Selayang pandang MKZAA kepada jawapan Ayatullah Uzma Ja'far Subhani dan Ayt Uzma Makarim
Syirazi.

Soalan : Imam Mahdi Hujjah Allah Ibnul Hasan Al-Askari a.f.j pada tahun 260 H telah terlindung dari
pandangan-pandangan dan sehingga kini telah berlalu lebih seribu tahun.Apakah falsafah keghaiban
yang lama ini ?

Jawapan : Pertama sekali hendaklah kita berikan perhatian bahawa Ghaibah Imam dari pandangan kita bukanlah bermakna yang Imam itu tinggal di dunia lain selain dunia ini ataupun kewujudan jasmani beliau telah menjadi bentuk kewujudan halimunan seperti gelombang tetapi maknanya ialah Imam hidup di kalangan orang ramai dan dilihat oleh orang ramai tetapi mereka tidak mengenali  beliau.

Soalan : Kenapa Ghaibah beliau begitu lama masanya ?  Apakah falsafahnya ?

Jawapan : Agendanya Imam Mahdi dibandingkan dengan agenda Nabi-Nabi dan Imam-Imam yang lain mempunyai satu perbezaan yang umum kerana agenda beliau ialah sepenuhnya perlaksanaan dan eksekutif bukannya perundangan dan legislative dan itu pun bukanlah di sebahagian tetapi di seluruh pelusuk dunia dan beliau mempunyai tugasan untuk melaksanakan keseluruhan usul ajaran Islam di seluruh dunia serta memperluaskan usul Keadilan dan Kebenaran.
Adalah benar para Anbiya dan Imam-Imam Ahlul Bait a.s telah melaksanakan sebahagian dari agenda ini tetapi disebabkan ketiadaan persediaan pada kebanyakan penduduk dunia  maka ia tidak
menjadi agenda sejagat dan umum dan setelah berpengaruh pada sebahagian tertentu masyarakat manusia ia telah terhenti.
Adalah jelas bahawa untuk melaksanakan agenda Revolusioner Sejagat ini yang dengannya keadilan dan kebenaran akan tersebar di kalangan seluruh penduduk dunia mempunyai pendahuluan-pendahuluan seperti di bawah dan situasi dan kemudahan ini tidak dapat dicapai kecuali dengan berlalunya masa dan proses penyempurnaan masyarakat secara menyeluruh :

1.Persiapan Jiwa

Pada tahap yang pertama hendaklah masyarakat dunia dahaga dan bersedia untuk melaksanakan
Usul ini dan selagi tiada permintaan dari penduduk dunia,penawaran setiap bentuk program material atau spiritual tidak akan berkesan.Begitulah juga Usul Akhlak,aliran-aliran Siasah dan Revolusioner selagi mana tidak bertempat di lubuk hati rakyat dan tiada permintaan maka penawarannya akan mengakibatkan kerugian.
Berlalunya masa dan gagalnya kanun-kanun material dan buntunya segala jalan dan hampirnya manusia untuk terjerumus ke dalam gaung  telah meletihkan umat manusia dan menyedarkan mereka bahawa usul kanun Kebendaan dan Institusi-institusi antarabangsa bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah kehidupan dan menegakkan keadilan tetapi dalam masa yang sama menediakan mereka untuk menerima satu perubahan besar atau Revolusi yang fundamental dan kita tahu yang ini memerlukan masa sehingga pengalaman-pengalaman pahit kehidupan membuktikan bahawa semua sistem-sistem kebendaan dan manusiawi adalah tidak berkemampuan.
Maka timbullah permintaan dari penduduk dunia bagi agenda Tuhan tersebut dan tersedialah lapangan bagi satu Revolusi Agung Sejagat dipelopori oleh manusia ilahi dan samawi.

2. Kesempurnaan ilmu,Sains dan Kebudayaan-kebudayaan manusia.

Dari aspek yang lain,menegakkan Pemerintahan Sedunia berasaskan keadilan memerlukan kemajuan ilmu dan pengetahuan dan kebudayaan-kebudayaan sosial dan massa dan perkara ini tidak akan tercapai tanpa kemajuan pemikiran dan berlalunya masa.

3. Kesempurnaan media massa

Pemerintahan yang sedemikian perlu kepada kewujudan media massa yang sempurna untuk mengumumkan peraturan,hokum-hakam dan usul kemanusiaan melalui berbagai-bagai jalan dalam masa yang tersingkat dan ini memerlukan kemajuan teknologi dan peredaran zaman.

4. Mendidik tenaga insani

Untuk sampai kepada tujuan tersebut dan mengasaskan Revolusi Agung sedemikian memerlukan tenaga insane yang proaktiv dan konstruktif yang membentuk pada hakikatnya soldadu-soldadu Revolusi Agung.Membentuk satria-satria rela berkorban di jalan matlamat dan hakikat begini memerlukan masa.

Soalan : Semua perkara ini benar tetapi kenapa Imam tidak dikenali di kalangan masyarakat dan hidup dalam keadaan tidak dikenali ? sedangkan boleh sahaja Imam hidup di kalangan ramai sehinggalah tiba perintah Tuhan untuk Kebangkitan Agung tersebut ?

Jawapan : Imam hidup seperti manusia lain menurut kanun kemanusiaan yang biasa Cuma bezanya ialah Imam mempunyai umur yang panjang yang sekiranya Imam dikenali samasekali tidak terpelihara dari ancaman kuasa-kuasa jahat sepanjang zaman yang jumlah mereka tidaklah sedikit
Sepertimana yang dihadapi oleh Imam-Imam sebelum beliau dan sekiranya ancaman itu mengenai Imam maka tiada lagi Imam setelah beliau kerana beliau adalah Hujjah Allah yang terakhir dan agenda hendaklah dilaksanakan oleh beliau.

Petua : Untuk Taufik bagi seorang mukmin dibaca Ayatul Kursi setiap hari 10 kali diletakkan tangan di atas bahagian kalbu.SOLAWAT

Saturday, 16 July 2011

Titik persamaan antara Agama



Soalan-soalan berkenaan masa depan

1. Apakah masa depan umat manusia menuju kedamaian dan keamanan atau kekacauan dan peperangan akan mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan segala-galanya?.
2. Jika dunia menuju kedamaian dan persaudaraan apakah ianya berlaku beransur-ansur ataupun memerlukan satu Revolusi yang drastik?.
3. Andaikata memerlukan Revolusi apakah ia akan berlaku melalui perhitungan Material ataupun melalui perkiraan dan perhitungan Spiritual dan kemanusiaan?.
4. Sekiranya memerlukan Revolusi sedemikian siapakah Pemimpinnya?
Apakah ciri-ciri yang mesti dimilikinya?
Apakah syarat-syarat yang mesti dimiliki oleh dunia dan masyarakat manusia?
Apakah telah wujud syarat-syarat tersebut pada hari ini atau sekurang-kurangnya lapangan atau tapak bagi syarat-syarat tersebut telah tersedia?
5. Apakah perkara ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan umum agama-agama dunia tentang  ‘’Penyelamat ”?
Apakah kaitannya dengan kepercayaan umat Islam?
6. Apakah kepercayaan ini membantu kepada pemulihan dan pembaikan umum atau menyebabkan kemunduran?
7. Apakah  buah fikiran atau kepercayaan ini mempunyai realiti atau ianya semata-mata cuba untuk menenangkan manusia yang mengimpikan kedamaian dan keadilan yang tidak akan kunjung tiba?

Perbezaan pandangan mengenai masa depan umat manusia

1. Keburukan dan kecelakaan sentiasa mengiringi kehidupan manusia dan kehidupan adalah tidak bernilai sama sekali.
2. Umat Manusia dengan kemajuan Teknologi dan peralatan pemusnah sedang mengorek liang lahad bagi dirinya sendiri.
3.Keburukan dan kerosakan bukanlah sentiasa mengiringi umat manusia bahkan kemajuan jentera dan Teknologi membawa kebahagiaan.
4. Punca kerosakan dan kemusnahan ialah kepincangan rohani manusia manakala kafilah umat manusia secara fitrahnya berada di landasan penyempurnaan pemikiran,akhlak dan kerohanian.
Satu masa depan yang cerah yang tercabut dari nya keburukan dan kerosakan sedang menanti kafilah umat manusia.
Persamaan di antara agama-agama

1. Kedatangan Penyelamat umat manusia setelah kezaliman yang berleluasa.
2. Perkara ini berlaku di akhir zaman.
3. Perkara ini adalah sejagat dan akan menyatukan semua agama.
4. Dunia akan dipenuhi dengan Keadilan.
5. Revolusi ini dipelopori oleh seorang hamba Allah yang Soleh.

Petanda-petanda masa depan yang cerah

1.Arus pergerakan kesempurnaan umat manusia.
Kehidupan manusia bukanlan seragam tetapi dengan motif dalaman ia sentiasa memajukan diri dan masyarakat dan usaha ini terus-menerus berlaku dan seluruh kemampuannya akan dikerah untuk berhadapan dengan kemushkilan hidup.Manusia akan terus mara di mana penyempurnaan akhlak bergerak seiring dengan penyempurnaan kebendaan.
2.Keharmonian dan keseragaman dengan sistem penciptaan
Keseragaman dan ketertiban merangkumi juzuk-juzuk alam dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar galaksi.Apakah masyarakat manusia boleh mengecualikan dirinya dari system yang agung ini ??Perkara ini sendiri menjadi dalil bagi kewujudan system sosial yang sahih yang menanti kafilah umat manusia.
3. Tindakbalas Sosial
Senantiasa pergolakan-pergolakan dan kebangkitan-kebangkitan yang meluas adalah reaksi dari tekanan-tekanan sebelumnya yakni tekanan yang tidak rasional membawa agenda perubahan
Seperti : Revolusi Peranchis 1789 menentang kediktatoran.
Revolusi menentang perhambaan 1848 bermula di Inggeris.
Revolusi menentang penjajah.
Revolusi Komunis 1917 menentang kepincangan Kapitalis.
4.Di dalam pemerhatian ilmu Jiwa sekiranya keinginan-keinginan manusia  tidak dipenuhi secara sesuai dan sahih ia akan tertekan dan berundur dari situasi zahir ke batin .

Kesimpulannya keadaan semasa umat manusia mengandungkan satu kebangkitan dan Revolusi Sejagat yang bakal menghancur luluhkan segala kepincangan dan ketidakadilan dan kezaliman.


Thursday, 14 July 2011

Ar-Redha







Sabda Rasulullah Muhammad Al-Mustofa s.a.w : Apabila Allah menyukai seseorang hamba,Allah akan mengujinya.Jika ia bersabar Allah akan memilihnya (ijtabaahu) dan jika ia redha Allah akan menulenkan pilihannya (istafaahu).

Sabda Rasul Al-Mustofa s.a.w : Redha lah kamu dengan pembahagian Allah,kamu akan menjadi manusia terkaya (AghnanNaas)

Imam Ali Al-Murtadha a.s : Redha akan ketentuan menghilangkan kedukaan

Imam Ali Al-Murtadha a.s : Orang yang paling berbahagia kehidupannya ialah orang yang redha dengan pemberian Allah kepadanya.

Imam Hasan Al-Mujtaba a.s : Bagaimana mungkin seseorang Mukmin itu beriman dalam keadaan ia tidak redha akan bahagiannya dan memandang rendah dan hina akan kedudukannya sedangkan yang menentukan nasibnya ialah Allah.

Imam Ali Zainul Abidin Sayyidus Sajidin : Redha akan ketentuan yang tidak disenangi  adalah daripada tingkatan Yakin yang tertinggi.

Imam Ali AsSajjad a.s : Tingkatan Zuhud yang tertinggi ialah tingkatan Wara’ yang terendah dan tingkatan wara’ yang tertinggi ialah tingkatan Yakin yang terendah dan tingkatan Yakin yang tertinggi ialah tingkatan Redha yang terendah.

Imam Ja’far As-Sadik a.s : Barangsiapa yang redha dengan ketentuan Ilahi akan berlaku ke atasnya ketentuan dan ia diberi ganjaran dan orang yang tidak redha dengan ketentuan,tetap akan berlaku ke atasnya ketentuan dalam keadaan Allah menghapuskan ganjarannya.

Imam Ali Al-Murtadha a.s : Tiga perkara yang menyampaikan Hamba kepada keredhaan Allah : Banyak memohon ampun (Istighfar),merendahkan diri dan banyak bersedekah.

PSS: Al-Asma’ tanzilu minaSamaa’.Nama-nama para Anbiya dan Auliya,Imam-Imam Ahlul Bait a.s adalah alamat dan tanda kesucian dan sifat-sifat kesempurnaan pada kewujudan diri mereka.INNAMA YURIDULLAHU LIYUZHIBA ANKUMURRIJSA AHLALBAIT WAYUTAHHIRAKUM TATHIIRA( sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghilangkan kekotoran darimu wahai Ahlul Bait Nabi dan mensucikanmu sesuci-sucinya).Semua Khulafa’ dua belas Rasul s.a.w adalah Al-Mujtaba,Ar-Ridha,Al-Hadi…kerana kesemua mereka adalah  kewujudan Nurani walaupun setiap seorang dari mereka lebih menonjol dengan sifat kesempurnaan yang diserlahkan dengan nama masing-masing dan pengikut-pengikut setia mereka adalah dari pancaran cahaya mereka

Solawat dan Salam keatas Imam Ali ibni Musa Ar-Ridha.SOLAWAT.

Petua:

Menulis surah Insyirah dibasuh dengan air dan diberi minum kepada orang yang mahu melahirkan anak akan mempercepatkan kelahiran.insyaAllah.

KES 'ASYURA 15 DIS 2010 AKAN DIDENGAR PADA OKT DAN NOV 2011




KENYATAAN AKHBAR

14 JULAI 2011

Kuang:  Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini, menetapkan perbicaraan kes dua orang tokoh Syiah pada 17, 18 dan 19 Oktober; dan 8,9, dan 10 November ini. Pada prosiding yang bermula agak lewat itu, menyaksikan pendakwaraya telah mengemukakan senarai 21 orang sebagai saksi pendakwaan.

Peguam bela bagi Mohd Kamilzuhairi, Mohamad Burok ketika dihubungi mengesahkan penangguhan kes ini. Sementara itu, Mohd Kamilzuhairi berkata, pihaknya komited untuk memberikan sebarang hujah balas terhadap pendakwaraya terutama terhadap isu-isu yang berunsur fitnah dan provokatif.

Disamping itu, Mohd Kamilzuhairi menyatakan kekesalan terhadap sikap serta pendirian JAIS yang masih meneruskan agenda yang jelas bertentangan dengan semangat persaudaraan dan perpaduan yang telah disepakati di peringkat Negara-negara OIC serta di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tindakan ini jelas mencabuli beberapa deklarasi antarabangsa serta Perlembangan Malaysia yang mana ini sudah pasti memburukkan imej Malaysia di mata dunia jika perkara ini masih berterusan.Secara tak langsung ia  akan mengakibatkan tekanan dunia  serta berbagai pihak yang prihatin terhadap hak asasi manusia ke atas  Malaysia di atas pencabulan yang telah dilakukan.
 Pada masa yang sama, beliau juga turut kesal di atas tindakan sebahagian ahli-ahli agama yang bersekongkol di dalam agenda terkutuk serta berniat jahat untuk menggagalkan agenda perpaduan umat Islam seluruh dunia yang mana telah sedia berhadapan dengan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan dengan kerjasama semua pihak tanpa mengira mazhab untuk berhadapan dengan musuh umat Islam yang sebenar. Kita juga menggesa agar pelbagai pihak berwaspada dari menjadi tali barut Zionis antarabangsa.
Dengan ini kami berazam untuk meneruskan tindakan Mahkamah Sivil ke atas JAIS dan pihak-pihak yang bersekongkol di atas segala fitnah serta provokasi yang ditimbulkan oleh semua pihak yang terlibat.
Muhammad Mohsein Radmard diwakili peguam Abdul Halim Bahari.

Kedua-dua tertuduh, didakwa mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan jika disabit kesalahan, boleh didenda RM 3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh ditahan bersama 126 orang yang lain, semasa berada dalam sebuah majlis memperingati kesyahidan Sayyidina Hussein di Hauzah ArRidha pada 15 Disember 2010 lalu atas dakwaan mengamalkan serta menyebarkan Syiah.

Mazhab Syiah Imamiyyah (Ja’fari) merupakan mazhab yang diterima oleh semua anggota Organization of the Islamic Cooperation (OIC) selain perjanjian Amman Message yang turut ditandatangani oleh Malaysia.

Pengikut serta pengamal Mazhab Syiah Imamiyyah (Ja’fari) ketika ini berjumlah 600 – 700  juta orang di seluruh dunia. Sambutan hari-hari kelahiran serta kewafatan AhlulBait Nabi Muhammad s.a.w. dijadikan sebagai kebudayaan dan warisan mazhab ini sejak awal penyebaran Islam.


ArRidha Press




SOLAWAT


Wednesday, 13 July 2011

Fenomena Sosial ( Tahniah Maulid Ali Akbar ibni Husayn )



 ( Selayang Pandang MKZAA kepada buah fikiran Syahid Ayatullah Murtadha Mutahhari r.a )
      Sepertimana fenomena-fenomena yang  mempunyai tabiat yang berbeza dan sepertimana kewujudan-kewujudan tabie punya hakikat yang berlainan begitu juga kejadian sosial,peristiwa dan kebangkitan di kancah pergolakan kehidupan dan kemasyarakatan.
      Mengenalpasti sesuatu itu samada melalui (1) illah Fa’iliyyah (Aktual Cause) faktor penyebab kejadian nya atau (2) illah Gha’iy ( Final Cause ) yang merupakan matlamat yang dikejar atau (3)illah Maddi ( Material Cause ) yakni bahagian-bahagian dan komponen-komponen yang membentuknya  atau (4) illah Suri ( Formal Cause ) yakni bentuk,paten dan ciri-ciri keseluruhannya .
      Begitulah juga  ‘’ Qiyam ( Uprising ) Aba Abdillah Al-Husaiyn Ibni Ali “ @ ‘’ Hammasah ( Tragedi Keperwiraan  )Husayni “ yang boleh dikenalpasti  melalui empat perkara ini.
      Fenomena tabie mempunyai ciri hakiki yang tertentu tetapi kejadian dan fenomena Sosial mungkin dalam satu masa mempunyai beberapa faktor penyebab seperti Kebangkitan Cucunda kesayangan Nabi  s.a.w setelah 50 tahun terpisah dari nindanya yang termulia.
Ciri Koperatif berhadapan puluhan ribu surat jemputan ahli kota Kufah yang menjemput beliau ke Iraq setelah umat  Islam dipaksa menerima  takhta yang dibid’ahkan Bani Umayyah dengan memahkotakan Yazid bin Muawiyah Si Tunggang arak,pembunuh jiwa tak berdosa….
Ciri Defensif dari  berbai’ah kepada makhluk seperti Yazid
Ciri Offensif dalam rangka Amar Makruf dan Nahi Munkar berhadapan mara bahaya kemusnahan Agama yang diwariskan Ninda Nabi termulia s.a.w.Inilah harga TRAGEDI KARBALA.
Tahniah kepada semua istimewa Imam AL-Mahdi a.f sempena  11 Sya’ban Maulid Ali Akbar Ibni Husayn Ibni Ali manusia yang paling mirip kepada Rasulullah dari segi akhlak dan juga tuturkatanya,pewaris  pedang dan serban pakaian Rasul s.a.w di Padang Karbala berhadapan penuh keberanian dan keyakinan membela agama berhadapan dengan segala kezaliman ,kerakusan dan penipuan dan pendustaan.
ASSALAMU ALALHUSAIN WAALA ALIYYIBNILHUSAIN WAALA AWLAADILHUSAYN WAALA ASHAABILHUSAYN.
YA MAHDI ADRIKNI.AJJIL ALA ZUHUURIK.SOLAWAT.
 Petua : 1106 kali YA ZAAHIR setiap hari supaya zahir perkara tersembunyi dan terhasil kashfiyyat/penemuan-penemuan.
Nota : Besok 14 Julai 2011 jam 9 a.m akan berlangsung perbicaraan kes serbuan JAIS ke atas Majlis malam Ashura Sayyidina Hussein a.s yang telah diadakan di Hauzah ArRidha a.s Sri Gombak 15 Dis 2010 di Mahkamah Syariah Gombak Barat,Kuang Selangor.Dua orang yang dituduh termasuk saya akan dibicarakan.Bagi yang sudi dapatlah kiranya mendoakan pertolongan Ilahi kepada kami.Amin Rabbal Alamin !.tk.YA BABAL HAWAIJ MUSABNA JA’FAR.YA WAJIHAN INDALLAH ISHFA’ LANA INDALLAH BIHAQQIBNIKA ALIYYIBNI MUSA arRIDHA.YA ABA SOLEH ADRIKNA !
KATABALLAHU LA AGHLIBANNA ANA WA RUSULI INNALLAHA QAWIYYUN AZIZ !

Tuesday, 12 July 2011

Kes Saman Utusan,Khusrin,JAIS di Mahkamah Tinggi K.L





Kuala Lumpur - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan saman Hj Mohd Kamilzuhairi terhadap fitnah Utusan Malaysia (Utusan Melayu), Datuk Khusrin Munawi dan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dikekalkan di mahkamah ini.

Terdahulu hakim mengarahkan peguam plaintif dan defendan berbincang untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam memandangkan plaintif, defendan kedua dan defendan ketiga beralamat di kawasan negeri Selangor. Kes akan disebut semula pada 15 Ogos ini bagi mendengar hujah kedua-dua belah pihak terutamanya daripada pihak defendan pertama yang memohon saman ke atasnya digugurkan.

Mohd Kamilzuhairi menfailkan saman fitnah setelah pihak defendan gagal memohon maaf secara terbuka dalam masa yang ditetapkan setelah memfitnah seluruh pengamal Mazhab Syiah Imamiyah (Ja'fari) termasuklah plaintif dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Disember 2010 lalu, Hauzah ArRidha diserbu oleh JAIS atas alasan dan tuduhan Ajaran Sesat. Pengikut dan pengamal Syiah Imamiyah (Ja'fari) merupakan salah sebuah mazhab terbesar yang merangkumi hampir 600juta orang di seluruh dunia dan diterima sebagai Mazhab yang sah dan boleh diamalkan seperti yang dinyatakan di dalam resolusi Islamabad, dan Amman Message.

ArRidha Press

Monday, 11 July 2011

Cerekarama Abdullah bin Saba'



      Abdullah bin Saba’ ni sentiasa orang dok tempek kat Syiah (maksud aku orang yang sentiasa cari pasai , sakit hati dan semak otak kat Syiah) atau tempek Syiah kat budak Abdullah bin Saba’ tu yang rangking dia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Mat Jenin  dan Pak Kadok dan lain-lain ceritera-ceritera dongeng (tak termasuk Labu-Labi,tu cerita wayang)Depa-depa tu dok nak kata Abdullah bin Saba’ si budak tak guna tu lah yang jadi pengasas Syiah (macam tu punya sakit ati dan buta Sejarah).Kitab-kitab Syiah tanpa kecuali berlepas diri (Baraah) dari Si Dollah Saba’ ni dan laknat dia lagi (( Abdullah Ibnu Saba’ Al’anu Min An Yuzkar /Abdullah bin Saba’ lebih terlaknat dari nak disebutkan)).
      
      Pss: Kalu ada sapa-sapa nak terhegeh-hegeh sangat ambiklah,sibuk dok zikir Abdullah bin Saba’.Zaman tu Bani Umayyah,Bani Abbasiyah sibuk berfoya-foya segala macam dongeng dok ada termasuklah Dongeng Dollah Saba’ yang hangpa mengigau tu.

      Kitab-kitab asli seperti tarikh “Kamil Ibni Atsir”,”Tarikh Ibni Khaldun”,”Tarikh Tabari’,”Ibnu Katsir”,”Ibnu Asakir” dan “Zahabi” telah dikaji sampailah ke satu natijah yang selama seribu tahun orang dok jaja cerita ni,semua ahli-ahli sejarah tadi telah menukilkan kisah Abdullah bin Saba’ dari seorang bernama SAIF BIN UMAR (Tabari menukilkan secara direct dan penulis-penulis lain dulu dan kini pakat dok kutip dari Tabari atau lain-lain yang disebut di atas tadi.
      
      SAIF BIN UMAR meninggal dunia tahun 170 H.Kitab “Al Futuh War Riddah ‘’ dan ‘AlJamal Wa Masir Aisyah Wa Ali’’ adalah tulisan dia.Di dalam kitab-kitab ilmu Rijal dan tulisan para ulama kurun ke3 sampai kurun ke10 tentang SAIF BIN UMAR menunjukkan bahawa dia ni JA’AL (tukang reka cerita palsu)dan tukang reka hadits palsu yang kadang-kadang digelar Saif bin Umar ZINDIQ.
      
      Dokumen dan madarik dan segala macam eviden yang terhimpun tentang kes ini menunjukkan Saif bin Umar ni telah mencipta peribadi-peribadi tanpa body dan disumbat ke dalam sejarah macam tauhu sumbat.Berkemungkinan besar dia ni orang suruhan (upahan) yang salah satu kerja dia ialah  Cerekarama Dollah Sabak.Wassalam.
      
      Petua : Dua hari berturut-turut membaca ayat 2 dan 3 surah at Talaq sebanyak tiga kali dan bersolawat dengan sempurna di awal dan akhirnya untuk murah rezeki dan menghilangkan kesusahan-kesusahan adalah mujarrab.
                                          SOLAWAT.

Sunday, 10 July 2011

Mikraj 2 ( Tanyalah Ahlul Bait yang lebih Ahli tentang Sunnah Nabi s.a.w ! )






 Ada aku baca surat khabar Sinar Harian hari Sabtu 9 Julai  orang tu kata Tuhan duduk di langit ketujuh ("bertemunya Nabi dengan Allah di atas langit ke tujuh" )dan   Tuhan kadang-kadang ("turun ke langit dunia") maka itu aku nak bagi tau hangpa apa kata anak cucu Nabi s.a.w :


      Berkenaan Mikrajnya Rasulullah s.a.w timbul persoalan kenapa baginda pergi ke langit-langit ? sedangkan Tuhan hadir di semua tempat,bumi dan langit tiada beza bagi Tuhan ?
      
      Jawapannya terdapat di dalam kitab Biharul Anwar di mana seseorang bertanya kepada Imam ketujuh Imam Musa Kazim ibni Imam Ja’far asSadik a.s : Apakah Tuhan bersifat dengan tempat ? Beliau menjawab : tidak ,semua tempat adalah sama bagi Tuhan.Beliau ditanya lagi : Jika sedemikian kenapa nindamu Rasulullah s.a.w naik ke langit ? .Beliau menjawab : Kerana para Malaikat di langit kepingin untuk melihat baginda,maka baginda ke sana  agar penghuni-penghuni langit menikmati keberadaan baginda dan selain itu supaya baginda menyaksikan keajaiban-keajaiban alam Malakut dan pulang memberI  khabar kepada penghuni dunia.
Ibnu Babawaih telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar bahawa Abu Hamzah Tsumali telah bertanya kepada Imam Ali Zainul Abidin ibnu Hussein a.s apakah Tuhan boleh disifatkan dengan tempat dan apakah Tuhan bertempat ? Beliau menjawab : Tuhan Maha Tinggi dan Maha Suci dari bertempat.Abu Hamzah bertanya lagi : Oleh itu kenapa Tuhan membawa Rasulnya mikraj ke langit ?
Beliau menjawab : Untuk memperlihatkan kepada beliau malakut langit-langit dan keajaiban-keajaiban ciptaanNya.
      Abu Hamzah berkata : Apakah makna ‘’Tsumma dana fatadalla fakaana qaaba qausain au adna /Kemudian ia hampir,lalu bertambah hampir.Maka adalah jaraknya sekadar dua kaus panah atau lebih hampir dari itu’’?
Beliau menjawab : Yakni Rasulullah s.a.w telah hampir kepada hijab-hijab nur nya Allah Taala lalu melihat akan malakutnya langit-langit,Rasulullah s.a.w telah memandang kearah bumi dan telah menyaksikan malakutnya bumi kesemuanya di sana sehingga baginda menyangka yang bumi begitu hampir kepada baginda seperti dua hujung  kaus pemanah(kausain)atau lebih dekat lagi.
      
      Dengan sanad-sanad yang sahih telah diriwayatkan bahawa Yunos telah bertanya kepada Imam Musa Kazim a.s kenapa  Tuhan membawa Nabi ke langit dan dari sana ke Sidratul Muntaha dari sana ke Hijab-hijab Nur dan berbicara rahsia-rahsia dengan Tuhan sedangkan Tuhan tidak bertempat ?
Imam Musa Kazim a.s berkata : Tuhan tidak bertempat dan semua tempat sama bagi Tuhan dan begitu juga masa tidak merangkumi Tuhan tetapi Allah mahu memuliakan para Malaikat dan para penghuni langit dengan Rasulullah s.a.w dan memperlihatkan kepada baginda keajaiban keagunganNya dan memberitahu penghuni bumi setelah turun supaya bertambah keimanan mereka dan bukanlah membawa Rasulullah ber mikraj kerana Tuhan berada di langit.Maha Suci Allah dari berkata tentang Tuhan seperti yang dikatakan oleh para Mushabbih( Orang-orang yang mengumpamakan Tuhan seperti makhluk )
                                                   SOLAWAT

Friday, 8 July 2011

Persamaan Ali dengan Ali ( part 1)






      Imam Ali bin Abi Talib a.s berkata : Wahai Tuhan yang diriNya adalah dalil bagi kewujudanNya.
Imam Ali Zainul Abidin bin Hussein a.s berkata : Aku mengenalMu dengan diriMu dan Engkaulah yang menunjukkan daku akan diriMu dan memanggilku kepadaMu dan jika tidak keranaMu aku tidak mengenalMu.

     Imam Ali bin Abi Talib a.s berkata : Tanyalah kepadaku apa yang kamu mahu.Demi Allah aku mengetahui semua kejadian sampai hari Kiamat.
Imam Ali Zainul Abidin a.s berkata : Jika aku tidak takutkan orang berlebih-lebihan tentang kami nescaya akan ku beritahu kejadian-kejadian sehingga hari Kiamat.

   Imam Ali bin Abi Talib a.s berkata : Demi Allah kalau aku diberikan tujuh petala langit dan apa yang dibawahnya supaya berbuat dosa kepada Allah dengan merampas secebis kulit kekacang dari seekor semut,tidak akan ku lakukan.
Imam Ali Zainul Abidin berkata : Berbuat dosa kepada  Tuhan dan kamu melahirkan cinta kepada Tuhan ?Demi nyawaku satu keanihan kerana jika kamu melahirkan cinta sudah pasti kamu taat kepadaNya kerana pencinta menuruti yang dicintainya.

     Imam Ali bin Abi Talib a.s di siang hari sibuk menyediakan kebun-kebun dan taliair untuk para fuqara dan asyik beribadat hingga ke pagi.
Imam Ali Zainul Abidin begitu kuat beribadat sehingga bergelar Zainul Abidin/perhiasan orang-orang yang beribadat dan AsSajjad/orang yang sangat kuat bersujud dan banyak kebun-kebun dan taliair yang diwujudkan beliau untuk orang ramai.

   Imam Ali bin Abi Talib a.s di antara kerja-kerja beliau ialah menguruskan fuqara secara diam-diam .Makanan,pakaian dan bahan bakar untuk dapur  dibawa ke rumah orang-orang faqir tanpa diketahui dari siapa.
Imam Ali Zainul Abidin AsSajjad a.s juga masyhur di kalangan ahli Sejarah sedemikian yang menguruskan seratus keperluan keluarga faqir dan pada waktu malam mengerjakan Solat yang ada kalanya sehingga seribu rakaat.
    Tahniah buat semua  sempena Maulid  bulan Sya’ban ,cucunda Nabi s.a.w Imam Ali ibni Hussein ibni Ali Ibni Abi Talib a.s 5 Sya’ban 38 Hijrah istimewa buat Sahibul Asr  Imam Mahdi Al Muntazar a.f.


Petua : Untuk penyakit tidak boleh tidur tulis ayat ini dan dibawa bersama diri anda :AlAnbiya 87:
WAZANNUUNI IZZAHABA MUGHAADHIBAN FADZANNA ALLANNAQDIRA ALAIHI FANAADA FIZZULUMAATI ALLAAILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNI KUNTU NMINAZZAALIMIIN.
                                                             SOLAWAT

Thursday, 7 July 2011

Dakwaan tiada, Mahkamah arah bebas, Wang jaminan dikembalikan.



Perkembangan terkini :
Kes serbuan Maulid Sayyidah Fatimah Zahra a.s Puteri Nabi s.a.w




Surat jaminan penguatkuasa dikeluarkan sebagai ganti jaminan yang telah dibatalkan mahkamah untuk menghadirkan diri pada 22 september 2011.