Saturday, 21 May 2011

Imam Khomeini, Keperibadian Multi Dimensi



 Imam Musa Al-Kazim a.s telah berkata : " Akan ada seorang lelaki dari ahli Qom yang mengajak umat manusia kepada kebenaran yang berhimpun bersamanya satu kaum yang seumpama kepingan besi yang tidak dapat digoncang oleh angin yang kencang dan tidak bosan dari peperangan dan tidak takut dan mereka bergantung kepada Allah."
    Secara jelasnya Imam Musa Al-Kazim a.s memberi gambaran ciri-ciri yang ada pada seorang lelaki yang begitu hebat serta tidak gentar dan takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah s.w.t . Imam Musa Al-Kazim a.s telah memberi satu gambaran kepada kita tentang seorang lelaki yang akan membawa satu perubahan yang besar dalam sejarah masyarakat ini.          
    Pada tahun 1959, Al-Marhum Imam Khomeini telah memberi nasihat kepada masyarakat Iran berkaitan dengan manusia.  Beliau berkata : '' Manusia tidak memiliki satu dimensi tetapi memiliki pelbagai dimensi.  Antara dimensi keperibadian yang Imam Khomeini miliki seperti berikut : 

1. Dimensi makrifat dan keilmuan.
a) Merangkumi kepelbagaian disiplin ilmu.
Dimensi makrifat dan keilmuan ini merangkumi kepelbagaian disiplin ilmu seperti pengkhususan ilmu Fiqh, Irfan , Filsafat, tafsir dan kesusasteraan.  Imam Khomeini telah menguasai keseluruhan ilmu tersebut dengan sangat cemerlang.

b) Menghidupkan agam di zaman ini.
Di peringkat awal sekembalinya Imam Khomeini dari Perancis, beliau berusaha untuk menghidupkan pelaksanaan syariat Islam dalam kalangan masyarakat Iran.  Namun Imam Khomeini berhadapan dengan satu kelompok pemikiran sekularisma.  Pemikiran sekularisma ini terlalu menebal di dalam masyarakat Iran.  Cabaran hebat yang harus diharungi oleh Imam Khomeini untuk mengubah tanggapan serong serta pemikiran yang amat cetek masyarakat terhadap agama Islam.

c) Renovasi keagamaan.
Seterusnya Al-marhum Imam Khomeini berhadapan cabaran dalam membuat satu renovasi dalam hal berkaitan keagamaan.  apa yang dimaksudkan tentang renovasi keagamaan ?  Ini berkaitan dengan membuat satu anjakan pemikiran serta pemahaman agama dalam kehidupan seharian merangkumi pelbagai sudut.  Antara perkara yang mengalami proses transformasi seperti pemahaman keagamaan dalam bentuk pemerintahan, menggabungkan kesenian dengan tatacara syariat Islam, perbahasan berkaitan dengan falsafah amali Fiqah.  Namun dalam usaha dalam menggerakkan renovasi keagamaan ini al-Marhum Imam Khomeini berhadapan dengan satu kelompok yang disebut sebagai '' Iltiqat '' .  Apakah yang dimaksudkan dengan golongan Iltiqat ?  Perlu diperjelaskan dengan sejelasnya bahawa golongan ini amat bahaya kerana mereka ini membawa pemahaman keagamaan mengikut tafsiran mereka sendiri.  Sebagai contoh golongan ini mendapat pendidikan dari disiplin ilmu sosialis namun mereka ini telah mencampur adukkan kefahaman sosialis dengan ajaran Islam.  Mereka ini telah memesong pemikiran masyarakat dengan membawa Islam dengan cara mereka sendiri.  Golongan seperti ini cuba menandingi golongan ulama' dengan merasakan mereka adalah ahli kebenaran.

2. Dimensi akhlak.
Dimensi akhlak merupakan dimensi yang mempunyai satu kekuatan tersendiri.  Ini kerana akhlak atau keperibadian Imam Khomeini begitu tinggi.  Sabda Rasullullah s.a.w. '' Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kenuliaan akhlak ''.  seperti mana yang kita ketahui yang Imam Khimeini mempunyai kesopanan dan kebijaksanaan dalam semua aspek kehidupannya.

3. Dimensi seni
Dari dimensi seni, Imam Khomeini merupakan seorang yang mempunyai kesenian yang amat menarik.  Kesenian yang dimiliki olehnya berkaitan dengan kesenian dalam memberi khidmat kepada agama Islam.  Dalam memberi penjelasan berkaitan keagamaan, beliau mempunyai kesenian yang tinggi serta penjelasan yang mudah dan penuh dengan daya tarikan.  Bukan sekadar dalam penyampaian sahaja bahkan juga dalam penulisan ketika mana beliau menggerakkan penanya.  Penulisan yang dihasilkan oleh Imam Khomeini amat kreatif serta mampu mempengaruhi pembaca.  Itulah kelebihan Al-Marhum Imam Khomeini dalam dimensi ini.

4. Dimensi sosial
Dalam membicarakan dari sudut dimensi sosial, Imam Khomeini merupakan seorang reformer atau tokoh pembaharuan kepada masyarakat Iran.  Ketika kali pertama Imam Khomeini menjejakkan kaki ke bumi Qom, beliau sudah menjadi tonggak dalam menggerakkan gelombang pembaharuan kepada masyarakat Iran, khususnya tekanan yang beliau berikan kepada pemerintahan Syah serta golongan ulama' yang menjadi terompah kayu kepada pemerintah.  Pergolakan politik Iran sudah menjadi asam garam kehidupan baginya.  Tidak ada istilah takut kepada manusia atau menjadikan selain Allah sebagai sembahan.  Cabaranj paling hebat apabila beliau terpaksa berhadapan dengan golongan Istikbar.  Golongan ini adalah terdirin daripada golongan pemerintah yang zalim serta menggunakan kekuasaan untuk tujuan kezaliman serta penindasan.  Pengorbanan yang tertinggi yang terpaksa ditempuhi oleh Imam Khomeini adalah syahidnya anakanda tersayang iaitu As-Syahid Ayatullah Sayyid Musthafa Musawi.
  Golongan mustad'afin merupakan golongan yang sering didekati oleh Imam Khomeini.  Beliau mewarisi sifat ini dari ayahnya yang merupakan pembela bagi golongan yang lemah serta tertindas.  Beliau menjadi pembela keatas sebarang bentuk penindasan yang dilakukan oleh pemerintah zalim.
  Ketika beliau mencetuskan Revolusi Islam Iran, antara perkara utama yang menjadi tonggak perjuangan Imam adalah keadilan sosial.  Beliau merupakan pejuang, pembela serta mengangkat martabat para wanita.  Kata-kata beliau yang ulung dalam membela hak para wanita adalah seperti berikut : '' Dalam ajaran Islam wanita memiliki hak yang sama seperti lelaki dalam hal berkaitan pendidikan, pekerjaan, hak untuk mengundi dalam pilihan raya serta hak untuk diundi ".
  DI samping itu, Imam Khomeini mencetuskan revolusi baru dengan memberi hak untuk membuat pemilihan kepada seluruh masyarakat Iran dalam menentukan pemimpin mereka.

5. Dimensi keimanan
  Akhir sekali dari dimensi keinmanan merupakan merupakan dimensi terpenting dalam membicarakan tentang keperibadian al-Marhum Imam Khomeini.  Seluruh kehidupannya dipenuhi dengan berinadat kepada Allah s.w.t.  Seluruh pemilikannya diletakkan di jalan Allah s.w.t.  Tiada apa yang teristimewa yang ditinggalkan olehnya kepada ahli keluarganya melainkan alatan peribadi serta kitab-kitab yang telah diwakafkan untuk perpustakaan miliknya.
  Di samping itu beliau merupakan ahli Irfan yang hebat sama ada dalam bentuk teori mahupun ahli qalbu yang mana boleh ditafsirkan sebagai  ahli '' irfan amali ''.  Beliau bukan sahaja hebat dari sudut amali malah hebat dalam mendidik hati serta amalan-amalan irfan .
  Nasab Imam Khomeini bersambung terus kepada Imam Musa Al-Kazim a.s.  Maka dengan nasab yang suci ini, beliau mewarisi akhlak yang terpuji.  Beliau begitu asyik dalam membicarakan kelebihan serta keutamaan Ahlul Bait Rasullullah s.a.w.  Kecintaan beliaubegitu mendalam dalam memperjuangkan hak Ahlul Bait serta menyampaikan risalah Ahlul Bait kepada masyarakat umum.  Keasyikannya kepada Ahlul Bait begitu tinggi di dalam dirinya.

   Imam Sadiq a.s bersabda : 
                    
         Akan sepi Kufah dari mukminin dan akan menyorok ilmu darinya seperti menyoroknya ular di dalam lubangnya.  Kemudian akan zahir ilmu itu di sebuah kota yang dipanggil Qom dan menjadi lambang ilmu dan kemuliaan sehingga tiada mustadhafin di muka bumi tentang agama sehinggakan wanita di kamar mereka dan perkara ini adalah ketika hampirnya zuhur orang yang akan bangkit dari kami  ( Imam Mahdi a.s ) lalu Allah s.w.t menjadikan Qom dan ahlinya, timbalannya, hujah Allah s.w.t dan kalaulah tidak sedemikian pasti runtuh bumi ini dengan penghuninya dan tiada lagi hujah di muka bumi lalu tersebarlah ilmu-ilmu dari qom ke kota-kota lain di Timur dan Barat. ( Bihar Anwar : Jilid 6 )

Petua : Rasullullah s.a.w bersabda bahawa bersolawat ke atasku adalah penyebab bagi penyucian bagi amalan-amalanmu.

Doa untuk mazlumin di Bahrain dan di seluruh pelusuk dunia.

Friday, 20 May 2011

Kata-kata Ayatullah Uzma Sayyid Ali Khamanei terhadap Al-Marhum Imam Khomeini









1- Tajassumnya Islam Nabi Muhammad s.a.w yang tulen.

2- Orang Yang ariff tentang Islam dan tiada tandingannya.

3- Pengasas Madrasah Revolusi

4- Pemegang panji-panji Islam yang sebenar

5- Penyelamat ( Wira Adijagat ) di abad ini.

6- Seumpama Nabi Khidir di jalan Allah s.w.t.

7- Mengenepikan agenda kesangsian terhadap Islam.

8- Satu hakikat yang sentiasa hidup.

9- Penghulu para solehin 

10- Satu kewujudan alam malakut.

11- Jiwa yang suci 

12- Pemimpin yang agong.

13-Kalimah yang Toyyibah ( baik )

14- Hamba yang soleh.

15- Jiwa yang tenteram.

16- Seorang ayah yang penyayang. 

Solawat..

Thursday, 19 May 2011

Suluh sempena Hari buku sedunia 18Mei2011



1. Sabda Nabi s.a.w : BismillahirRahmanirRahim adalah kunci pembuka setiap buku ( tulisan ).
( Durrul Mantsur )

2. Sabda Nabi s.a.w : Ikatlah ( peliharalah ) ilmu pengetahuan itu dengan membukukan ( menulis )
( Kanzul Ummal )

3. Sabda Nabi s.a.w : Tulislah ilmu sebelum pemergian ahli-ahli ilmu. Sesungguhnya perginya ilmu itu dengan kewafatan ulama.
( Kanzul Ummal )

4. Sabda Nabi s.a.w : Sesiapa yang menulis dariku suatu ilmu atau hadiths sentiasa ditulis baginya ganjaran selagi mana berkekalannya ilmu atau hadiths tersebut.
( Kanzul Ummal )

Sabda Nabi s.a.w : Orang yang beriman itu apabila meninggal dunia dan meninggalkan sehelai kertas yang diatasnya ilmu, kertas itu pada hari kiamat menjadi pemisah diantaranya dengan api neraka.

Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dan Allah Taala mengurniakan kepadanya berhadapan setiap huruf yang tertulis diatasnya ,kata yang lebih luas tujuh kali ganda dari dunia ini.

Kata sebuah buku.


" Man Yare Mehrabonam "
Aku adalah teman penyayang 

" Dano o khosh Bayanam "
Berilmu dan lndah ucapan

" Guyam Sokhan Faravan "
Banyak kata yang ku ungkapkan

" Ba onke Bi Zabanam "
Walaupun lidah tidak kumiliki.

( syair Parsi )

But unfortunately at the sametime hostility among Moslems, enmity among humans beings, children of the same Adam and Eve came to be practiced...

                                                    
                                                      Humanity is being sacrificed

Humanity is being sacrificed like a sheep


At the foot of the unholy idol.


Thou, who hast drunk from the goblet of khalil ( the idol breaker )


Thy veins are throbbing with the wine of the passion of khalil.


Thou hast to strike the sword of " nothing exist except him "


Into falsehood disguised as truth


Let thy face shine on the dark horizons of time,


 And spread the perfect message that has been revealed to thee.
                                                      
( Iqbal Poetry )





Petua : Zikir " La Ilaha Illallah " paling minima setiap hari ialah 100kali.
Imam Baqir a.s : Sesiapa berzikir 100kali setiap hari menjadi orang yang terbaik pada hari itu kecuali ada orang yang lebih lagi.

" Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia "


Sekadar Hiasan:


( Sinar Harian 18Mei,  mukasurat 10 )
Solawat...

Wednesday, 18 May 2011

Notis tuntutan fitnah


                                          

















Tuesday, 17 May 2011

Selamat Hari Guru 16Mei 2011





Iqra' Bismi Rabbikallazi Khalaq
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan

Khalaqal Insana Min Alaq
Yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah

Iqra' Wa Rabbukal Akram
Bacalah dan Tuhanmu Maha Mulia

Allazi Allama Bil Qalam
Yang mengajarkan dengan pena.

Allamal Insana Maa lam Ya'lam
Yang telah mengajar manusia apa yang tidak diketahui

    Selamat Hari Guru 16 Mei 2011 diucapkan kepada semua guru yang profesion mereka adalah profesion Tuhan yang merupakan " Muallim Awwal " , Guru Maha Agung dan Maha Guru Pertama dan Selamanya. Semoga dengan kesedaran akan misi ini semua guru sentiasa berbekalkan bekalan keilmuwan dan kerohanian yang sekurang-kurangnya pengajaran yang diberikan mereka menepati falsafah Pendidikan keTuhanan dimana proses pembelajaran adalah berasaskan " Bismi Rabbik " ( Dengan Nama Tuhanmu ).

    Malang sekali rata-rata jika kita perhatikan , bahtera pendidikan telah sekian lama berubah haluan, " Bismi Rabbik " ( Dengan nama Tuhan ) telah menjadi " Bismi apa sahaja selain Tuhan " , maka penghujung jalan yang pasti menunggu kafilah umat manusia , iaitu " Dead End " " Jalan Mati " , malapetaka kemanusiaan dan " Bencana ".

    Oleh kerana itu loceng bahaya pendidikan dan pembelajaran perlu segera dibunyikan supaya umat membuka matanya dan kembali ke pangkuan Tuhan. Semua institusi pelajaran dan pendidikan jika masih tidak sedar dan tidak diperbetulkan dasar orientasi mereka akan terus menerus berkesan secara " Reverse " dan hanyut jauh dari Daratan Harapan.

    Sekianlah dengan kesibukan yang ada semoga menjadi renungan bersama.

" Dialah yang mengutuskan dikalangan Ummiyyin seorang utusan dari mereka yang membacakan keatas mereka ayat-ayatNya dan menyucikan serta mengajarkan mereka Al-Kitab dan hikmah walaupun mereka sebelumnya berada didalam kesesatan yang nyata. "
( Surah Jumu'ah ).

    Solawat dan salam keatas Nabi junjungan s.a.w yang ditugaskan Allah sebagai guru Umat Manusia dan pendidik serta pentarbiyah dan tazkiyah kita semua.

    Salam juga keatas Ahlul Bait baginda yang telah disucikan Allah untuk menyucikan umat manusia sekaliannya.

Petua Syekh Rajab Ali Khayyat :1000 kali solawat sehingga 40 malam untuk mewujudkan cinta Tuhan didalam hati.

" Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...

Monday, 16 May 2011

Petanda-petanda Umum sebelum kezuhuran Imam Mahdi a.s dari kata-kata Imam Ja'far Sadiq a.s ( Part2/Bahagian2 )




1- Masjid-masjid dihiasi.

2- Orang yang paling benar dikira pendusta.

3- Perbuatan jahat terang-terangan dan mengadu domba diusahakan giat.

4- Kezaliman dan pencerobohan berleluasa.

5- Umpatan menjadi kegemaran.

6- Haji dan Jihad tidak kerana Allah.

7- Pemerintah menghina orang beriman disebabkan orang kafir.

8- Kerosakan lebih dari pembinaan.

9- Kehidupan ditampung dengan penyorokan.

10- Pertumpahan darah begitu mudah.

11- Orang menjadi ketua kerana keduniaannya.

12- Meringankan solat.

13- Orang mengumpulkan banyak harta tetapi dari muda hingga akhir tidak memberi zakat.

14- Kubur dikorek dan diganggu.

15- Banyak kekacauan.

16- Orang menghabiskan malam dengan mabuk ke siang  dan siang ke malam  tanpa mementingkan urusan rakyat.

17- Bersenggama dengan haiwan.

18- Orang ke masjid dan bila pulang tanpa pakaian ( dicuri orang ).

19- Binatang-binatang mengoyak satu sama lain.

20- Hati-hati orang menjadi keras mata-mata yang kering dan sukar mengingati Tuhan. 

21- Berlumba-lumba dalam mata pencarian yang haram.

22- Orang bersembahyang kerana riya'

23- Faqih tidak mengajar Fiqh kerana agama Allah dan orang yang mencari yang haram disanjung dan dihormati.

24- Orang-orang berada disekeliling orang yang berkuasa.

25- Orang yang mencari yang halal dicerca dan pencarian haram dipuji.

26- Orang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah di Mekah dan Madinah dan tiada siapa melarang.

27- Alat-alat muzik dan sia-sia wujud secara terang-terangan di Mekah dan Madinah.

28-  Orang yang memperkatakan yang hak dan amar makruf nahi munkar diberi peringatan.

29- Orang melihat kepada satu sama lain dan orang yang melakukan keburukan dijadikan contoh.

30- Jalan kebaikan kekosongan.

31- Orang mati dipermainkan atau ditertawakan dan tidak ada yang berduka untuknya.

32- Bid'ah dan keburukan bertambah dari tahun ke tahun.

33- Orang ramai hanya mengikuti orang yang kaya.

34- Pemberian kepada fakir untuk bahan ketawa manakala kepada jalan bukan Allah sebagai belas kasihan.

35- Timbul alamat-alamat di langit dan tidak ada orang yang risau.

36- Orang melakukan perbuatan jenis di hadapan ramai seperti binatang dan tiada yang melarang kerana takutkan orang lain.

37- Orang berbelanja besar bukan di jalan Allah tetapi kedekut di jalan Allah walaupun sedikit.

38- Tersebarnya derhaka kepada ibu bapa dan langsung tidak menghormati mereka.

39- Perempuan-perempuan akan berada di kemuncak pemerintahan dan tiada urusan berjalan kecuali dengan kehendak mereka.

40- Anak menganggap bapanya berdusta serta melaknat ibu bapanya dan gembira dengan kematian mereka.

41- Jika sehari berlalu dan orang tidak melakukan dosa besar ia akan berduka.

42- Orang-orang berkuasa menyorok makanan rakyat.

43- Harta hak Ahlulbait Nabi s.a.w dibahagikan di jalan kebatilan dan diguna berjudi dan minum arak.

44- Pesakit dirawat dengan menggunakan arak dan mengharuskannya untuk penyembuhan

45- Tidak menghiraukan amar makruf nahi munkar

46- Kebisingan Munafiqin kedengaran dan kesepian orang-orang yang menuntut hak kebenaran.

47- Orang mengambil upah untuk azan dan solat.

48- Masjid-masjid dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut Tuhan dan mereka juga mengumpat.

49- Orang memakan harta anak yatim dipuji.

50- Para hakim mengadili bercanggah dengan hukum Tuhan.

51- Para gabenor meletakkan pengkhianat sebagai pemegang amanah.

52- Para pemerintah memberi warisan Mustadafin orang-orang jahat yang tak mengenal Tuhan.

53- Diperkatakan tentang takwa diatas mimbar-mimbar tetapi orang yang berkata itu tidak bertakwa.

54- Sedekah diberi dengan perantaraan orang lain bukan dengan keredhaan Ilahi dan kerana permintaan orang ramai.

55- Waktu solat-solat diambil mudah.

56- Kekhuatiran dan tujuan orang ramai ialah perut dan syahwat mereka.

57- Dunia mendatangi mereka.

58- Tanda-tanda kebenaran yang nyata telah musnah , ketika ini peliharalah dirimu dan mintalah kepada Tuhan supaya menyelamatkan kamu dari bahaya dosa.

Solawat...

Sunday, 15 May 2011

( Part 1/ Bahagian 1 )Petanda-petanda Umum sebelum kezuhuran Imam Mahdi a.s dari kata-kata Imam Ja'far Sadiq a.s





1- Terhapusnya hak dan kemusnahan penyokong-penyokongnya.

2- Kezaliman berleluasa.

3- Lunturnya Al-Quran dan timbul Bid'ah-bid'ah dari hawa nafsu di dalam kefahamannya.


4- Agama Allah kosong dari segi amalan seperti bekas yang terbalik.

5- Ahli batil mendahului ahli hak.

6- Amalan-amalan buruk berleluasa dan tidak dilarang dan pengamalnya tidak diekori.

7- Lelaki memadai dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.

8- Orang-orang beriman mendiamkan diri dan kata-katanya tidak didengari.

9- Orang yang mengamalkan perkara yang buruk pantas menipu dan tidak ada yang menafikan penipuannya.

10- Anak-anak tidak menghormati orang-orang dewasa.

11- Silaturrahim diputuskan.

12- Orang yang mengamalkan keburukan dipuji lalu gembira.

13- Remaja-remaja lelaki melakukan seperti perempuan-perempuan.

14- Perempuan berkahwin dengan perempuan.

15- Manusia-manusia membelanjakan harta dijalan bukan ketaatan kepada Allah.

16- Orang-orang berlindung kepada Allah setelah melihat orang-orang yang beriman membuat perkara-perkara yang tidak bersesuaian.

17- Pemuji-pemuji orang secara tidak benar berleluasa.

18- Jiran mengganggu jirannya dan tidak dihalangi.

19- Orang kafir gembira dengan kesusahan mukmin.

20- Arak diminum terang-terangan secara beramai-ramai dan tidak takut kepada Tuhan.

21- Hinanya orang yang menyuruh yang makruf.

22-Orang yang melakukan keburukan kuat dan dipuji.

23- Ahli Quran dan rakan-rakan mereka dipandang hina.

24- Jalan kebaikan tertutup dan jalan keburukan terbuka.

25- Ka'abah dicutikan dan diberi arahan untuk percutiannya.

26- Manusia berkata-kata tapi tidak beramal.

27- Mukmin dipandang hina.

28- Bid'ah dan zina terang-terangan.

29- Orang ramai berpegang kepada penyaksian palsu.

30- Halal menjadi haram dan sebaliknya.

31- Agama diertikan menurut kehendak orang. Kitab Allah dan hukum-hakamnya ditinggalkan.

32- Orang berani membuat dosa dan tidak payah tunggu malam hari.

33- Mukmin tidak dapat melarang munkar kecuali di dalam hatinya.

34- Harta banyak dibelanjakan di jalan kemurkaan Allah.

35- Pemerintah-pemerintah lebih hampir kepada orang-orang kafir dari orang-orang baik.

36- Pemerintah-pemerintah mengambil rasuah rasuah di dalam pengadilan.

37- Jawatan-jawatan penting tidak berdasarkan kelayakan.

38- Orang dibunuh dengan berdasarkan tohmahan dan buruk sangka.

39- Lelaki dicerca kerana bersama dengan isteri-isterinya.

40- Wanita berleluasa keatas suami dan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai suami dan menanggung suaminya.

41- Banyak sumpah palsu dengan nama Allah.

42- Judi terang-terangan.

43- Arak dijual beli terang-terangan.

44- Orang terhormat dipandang hina disebabkan ketakutan orang kepada orang yang berkuasa.

45- Orang yang paling hampir kepada para pemerintah ialah orang yang dipuji kerana mencerca ahlulbait.

46- Orang yang sukakan kami dikira pendusta dan penyaksiannya tidak diterima.

47- Kata-kata hak berat didengar orang manakala orang mudah mendengar kebatilan.

48- Orang berlumba-lumba memperkatakan sesuatu yang batil dan palsu.

49- Jiran menghormati jiran kerana takutkan mulutnya.

50- Undang-undang Ilahi ditinggalkan dan diperlakukan mengikut hawa nafsu .

Petua : Zikir " YA HALIM " 88 kali setiap hari untuk mendapat ketenangan dan kesabaran berhadapan kesusahan-kesusahan.


" Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia "


Solawat...

Saturday, 14 May 2011

Suluh anak muda sempena Hari Belia Negara 15 Mei 2011






1- Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang belajar sewaktu mudanya seumpama mengukir diatas batu dan orang yang belajar semasa tua seumpama menulis diatas air.
( Al-Bihar )

2- Sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah berbangga kepada para malaikat akan anak muda yang beribadah kepadaNya.
 Allah berfirman : Lihatlah hambaku , ia meninggalkan syahwat keranaku.
( Kanzul Ummal )

3- Sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah menyukai anak muda yang bertaubat.
( Kanzul Ummal )

4- Sabda Rasulullah s.a.w : Kelebihan anak muda ahli ibadah yang beribadah ketika usia muda keatas orang tua yang beribadah setelah lanjut usianya seperti kelebihan para Rasul keatas manusia yang lain.
( Kanzul Ummal )

5- Sabda Rasulullah s.a.w : Allah menyukai anak muda yang menghabiskan usia mudanya di dalam ketaatan kepada Allah Taala.
( Kanzul Ummal )

6- Imam Ali a.s : Sesungguhnya hati remaja seumpama tanah yang lapang, sesuatu yang dilontar kearahnya ia akan menerimanya.
( Tuhafu Uqul )

7- Imam Mohammad Baqir a.s : Jika dibawa seorang anak muda dari pemuda-pemuda Syiah kepadaku yang tidak mempelajari kefahaman agama aku akan mengadabkannya.

8- Imam Ja'far Sadiq a.s : Aku tidak suka melihat seorang pemuda dari kalangan kamu kecuali ia berada didalam dua keadaan : Samada berilmu atau sedang belajar. Sekiranya ia tidak melakukan sedemikian ia telah mengabaikannya. Jika ia mengabaikannya ia telah menyia-nyiakannya dan jika ia menyia-nyiakannya ia telah berdosa dan jika ia berdosa ia menghuni neraka demi Tuhan yang telah mengutuskan Muhammad dengan kebenaran.
( Amali Tusi )


Petua : " YA BAARI'U " 213 kali setiap hari setelah solat Subuh akan mengekalkan tubuh badan tidak terjejas setelah kematian sehingga hari kiamat.

Friday, 13 May 2011

Doktor



     Sabda Rasulullah s.a.w. kepada seorang doktor :

Tuhan itulah Doktor dan anda adalah rakan yang penyayang.
( Kanzul Ummal 28073 )

( Syuara' :80 )
Apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan daku.

( Yunos 57 )
Sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan menyembuhkan bagi apa yang ada di dalam dada-dada.

( Al-Isra' :82 )
Dan kami turunkan diantara Al-Quran sesuatu yang menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang beriman.

( Doa Kumayl )
Wahai Dia yang namanya ubat dan zikirnya adalah penawar.

Dengannya tidak perlukan doktor

Imam Ali a.s telah bersabda kepada Puteranya Hasan a.s di dalam wasiatnya :
Wahai anakku apakah mahu aku ajarkan  kepadamu empat perkara yang dengannya engkau tidak perlu kepada perubatan?
Beliau berkata : Ya Wahai Amirul mukminin

Imam Ali berkata: Jangan makan kecuali engkau lapar , jangan berhenti makan kecuali engkau masih berselera untuknya, perelokkan kunyahmu, apabila engkau mahu tidur , kosongkanlah kumuhmu. Jika engkau melakukan sedemikian maka engkau tidak lagi memerlukan perubatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Sesiapa yang berselawat keatasku sekali . Allah membuka baginya satu pintu dari afiat.
( Jamiul Akhbar 153/344 )

Imam Ali a.s : Afiat itu sepuluh bahagian , sembilan darinya pada diam kecuali dengan berzikir kepada Allah dan satu bahagian dengan meninggalkan dari bersama-sama orang yang tolol.
( Tuhaful Uqul 89 )

Petua : Penyebab yang kuat bagi murah rezeki ialah mengerjakan solat dengan khusyuk disertai dengan membaca Surah Waqiah khasnya pada waktu malam dan membaca Surah Yassin dan Al-Mulk pada waktu pagi.

Solawat...

13 Mei sejarah hitam jadi sempadan.




“ Ya Aiyuhallazina Aamanu ” Wahai orang-orang yang beriman

“ Injaa Akum Faasiqun Binaba’ in Fatabayyanuu ” . Jika datang kepadamu orang yang fasiq membawa berita periksalah terlebih dahulu kebenarannya.

“ An tusiibuu Qauman Bijahaa latin ”. Kalau-kalau kamu mengenai suatu kaum dengan kejahilan.

“ Fatusbihuu Alaa Maa Faaltum Naadimin ”. Lalu kamu menyesal diatas perbuatanmu.
( Al-Hujuraat : 6 )

    Fisq di dalam lughat arab bermakna terpisah dan terasing dan di dalam istilah Al-Quran bermakna terpisah dan terkeluar dari jalan yang lurus. Kalimat “ Fisq ” ini digunakan berhadapan dengan “ keadilan ” dan orang Fasiq ialah orang yang melakukan dosa besar dan tidak bertaubat. Perkataan Fisq 54 kali digunakan di dalam Al-Quran.

Kadangkala digunakan untuk makna-makna :

1-Keterpesongan fikiran dan akidah  ( An-Namlu ;12 )
2-Orang-orang yang munafik dan bermuka-muka.( Taubah :68 )
3.Orang-orang yang menyakiti para Nabi dan tidak patuh arahan mereka.( Maaidah :24 )
4.Orang-orang yang tidak menghukum dan mengadili menurut kanun Allah Ta’ala.( Maaidah :47 )
5.Orang-orang pembuat helah dan penipuan ( A’raaf :163 )
6.Orang-orang yang meninggalkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar. ( A’raaf :165 )
7.Orang yang melebihkan rumah, perniagaan, keluarga dan kebendaan dari berjuang dan berjihad di jalan Allah.( Taubah :23 )
8.Perlakuan syahwat dan jantina yang tidak betul.( Ankabut :34 )
9.Penggunaan makanan-makanan haram. ( Maaidah :3 )
10.Fitnah dan tuduhan terhadap perempuan-perempuan yang mulia dengan tomahan tercela.( Nur ;4 )

Sejarah Hitam pergaduhan kaum 13 Mei 1969 memberi pengajaran kepada semua warganegara satu Malaysia Melayu, Cina , India dan lain-lain   dengan berbagai pegangan termasuk badan-badan berwajib dan NGO-NGO supaya sentiasa berada didalam situasi kewarasan akal fikiran (IQ) dan situasi kestabilan emosi (EQ) dan  beramal dengan perintah Tuhan “ Fatabayyanu ” ( Selidik dan periksalah ) terlebih dahulu segala berita yang sampai dari sumber-sumber yang tidak menentu  situasi  keadilan mereka tambah lagi dipengaruhi oleh tamak haloba dan sogokan tertentu yang mereka sendiri tahu tentang sesuatu golongan atau kaum yang akan mengakibatkan penganiayaan berlaku keatas sesuatu golongan. ( Lebih parah lagi penganiayaan berlaku bukan keatas satu dua peribadi atau sekadar beratus-ratus orang tidak berdosa yang termasuk warga emas, remaja dibawah umur bahkan bayi-bayi susuan yang nak diangkut dengan lori-lori pada lewat  malam yang difitnah sekian rupa dan dituduh hanya sekadar memperingati ulangtahun kewafatan cucu nabi  s.a.w ( tahlil arwah ) sahaja tetapi tuduhan , fitnah dan penganiayaan keatas sekitar 600juta umat Islam yang sebahagian mereka alim ulama’ ranking teratas dunia dan Ahli Tauhid nombor satu yang tidak pernah bodoh untuk mengatakan Sayyidina Ali sama darjat dengan Tuhan !!!!!!???? dan lain-lain.)

“ Fatabayyanu ” bagaimana??
Semoga semua kaum, golongan dan bangsa satu Malaysia hidup rukun aman dan damai dan segala perbezaan ditangani sebaik-baiknya dan tidak sampai membawa perpecahan dan menjadi bahan ketawa sampai hari kiamat.

Hai orang-orang yang beriman janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki yang lain kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu lebih baik dari kaum yang menghinakan dan jangan pula kaum perempuan menghinakan kaum perempuan yang lain kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu mencela-cela sesama kaum dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran yang tidak baik. Seburuk-buruk nama ialah kefasikan sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
( Al-Hujurat :11 )

Hai manusia , sesungguhnya kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa  dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang lebih Taqwa…
( Al-Hujarat :13 )

Petua :Zikir “ Ya Mumitu ” 100 kali sewaktu hendak tidur dengan meletakkan tangan di dada berfaedah untuk menguasai nafsu amarah.

“ Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia ”