Friday, 17 June 2011

MEMORANDUM OF PROTEST ( UNITED NATION )












Penindasan Syiah : ArRidha Serah Memo Ke PBB

17 Jun 2011

ArRidha telah menyerahkan memorandum bantahan penindasan terhadap pengikut
Mazhab Syiah di Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di
Bukit Damansara pagi tadi. Memorandum tersebut diterima oleh Penasihat
Keselamatan PBB di Malaysia Singapura dan Brunei, Devendra Patel.

Penyerahan memorandum tersebut dihadiri sekitar 11 orang wakil pengikut
Mazhab Syiah dan berlangsung dengan aman sekitar 15 minit dengan dikawal
rapi oleh sepasukan Polis DiRaja Malaysia.

Di dalam memorandum tersebut, ArRidha mengecam tindakan Marzuki Hussin
(Ketua Pengarah JAIS), dan sebahagian laporan media yang menggambarkan
Syiah sebagai “kafir”, “musyrik”, “sesat”, dan mazhab ini perlu
dihapuskan. Tindakan ini bertentangan dengan pendirian Malaysia di persada
antarabangsa sebagaimana yang dipersetujui pada deklarasi OIC di Islamabad
(RESOLUTION NO. 28/34-POL ON STRENGTHENING THE ISLAMIC UNITY). Deklarasi
ini turut didokumentasikan di PBB : A/61/981 S/2007./656, antara lain
menyebut Mazhab Syiah Imamiyyah diiktiraf sebagai Mazhab yang SAH.

Kecaman turut dibuat ke atas tindakan JAIS menceroboh Majlis Kebudayaan
dan Kesenian bersempena hari ulang tahun kelahiran Fatimah AzZahra, puteri
Nabi Muhammad s.a.w, pada 24 Mei lalu. Majlis tersebut dihadiri lebih 1500
orang tetamu dari pelbagai Agama, Bangsa, dan lapisan masyarakat yang
sebenarnya merujuk kepada keharmonian pelbagai kaum dan agama.

Terdahulu, ArRiha yang telah menfailkan saman terhadap bekas ketua
pengarah JAIS, Utusan Malaysia, dan JAIS, turut meminta masyarakat
Malaysia tidak termakan dengan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas dan
menggesa pihak berkuasa agama khususnya JAKIM untuk berdialog.


ArRidha Press



Nota:
Takziah sempena kewafatan Srikandikarbala Sayyidah Zainab Kubra binti Amiril Mukminin Ali bin Abi Talib(as) 15 rejab kepada seluruh umat Islam khasnya Imamul Asri Wazzaman Al Mahdi(ajf). 
Sila layari  makalah 'JADILAH SEPERTI ZAINAB(AS) di   srikandikarbala.blogspot.com
Solawat.

Thursday, 16 June 2011

Saman Utusan, Khusrin dan JAIS





KENYATAAN AKHBAR

16 Jun 2011
ArRidha, sebuah NGO pengikut Mazhab Syiah Imamiyyah melalui pengerusinya
Haji Mohd Kamilzuhairi Bin Haji Abd. Aziz, telah memfailkan saman terhadap
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (defenden pertama), Datuk Muhammad Khusrin
Bin Munawi (defenden kedua), dan Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS)(Defenden ketiga) di Komplek Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.
Tindakan diambil setelah ketiga-tiga pihak tidak mengakui penah
mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah pada malam serbuan di Hauzah
ArRidha, Gombak pada 15 Disember 2010.

Defenden Kedua sebagai Ketua Pengarah JAIS (pada waktu itu) telah
mengeluarkan kata-kata fitnah pada sidang media selepas serbuan 15
Disember dan diterbitkan dan dicetak oleh akhbar Utusan Malaysia pada 16
Disember 2010, antaranya :

“Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam
keselamatan Negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam
mazhab lain sebagai kafir.

Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna
penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.

Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al-Arqam.
Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam
semata-mata berbeza fahaman.

Inilah yang ingin dielakkan berlaku di Negara ini dan tujuan ia disekat”.
Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam
989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan
syariah.

Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara
keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan
oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis mutawatir dan mengkafirkan
para sahabat Rasulullah.

Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias,
dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai
penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur
Saidina Husin.

Selain itu menyiksa diri memukul badan menggunakan rantai sehingga
berdarah 10 Muharram, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan
dan tidak mewajibkan haji.”

ArRidha turut menafikan sekeras-kerasnya akan tohmahan yang dilemparkan
oleh pihak terbabit terhadap Syiah. Tohmahan yang tidak berasas ini telah
memberikan impak negatif terhadap pengikut-pengikut Syiah di Malaysia dan
seluruh dunia yang ketika ini berjumlah hampir 600 juta orang.

Walaupun begitu, permohonan maaf secara terbuka  tetap diminta oleh
ArRidha bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dalam tempoh masa yang
ditetapkan di dalam writ saman tersebut.

ArRidha Press

Wednesday, 15 June 2011

Tahniah Maulid Imam Ali bin Abi Talib 13 Rejab





Sabda Rasulullah (s.a.w)

1- Wahai Ali sesungguhnya perumpamaan dirimu adalah perumpamaan “Qul Huwa Allahu Ahad dari Al-Quran.Barangsiapa membacanya sekali ia telah menamatkan satu pertiga Al-Quran dan sesiapa yang membacanya dua kali ia telah mengkhatamkan dua pertiga Al-Quran dan sesiapa yang membacanya tiga kali ia telah mengkhatamkan seluruh Al-Quran.


Dan engkau wahai Ali,barangsiapa yang mencintaimu dengan hatinya ia telah menyempurnakan sepertiga iman dan barang siapa yang mencintaimu dengan hati dan lidah ia telah menyempurnakan dua pertiga imannya dan barangsiapa yang mencintai dengan hati,lidah dan tangannya ia telah menyempurnakan iman keseluruhannya.(usul Kafi Kitabul Hujjah-usul Kafi Bab fardu ketaatan Imam).

2- Sabda nabi Muhammad(saw) kepada Amirul Mu’minin Ali bin Abi Talib:
Sesungguhnya orang yang berbahagia sebenarnya ialah yang mencintaimu dan mentaatimu.(Amali Thusi)


3- Allah Taala berfirman didalam surah Al-Luqman(ayat 27)” Wa Lau Ma Fil Ardhi Min Shajaratin Aqlaamun Wal Bahru Yamudduhu Min Ba’dihi Sab’atu Abhurin Ma nafidat Kalimaatullah”
Kalau sekiranya pohon-pohon dimuka bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta,ditambah kemudiannya dengan tujuh laut lagi nescaya tiada habis kalimat Allah……


Rasulullah(saw)  menerangkan ayat ini bersabda:jika pohon-pohon menjadi pena,lautan menjadi tinta,bumi menjadi kertas,jin dan manusia menjadi penulisnya,tidak terdaya mereka mengira fadhail dan kelebihannya Ali bin Abi Talib (Yanabi’Al Mawaddah,Manaqib Khawarizmi).

4- Khalifah Umar ibnul Khattab berkata:
Wahai Ali,jika ditimbang imanmu dengan imannya penghuni langit-langit dan bumi sudah pastilah imanmu melebihi iman mereka.

5- Ali bin Abi Talib ( a.s ) berkata :
Demi Allah jika aku diberikan tujuh petala langit dengan apa yang ada dibawahnya untuk aku berbuat maksiat kepada Allah dengan merebut sebutir bijiran dari seekor semut,tidak akan aku lakukan ( Nahjul Balaghah ).


Tahniah kepada semua khasnya Sahibul Asr Wazzaman Al Imam AlMahdi (aj) ulangtahun Maulid Putera kelahiran Ka’bah Ali bin Abi Talib ( a.s ) pada 13 Rejab tahun 30 setelah peristiwa tentera gajah.
  








Monday, 13 June 2011

Ahlul Bait a.s:Kuliah Ayatullah Uzma Behjat r.a




Ahlul Bait adalah Nur yang satu
            Ahlul Bait a.s kesemua mereka adalah satu nur (cahaya).Maka itu apabila seseorang bertawassul kepada salah seorang dari mereka,ia akan mendapat jawapan dari yang lainnya.Sepertimana apabila seseorang itu menyampaikan hajat kepada Rasulullah s.a.w,baginda lalu menyerahkan kepada Amirul mukminin Ali a.s dan beliau pula merujukkan kepada Imam Hassan a.s sehinggalah kepada Imam Zaman a.f (Imam Mahdi) kerana pelaksana urusan pada zaman ini ialah Imam Mahdi a.f.
            Ada seseorang di Mashad telah datang kepadaku,berkata: ‘’Semalam di maqam Imam Redha a.s saya telah menyaksikan lima kekeramatan berlaku’’.
            Saya pun telah mendengar dua orang berketurunan Arab telah jatuh sakit yang sangat tenat telah datang bertawassul kepada Imam Redha a.s dan kedua-dua mereka yang datang berasingan itu berkata: Malam setelah tawassul kami didatangi oleh Sayyidah Fatimah Ma’sumah a.s ( adinda Imam Redha a.s yang maqamnya di kota Qom ) di dalam mimpi lalu berkata: “Hajat kamu telah tercapai’’dan kepada salah seorang yang perlukan pembedahan : ‘’Kamu tak perlu pembedahan lagi’’dan kepada yang lainnya: ‘’Kamu begitu kuat menangis.Cukuplah kerana Imam,para penziarah dan rakan-rakan terganggu dengan tangisan kamu’’.
Ahlul Bait punya ittihad ( kesatuan ) dan ittisal (perhubungan ) di antara satu sama lain.
Kita tak kenal insan-insan Ilahi apa lagi Nabi-nabi dan Pewasi (Imam-Imam ).
             Muqorrobun (orang-orang yang hampir kepada Tuhan ) takut akan kejatuhan martabat mereka,bukan sahaja takut akan api neraka. ((Sabartu ala azabika fakaifa asbiru ala firaaqika/aku bersabar akan azabmu tetapi bagaimana dapat bersabar akan perpisahan denganmu)).Ini ialah untuk orang-orang yang sangat tinggi kedudukan dari kita.Kita belum sampai martabat mereka.Salman,Miqdad dan Abu Zar berada di tahap mana?!
Kita tidak kenal mereka ini,bagaimana kita nak kenal Anbiya’ dan Ausiya’?!
Cinta Ahlul Bait Ibadah terbesar
              Mahabbah ( cinta ) dan Wilayat ( Wala’ ) Ahlul Bait adalah satu amalan dan wajib bahkan dari ketaatan-ketaatan dan kewajipan terbesar.((La Yunada Bishai’in kama nudia Bil Wilayah/Tidak diseru kepada sesuatu sepertimana diseru kepada Wilayat/kepimpinan Ahlul Bait a.s)).
              Solat,Puasa,Zakat dan Haji adalah wajib. Mahabbah,semakin besar ia kesannya keatas amalan-amalan lain juga lebih besar.Al-Qur’an berkata ((…Mawaddata Fil Qurba/…kecintaan kepada kerabat Nabi )) Kalau ada perkara lain yang lebih baik dari Mawaddah Qurba,sudah pasti diterangkan.
Malang sekali kita cinta,mahabbah kepada mereka tetapi tidak berada di jalan dan maktab mereka.

Petua Ayt Behjat r.a : Banyak bersolawat (( Allahumma Salle Ala Muhammadin Wa Ale Muhammad )) dengan penuh aqidah untuk redakan kemarahan.

Sunday, 12 June 2011

Tawakkal,Cenderahati Maulid Imam Jawwad a.s.






Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan) dan Allah akan memberinya rezeki dari tempat yang tidak ia duga dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melangsungkan perintahNya.Sungguh Allah menjadikan kadar bagi tiap-tiap sesuatu.(At Talaq 2,3).
      
         Makna Tawakkal ialah bergantungnya hati kepada Allah di dalam semua urusan dan terputus dari selain Allah.

Nota: Melakukan urusan-urusan menggunakan sebab-sebab tabie tidaklah bertentangan dengan Tawakkal jika hati tidak bergantung kepada sebab-sebab tersebut bahkan kebergantungannya adalah kepada Allah Taala.Ini memberi perlepasan kepada manusia untuk mendapat kehendaknya yang dikurniakan Allah tanpa melalui sebab-sebab tabie samaada untuk mendapat sesuatu manfaat atau menghindarkan sesuatu kemudharatan atau menghilangkan sesuatu yang merosakkan.
         
       Adalah Tawakkal itu terhasil dengan (1) Kekuatan Kalb/ hati dan (2) Kekuatan Yakin.Betapa di sana terdapat keyakinan tanpa kekuatan hati,tiada tuma’ninah disebabkan oleh waham-waham yang menguasai seseorang itu. (Al Baqarah 260:Awalam tu’min? Qaala Bala Walaakin Liyathmainna Qalbi/Apakah kamu tidak beriman?Ia berkata aku beriman tetapi untuk mententeramkan hatiku.)

      Betapa contohnya seorang Yahudi atau penganut apa sahaja pegangan(agama,bukan agama,mazhab,sesat atau tak sesat ikut dakwaan masing-masing)kuat hati kepada pegangannya tetapi tiada yakin,hanya sekadar dhzon sahaja(nak buat camna dah jadi orang suruhan kata dia atau nak jaga periuk nasi kata dia.Pada hal Tuan dia tu dua kali lima macam dia jugak,lalat atau bari-bari hinggap batang hidung dia pun tak mampu nak halau…Yang peraun pun terbenam dalam laut,yang Qorun pun kena telan dengan bumi,hangpa toksah dok eklah…La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azeem.Wasaya’lamullazina Zalamu Ayya Munqalabin Yanqalibuun )
         
           Adapun Tawakkal itu (1)Di dalam semua perkara atau (2)Di dalam sebahagian perkara.
Allahummaj’alna minal Mutawakkilin.Wassalam
         
         Adapun malam ini (malam 10 Rejab,malam maulidnya Imam Muhammad Taqi Al Jawwad,Imam ke Sembilan Ahlul Bait yang lahir pada tahun 195H dan syahid pada 220H.Tahniah kepada semesta alam khasnya Al Imam Al Mahdi a.f.
          
           Cenderahati sempena Birthday Anniversary Imam untuk kita ialah sabda beliau:
‘’Kemuliaan Mu’min ialah kayanya ia dari bergantung kepada manusia.Sesiapa yang bergantung kepada selain Allah,Allah akan menyerahkannya kepada orang tersebut.’’


            Petua: Zikir 10 kali ‘’Ya Allahu’’sebelum memohon sesuatu hajat dari Allah.
  Atau ‘’Ya Allahu Rabbi’’ sehingga putus nafas sebelum minta hajat dari Allah.Solawat.

Friday, 10 June 2011

MaAllah/Bersama Tuhan;Kuliah Ayatullah Hasan Zadeh Amuli.




Soal; Apakah makna bersama Tuhan didalam ayat ((Huwa Maakum Ainama Kuntum/Dia bersamamu dimana sahaja kamu berada)).
Ayatullah Hasan Zadeh;((Huwa Maakum/Dia bersamamu))kita ada tetapi ((Antum maAllah/Engkau bersama Allah)) kita tak punya kerana kebersamaan ini ialah kebersamaan Qayyumiyyah yakni kebergantungan kepada Allah bukan kebersamaan zaman dan waktu.Seperti ungkapan ((Aasafuna/Mereka mendukakan Kami))di dalam ayat 55 surah Zukhruf ((Falamma Aasafuuna Intaqamna Minhum Fa Aghraqnaahum Ajmain/Apabila mereka mendukakan kami,kami menuntut bela ke atas mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya))Apakah makna mereka mendukakan kami?!Ini ialah kerana kedukaan makhluk itu adalah kedukaan Tuhan.
        
Selagi hati manusia Ilahi tidak disakiti    Tiada kaum oleh Tuhan yang dibalasi
   
 Mengenai hukum hakam Wajib dan Mustahab dikatakan bahawa kedua dua jenis hukum hakam ini meninggikan tingkatan kewujudan insan tetapi di dalam fardhu- fardhu/perkara perkara Wajib,hamba lah yang menjadi penglihatan dan pendengaran Tuhan manakala di dalam Nafilah/perkara- perkara Sunnat dan Mustahab,Tuhan lah merupakan pendengaran dan penglihatan hamba.Maka inilah kedukaan hamba menjadi kedukaan Tuhan.
             Di dalam riwayat,Tuhan telah mengherdik nabi Allah Musa a.s yang beberapa waktu aku telah jatuh sakit kenapa tidak bertanya khabar ?! dan kemudiannya telah maklum bahawa sifulan di fulan tempat telah jatuh sakit dan tiada siapa yang menziarahinya maka Allah telah berfirman kepada nabi Musa a.s yang kenapa tidak bertanya khabar tentangku yang sakit !!.Perhitungan tadi adalah sama seperti ini.
--------------------------------------------------------------------------------------

Nota;Hadits Qudsi ; Tidaklah seseorang hamba itu mendekatkan diri kepadaku yang lebih aku sukai dari menunaikan apa-apa yang aku fardhukan ke atasnya dan hamba itu terus mendekatkan dirinya kepadaku dengan perkara-perkara yang Nawafil ( yang sunnat dan mustahab ) sehinggalah aku menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan penglihatannya yang ia melihat dengannya dan tangannya yang ia berbuat sesuatu dengannya... 

Petua Ayatullah Behjat r.a;Untuk menghilangkan kemushkilan-kemushkilan dan kerisauan hendaklah sentiasa tidak lupa ziarat Hadrat Fatimah Zahra a.s.

Info Rejab




1. Rejab ialah salah satu daripada bulan-bulan haram.

2. Rasulullah s.a.w mengaitkan bulan Rejab dengan bulan Allah manakala Sya'ban ialah bulan Rasulullah s.a.w dan Ramadhan ialah bulan umat.

3. Rejab ialah tangga pendakian kesempurnaan yang pertama dan pelantar untuk melonjak ke bulan Sya'ban dan seterusnya ke dalam keberkatan bulan Ramadhan.

4. Rejab ialah bulan wilayat ( dengan maulid Imam Ali pada 13 Rejab )

5. Rejab ialah bulan pengutusan risalat ( Pengutusan Rasul dan turunnya surah Iqra' )

6. Lailatur Raghaib ialah gelaran malam Jumaat pertama bulan Rejab.

7. Amalan Doa Ummu Dawud ialah amalan khusus nisfu Rejab.

8. Beberapa maulid dan shahadah para Auliya' ilahi berlaku pada bulan Rejab.

9. Waktu terbitnya matahari Wilayat dari dalam Kaabah Baitullah ( yakni kelahiran Imam Ali bin Abi Talib di dalam Kaabah ) berlaku di bulan Rejab.

10. Kelahiran Rumah Tauhid ini telah hidup kerana Tauhid dan telah syahid di jalan Tauhid.

11. Kelahiran Rumah Tauhid ini mempunyai hubungan yang istimewa dengan surah Tauhid.

12. Rejab ialah nama sebatang sungai di dalam syrga yang airnya indah dipandang begitu wangi dan enak rasanya.

13. Dituntut di dalam riwayat untuk dibaca 10 ribu kali atau 1ribu kali atau 1 ratus kali surah Al-Ikhlas sepanjang bulan rejab.

14. Nama-nama surah Al-Ikhlas ialah ( Qul Huwallahu Ahad ) ( Tauhid ) ( Samad ) dan ( Nisbatur Rab / Pengenalan Tuhan ).



Petua : Ayatullah Bahauddini yang telah meriwayatkan dari imam Sadiq a.s yang menyatakan kehairanan dari orang yang ketakutan tetapi tidak berlindung dengan ayat Allah " Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakil "

Wednesday, 8 June 2011

KENYATAAN MEDIA







ArRidha 8 Jun 2011

Kuang - Siasatan terhadap empat orang yang ditahan JAIS semasa Sambutan
Majlis Ulang Tahun Kelahiran Fatimah AzZahra Puteri Nabi Muhammad S.A.W
pada 24 Mei 2011 lalu, telah dilanjutkan. Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Gombak Barat membebaskan Orang Yang Disyaki (OYDS) dengan jaminan RM1500
setiap seorang bagi membantu siasatan walaupun pada awalnya dicadangkan
sebanyak RM2000 dengan dua orang penjamin setiap seorang oleh Pegawai
Penyiasat, Mohd Nordin Abdullah.

Keempat-empat OYDS, Mohd Kamilzuhairi, Raden Ahmad Faizul, Syed Mohd
Syafiq dan Mohd Ashraf disiasat mengikut Seksyen 12(c) dan 52, Enakmen
Jenayah Syariah Selangor 1995. Hakim turut memerintahkan Pegawai Penyiasat
menyiapkan fail siasatan dengan segera bagi sebutan semula kes ini pada 7
Julai 2011. Terdahulu, prosiding mahkamah yang sepatutnya bermula jam 8
pagi itu bermula lewat empat jam disebabkan masalah "teknikal" yang
dihadapi oleh pihak JAIS.

Pada 24 Mei 2011 lalu, berdasarkan maklumat yang diterima, Penguatkuasa
JAIS bersama-sama anggota Polis, serta Majlis Perbandaran Selayang,
menahan OYDS pada operasi yang dinamakan OPS MEMBANTAH SAMBUTAN FATIMAH
AZZAHRA di Dataran Padang Rakyat Sri Gombak. ArRidha menegaskan majlis
tersebut sebenarnya berbentuk perpaduan sesama rakyat Malaysia yang turut
dihadiri oleh wakil pemimpin pelbagai agama, serta masyarakat setempat.


Mohd Kamilzuhairi,
Pengarah ArRidha


Tuesday, 7 June 2011

Malapetaka Umat


Kam Min Fiatin Qalilatin Ghalabat Fiatan Kathiratan Biiznillah.  Wallahu Maas Sobirin

Betapa kaum yang sedikit mengalahkan kaum yang banyak dengan izin Allah.  Dan Allah beserta orang-orang sabar. ( Al-Baqarah )

  Malapetaka bagi umat yang setelah 1421 tahun ditinggalkan oleh Nabinya, memperingati anak cucu Nabi seperti maulid puteri Nabinya Fatimah Az-Zahra a.s yang tercinta tergamak dicerobohi oleh pendakwa-pendakwa penyelaras urusan agama dan penganjur-penganjurnya diperlakukan sebagai orang-orang yang bersalah lalu disokong pula oleh lebai-lebai malang yang merasa terhutang budi kepada pihak-pihak tertentu sehingga sanggup menggadai agama dengan harga yang begitu murah.

  Hamba-hamba dunia ini di dalam usaha mereka yang sia-sia dan meninggalkan tugas-tugas mereka yang sepatutnya hanya sekadar memuaskan hati tuan-tuan dan juga kuncu-kuncu dalaman yang berselindung disebalik istilah-istilah yang mengaburkan mata umat dengan penampilan-penampilan yang memperdayakan orang-orang ramai untuk beberapa waktu yang sementara lupa bahawa ada Tuhan yang menjadi saksi dan menghukum orang-orang yang berbuat aniaya.

Wasaya' Lamullazina Zalamu Ayya Munqalabin Yanqalibun

Nanti akan tahu orang-orang yang menganiaya ke tempat mana mereka akan kembali.


                          Para Pencinta Nabi dan Ahlul Bait yang dituduh


Para Pencinta mendoakan kesejahteraan umat dan kemenangan Mustadh'afin ke atas Mustakbirin