Monday, 18 April 2011

Knowledge & Recognition / Ilmu dan makrifat



      

      " Sesungguhnya sejahat-jahat yang melata ( di muka bumi ) di sisi Allah , ialah orang-orang yang pekak dan bisu , mereka tiada memikir apa-apa pun. "
( Al-Anfal : 22 )

      Ketika kita membahaskan persoalan ilmu dan makrifat , kita akan mendapati bahawa tidak ada sebarang agama yang memberikan perhatian besar terhadap permasalahan makrifat sebagaimana Islam. Agama Islam sering mengajak manusia memiliki ilmu beramal dan sentiasa berusaha menghapuskan segala penghalang makrifat di tengah masyarakat serta menegaskan berkali-kali di samping penggunaan lafaz tersebut dalam pelbagai bentuk sebanyak 770 kali.

Sabda Nabi s.a.w :
Islam melihat bahawa kehidupan manusia terikat dengan ilmu dan makrifat . " Al ilmu Hayatul Islam wa Imadul Iman ". Iman adalah hayatnya Islam dan tiang-tiang keimanan.

" Al ilmu Aslukullikhair wal jahlu Aslu kullisyar ". " Ilmu itu punca setiap kebaikan dan kejahilan itu  punca setiap kejahatan.

     Islam juga melihat bahawa nilai ibadah dan ketaatan kepada seluruh perintah Allah diukur berdasarkan kepada makrifat. 
" Sebahagian lebih banyak hajinya dari sebahagian yang lain , dan sebahagian lebih banyak sedekahnya dari sebahagian yang lain , dan sebahagian lebih banyak puasanya dari sebahagian yang lain , dan yang termulia di antara kalian adalah yang afdhal makrifatnya.  " 

Sumber-sumber makrifat / Sources of Recognition

     Manusia memiliki tiga sumber untuk memperolehi ilmu dan makrifat. Dengan sumber ini manusia mencapai makrifat terhadap alam semesta. Semua pengetahuan serta makrifat yang diperolehi oleh manusia adalah bersumber dari tiga sumber. Sekiranya salah satu dari tiga sumber ini hilang , maka hilanglah kemampuan manusia untuk memperolehi ilmu dan makrifat . Sumber tersebut adalah :
i) Pancaindera


ii) Akal


iii) Hati

Sumber pertama yang dimiliki oleh manusia ialah pancaindera .

Sumber kedua yang dimiliki oleh manusia adalah akal
Akal  ialah markaz atau pusat untuk mengetahui melalui proses : (1) menyusun ( Tarkib/compose ) , (2) membahagi ( Tajziah/Analyse ) , (3) mengabstrakkan ( Tajrid ), (4) intiza' , (5) mengumumkan ( Ta'mim/generalise ) , (6) Menyelami pengetahuan ( Ta'miq / To go in depth ).

Sumber ketiga dalam mencapai makrifat ialah hati.
Kalbu atau hati  adalah pusat atau centre perasaan batin sebagai lawan bagi akal fikiran sebagai markaz intelektual. Sesungguhnya makna ini mutlak untuk semua perasaan yang muncul pada manusia seperti cinta , benci , rindu dan seluruh kecenderungan manusia.

Jenis-jenis makrifat dan pandang dunia

Jenis-jenis makrifat menghasilkan jenis-jenis pandang dunia.

(1) Makrifat Tajribi (berdasarkan pancaindera dan ujikaji ) menghasilkan :


Pandang dunia ilmi ( Scientific World view ) 
Pandang dunia ilmi dan experimental.
Komentar : hanya layak beri pandangan tentang alam kebendaan ( material )sahaja.

(2) Makrifat Akli ( berdasarkan penalaran akal-fikiran )


Satu-satunya jalan untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan asas Pandang   
Dunia ( World View ) ialah jalan akal dan method rasional.
Maka Pandang Dunia ( world view ) yang sebenarnya ialah Pandang Dunia Falsafi .
tetapi ini tidak bermakna untuk sampai kepada Pandang Dunia ini kita perlu 
menyelesaikan seluruh permasalahan filsafat tetapi  cukup dengan penyelesaian sebahagian masalah filsafat supaya sampai kepada pembuktian 
kewujudan Tuhan yang merupakan permasalahan terpenting world view.

(3) Makrifat Taabbudi ( berdasarkan apa yang disampaikan oleh penyampai agama ) 


Pandang dunia Taabbudi
Punya peranan sekunder ( secondary )
Komentar : Perlu pembuktian kenabian nabi sebelum terhasil iktibar bagi risalah yang
disampaikan.Manakala perkara keTuhanan kedudukannya ialah sebelum
kenabian.

(4) Makrifat Shuhudi / Irfani ( berdasarkan ilham dan kashaf )


Pandang dunia Irfani 
Komentar : Pandang dunia adalah 


a. Mafhum-Mafhum fikiran dan tidak ada tempat bagi shuhud di dalam mafhum-
mafhum fikiran.
     
b. Pentafsiran Shuhud dan mukashafah dengan lafaz-lafaz dan mafhum-mafhum 
memerlukan kekuatan fikiran. Penggunaan lafaz-lafaz yang tidak tepat menjadi
faktor keterpesongan.

c. Ada kemungkinan khayalan-khayalan disangka sebagai shuhud dan mukashafah 
hakiki.

d. Irfan yang hakiki terhasil bagi seseorang yang bermujahadah , berusaha dan
mengikhlaskan dirinya di jalan Ubudiyah bagi Allah dan usaha begini didahului oleh 
makrifat Allah dan makrifat jalan ubudiyah dan ketaatan sebelumnya.

Petua Ayatullah Kashmiri : Membaca Surah ( Wazzariyat ) bermanfaat untuk kemurahan rezeki.

"Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...  

Sunday, 17 April 2011

Aza' ( perkabungan ) puteri Nabi s.a.w 13 Jamadil Akhir ( Mourning for Hadrat Zahra a.s )


    

     Fatimah a.s adalah cahaya mata Rasulullah s.a.w yang terakhir bersama Khadijah a.s. Beliau , berdasarkan apa yang diberitahu oleh Imam Sadiq a.s telah lahir pada tanggal 20 Jamadil Akhir lima tahun setelah pengangkatan Rasul ( yakni 8tahun sebelum Hijrah ).
( Dalail Imamah / 10 )

       Fatimah a.s , menurut keterangan dari Imam Sadiq a.s mempunyai 9 nama di sisi Allah Taala : Fatimah , Siddiqah , Mubarakah , Thahirah , Zakiyyah , Radiyah , Mardiyyah , Muhaddasah dan Zahra.
( Khisal 414/2, Dalail Imamah /10 )

      Manakala Batul, Hason , Hurrah , Sayyidah , Azra' , Haura' , Maryam Kubra , Nuriyyah ,Samawiyyah , Mansurah dan Haniyah juga adalah nama-nama lain bagi Fatimah a.s.
( Manaqib ibn Shahir Ashub 357/2 , Al-Iqbal 624 )

      Nama-nama panggilan beliau ialah Ummul Hasan , Ummul Husain , Ummul Muhsin , Ummul Aimmah , Ummu Abiha dan Ummul Mukminin.
( Manaqib ibn Shahr Ashub , Al-Iqbal 624 )

        Lapan tahun pertama kehidupan Sayyidah Zahra telah dihabiskan di Kota Mekah.
Beliau telah menanggung banyak penderitaan dan telah menyaksikan gangguan-gangguan Quraish ke atas Rasulullah s.a.w.
( Sirah ibni Ishak /211 )

       dan telah melihat dirinya , keluarga dan orang-orang Islam yang lain berada di dalam pemboikotan ekonomi oleh pihak musuh. Beliau telah kehilangan ibundanya Khadijah pada tahun 10 Be'thah.
( Tabaqat ibni Sa'ad 125/1 )

       Fatimah a.s juga merasa tidak sepi walaupun berada didalam keadaan sedemikian kerana rumahnya menjadi tempat persinggahan malaikat-malaikat langit. Para malaikat begitu akrab dengan ayahandanya. Jibrail a.s membawa ayat-ayat satu demi satu sebagai pemberian dan Fatimah mendengarnya dengan sepenuh hati serta menghafal ajaran-ajaran Rasul s.a.w.

      Fatimah a.s ketika berusia 8tahun ekoran peristiwa Hijrah telah turut berhijrah ke Madinah dan telah memulakan kehidupan yang baru di sana.

      Fadhilat-fadhilat kekeluargaan dan kelebihan-kelebihan peribadi Fatimah a.s telah menyebabkan ramai orang meminang beliau. Seorang demi seorang telah datang mengetuk pintu rumah Nabi s.a.w untuk meminang dan telah pulang dengan tangan kosong.

     Akhirnya mereka yang telah masuk meminang berkata kepada Ali : Kamu pergilah meminang beliau .
( Tabaqat ibni Sa'ad, Ar Riyadun Nadirah )

     Imam Ali a.s  yang telah pergi untuk meminang Fatimah dan Rasulullah s.a.w dengan perintah Allah Taala telah menerima Ali sebagai menantu.
( Ar Riyadun Nadirah 142/3 dan 145 )

     Adapun tentang tarikh kesyahidan Fatimah Zahra a.s , Syeikh Tusi dan Sayyid Ibnu Thawus mengatakan tarikhnya ialah 3 Jamadil Akhir dan pendapat ini disokong oleh Syeikh Abbas Qummi.

     Manakala Syeikh Kulaini telah meriwayatkan bahawa Fatimah Zahra telah wafat 75 hari setelah kewafatan ayahanda beliau Rasulullah s.a.w maka tarikh kesyahidan beliau ialah 13 Jamadil Awal.

     Oleh itu Syeikh Abbas Qummi menyarankan juga supaya diadakan majlis perkabungan untuk beliau pada 13 , 14 dan 15 Jamadil Awal.

Petua Syeikh Kaf'ami : Membaca Surah ( Abasa Wa Tawala ) atau Surah ( Wal Adiyat ) untuk menemukan barang yang hilang.

" Doa untuk mazlumin Bahrain dan Gaza. "
Solawat..


Info Kesihatan



TAHUKAH ANDA KHASIAT MINYAK ZAITUN ??
 Minyak Zaitun boleh mencegah Kanser , serangan jantung , perut buncit ?

Buah Zaitun kaya dengan vitamin A , B1, B2 ,C ,D , E .K dan zat besi.

Minyak Zaitun tulen adalah ekstrak pertama buah Zaitun tanpa menggunakan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah.

Minyak Zaitun tulen mempunyai kekuatan pencegahan serangan penyakit.

Minyak Zaitun boleh melembutkan kulit , banyak produk-produk kecantikan menggunakan minyak Zaitun sebagai asas produk.

Paras asid yang rendah didalam minyak Zaitun memudahkan penghadaman .

Vitamin E didalam minyak Zaitun merendahkan kolestrol LDL , tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari

 Mengandungi Vitamin K- menghalang darah dari melekit dan membeku.

Minyak Zaitun tulen juga boleh mengurangkan risiko penyakit Kardiovaskular , Arteriosklerosis , dan pelbagai penyakit akibat proses penuaan.

Minyak Zaitun juga boleh menguatkan rambut dan badan.

Minyak Zaitun juga berkesan untuk bisul , ruam lampin , gatal-gatal , dan ulser yang kronik.

Kajian mendapati minyak Zaitun boleh mengurangkan lemak di bahagian perut , mengurangkan risiko mengidap sakit jantung yang berlaku lebih bagi mereka yang mempunyai badan dan perut yang berbentuk epal.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh " Harvard School of public health " dan " Athens School of public health " mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25%  risiko menghidapi kanser payudara. Kandungan vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

TIPS
1.Untuk  menghilangkan sakit gigi dan gusi sapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi.


2. 2 sudu makan minyak zaitun dalam masakan berminyak , bersantan , berlemak / kolestrol tinggi ( kambing , lembu, kerbau , udang ,dll ) semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap kedalam badan dan juga boleh menghilangkan perut buncit , lemak-lemak , masalah berat badan ...

ANDA BERMINAT UNTUK MEMBELI MINYAK ZAITUN???
E-mel kepada : azabakti69@gmail.com ( untuk pesanan )

Saturday, 16 April 2011

Fatimiyah 1 : (c) Fatimah, Zahra, Tahirah


                          Baytul Ahzan( tempat Sayyidah
                        Fatimah menangis setelah kewafatan
                        Nabi s.a.w.
 Di dalam riwayat mengatakan Fatimah puteri kesayangan Nabi s.a.w. dinamakan  Fatimah kerana beliau " Futimat " yakni " Quti'at bermakna terputus dan terhindar beliau serta para Syiahnya ( para pengikutnya ) dari api neraka dan adapun terpisah beliau dari neraka bersama para pengikutnya adalah dengan keilmuan dan begitu juga beliau a.s terhindar dari segala bentuk kekotoran dan kekejian manakala sekalian makhluk " Futimu " yakni terhindar dari makrifat dan mengenalnya dan sesungguhnya Allah memisahkannya a.s berserta dengan zuriat keturunannya dari api neraka - zuriatnya yang bertemu Allah dengan Tauhid dan keimanan - dan sesungguhnya Allah menghindarkan orang yang mencintainya dari api neraka.

  Dan sesungguhnya nama " Fatimah " berasal dari kalimat nama Allah " Al-Faatir " dan juga beliau dinamakan " Tahirah " kerana kesuciannya dari setiap kekejian dan kejelekan kata-kata dan kesuciannya dari melihat darah haid dan nifas.
  Beliau juga dinamakan  "Zahra" kerana beliau tampil sinarnya bagi Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib pada siang hari dengan Nur tiga kali.  ( Baitul Ahzan m/s 34 )
  Sabda Nabi s.a.w. : Fatimah ialah " Haura' Insiyyah " ( Bidadari dari kalangan manusia ) setiap kali aku rindu pada wangian syurga, aku menghidu wangian puteriku Fatimah ( Tauhid Saduq m/s 117 )

Sabda Nabi s.a.w. : Sesungguhnya Fatimah adalah secebis dariku dan dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku . . . . ( Amali Saduq m/s 393 )

       Doa Ziarah Fatimah Zahra a.s

      " Assalamu alaiki Ya Mumtahanah imtahanakillazi khalaqaki "

  Salam ke atasmu wanita yang telah diuji.  Telah mengujimu Dia yang telah menciptamu

      " Qabla An Yakhluqaki "

  Sebelum Dia menciptamu lagi

      " Wa kunti limam tahanaki bihi sabirah "

  Dengan engkau bersabar dengan apa yang engkau telah diuji dengannya 

      " Wa Nahnu laki Auliya'u Musoddiqun "

  Dan kami adalah pendulungan yang membenarkanmu

      " Wa likulli ma ata bihi Abuki Sallallahu Alaihi Wa Alihi  wasallam Wa ata bihi Wasiyyuhu Alaihis Salam Musallimun "

  Dan kami menerima setiap yang dibawa oleh Ayahandamu s.a.w. dan apa yang dibawa oleh pewasi baginda a.s

Petua Syekh Rajab Ali Khayyat : Membaca surah Saffat pada waktu pagi dan Al-Hasyr pada waktu malam berfaedah untuk sampai kepada kecerahan batin .  

Doa untuk Mazlumin Bahrain dan Gaza.  Solawat

Friday, 15 April 2011

Fatimiyah 1 : (b) Nizamul Ummah ( The organiser of the nation )



Fatimah Zahra a.s puteri Rasulullah s.a.w berkata :
“ Faradhallah taatana Nizaman Lil Millah ” “ Allah telah mewajibkan ketaatan kepada kami ( Ahlul Bait Rasul )sebagai Nizam ( pemberi susunan dan pengatur) kepada agama ini.”
( Dalailul Imamah )

Imam Ali bin Abi Talib a.s berkata :
''Al-Imamah Nizamul Ummah ''Imamah ( kepimpinan ) ialah nizam ( pemberi susunan ) kepada umat ini.
( Ghurarul Hikam )

      Berkaitan dengan kepimpinan ( Imamah ), seseorang yang memimpin umat [sebagai Imam] mempunyai tiga posisi sosial :
A.     Hakimiyyah ( Pemerintahan )
B.      Hidayah ( Petunjuk )
C.     Uswah( teladan )
Asas kepimpinan dan Imamah di dalam Islam pada pandangan Syiah ialah posisi ketiga yakni uswah dan makna inilah yang memberi kelayakan kepada seseorang untuk memiliki posisi pertama dan kedua.


Imam di dalam posisi uswah ( teladan )
          
        Imam pada kedudukan ini bermakna seorang insan yang telah sempurna dan seorang insan teladan yang dengan bentuk kehidupannya ia menunjukkan kepada masyarakat bahawa kamu boleh berbuat begini dan boleh sampai kesini dan hendaklah sampai kesini . Oleh itu Imam adalah murid yang pertama kelas alam penciptaan yang mana murid-murid yang lain hendaklah mengambil contoh darinya untuk mendaki tingkatan –tingkatan kesempurnaan .

      Di dalam doa ziarat Ali a.s kita baca :
“ Salam keatasmu wahai neraca timbangan amalan-amalan ”

      Yakni amalan Ali a.s samada berhubungan dengan Tuhan  ataupun makhluk , seperti solat , puasa sehinggalah pendirian-pendirian politik dan sosial berhadapan dengan kawan dan lawan , isteri dan anak ringkasnya corak kehidupan Imam adalah garis panduan amalan umat , neraca timbangan amalan setiap manusia untuk sampai kepada falsafah penciptaan yang terakhir dan timbangan neraca yang hampir sama dengan neraca ini lebih hampir kepada kesempurnaan dan yang lebih berat atau ringan lebih jauh

        Selagi seseorang itu belum sampai ke peringkat uswah di dalam kesempurnaan tidak mampu ia menjadi Imam dan pemimpin masyarakat.

 Kata Ali a.s :
Seseorang yang meletakkan dirinya sebagai Imam hendaklah ia mengajar dirinya sebelum mengajar dan memimpin orang lain dan hendaklah didikan dan kepimpinannya dengan perlakuan sebelum lidah  dan kata-kata dan guru dan pemimpin diri sendiri serta pendidik diri adalah lebih layak di hormati dari orang yang hanya mengajar , mendidik dan memimpin orang lain.
( Nahjul Balaghah – hikmat 73 )      

Imam pada posisi pemerintahan  ( hukum )
      Dari sudut pandangan Syiah , di dalam Islam , dengan memberi perhatian kepada posisi pertama dan kedua Imam yang disebutkan sebentar tadi , pemerintahan dan kekuasaan urusan dan hal-ehwal masyarakat Islam diserahkan kepadanya dan Imam adalah seorang yang  berkuasa memikul tanggungjawab hal-ehwal politik , ekonomi dan hubungan kemasyarakatan.

      Di sini perlu diberikan  perhatian kepada satu noktah bahawa Imam  pada posisi uswah ( teladan ) dan Hidayah ( petunjuk ) Imamah dan kepimpinannya tidaklah terhad kepada hari-hari pemerintahannya atau semasa hayatnya sahaja bahkan Imamahnya dalam dua perkara ini tidaklah terbatas.

       Sehingga ini kita telah sampai kepada natijah bahawa posisi pertama Imam . Yakni Uswah adalah asas Imamah dan kepimpinan dari kacamata Islam. Untuk memiliki posisi  ini perlu diwujudkan ciri-ciri tertentu yang mana kita akan bahaskan ciri-ciri yang merupakan akar dan asas ciri-ciri dan sifat-sifat Imam yang lain kemudian.

       Maka itu jika seseorang sampai ke tingkatan Uswah , kepimpinan ( Imamah ) adalah sesuatu yang lazim dan tidak terpisah dari dirinya seperti kegenapan yang tidak terpisah dari angka empat.

       Oleh yang sedemikian tidak ada sesiapa yang mampu memberi Imamah ( kepimpinan )  kepada Imam atau mengambil darinya kerana ia adalah hak bagi diri ( zat )nya.

Imam pada posisi Hidayah ( petunjuk )
           Seseorang itu dengan memiliki posisi Uswah ( teladan ) akan bakal layak bagi posisi Hidayah masyarakat  kerana Hidayah bermakna menunjukkan seseorang kearah tujuan dan falsafah penciptaan dirinya dan hanya orang yang telah sampai kepada tujuan dan falsafah ini sahaja yang layak memiliki posisi Hidayah ( petunjuk ).

Kata Ali a.s :
“ Janganlah kamu mahu ketaatan orang lain sedangkan dirimu tidak mentaatimu ”
( Ghurarul Hikam )


     Info :


                                       Replika Bahtera Nabi Nuh a.s
Penemuan papan bahtera Nabi Nuh a.s yang tertulis nama lima diri.

       Pada Januari 1951 , sekumpulan pakar Galian Rusia yang sedang sibuk mencari gali telah terjumpa kepingan-kepingan papan yang telah reput dan setelah digali lagi didapati kepingan-kepingan papan yang lebih banyak terdapat di situ dan dari tanda-tanda yang ada mereka mendapati bahawa ini bukanlah papan-papan tanda yang biasa dan ianya mempunyai RAHSIA yang tersimpan.

       Maka dengan penuh berhati-hati mereka membongkar tanah lalu mengeluarkan kepingan-kepingan papan yang telah reput dan benda-benda lain dan ditengah-tengah benda-benda itu terdapat sekeping papan berbentuk 4 segi bujur  yang menghairankan semua kerana kepingan papan yang panjangnya 14 inci dan lebarnya 10 inci itu tidak reput dan tertera beberapa tulisan diatasnya.

     Kerajaan Rusia pada 27 Februari 1953 , untuk mengkaji kepingan-kepingan ini telah menubuhkan sebuah Ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar kaji purba dan pakar-pakar Bahasa Kuno yang nama-nama mereka adalah seperti berikut :                                                

      (A)   Sulinov – ( Universiti Moskow / Unit bahasa )
     
      (B)   Iphahan Khino – ( Universiti Richaina
             / Pakar Bahasa Kaji purba )
     
      (C)   Misanan Luphur Teg – ( Ketua kaji purba )
    
     (D) Tanmul Gort – ( Universiti Kifzo )
    
     (E)  De Raken – ( Universiti Lenin )
     
     (F)   M. Ahmad Kulad – ( Pejabat Kajian Zetkuman )
     
     (G) Mejar Kultov – ( Universiti Stalin )

        Akhirnya setelah 8 bulan mengkaji , RAHSIA kepingan-kepingan  itu telah diketahui yang ianya adalah dari bahtera nabi nuh a.s dan telah ditulis sesuatu diatasnya dan dilekatkan ke kapal untuk mendapat keberkatan dan pertolongan.

       Ditengah-tengah kepingan papan tersebut terdapat 1 lukisan berbentuk telapak tangan tertulis Bahasa Samani dan Sami :

Jawatankuasa pengkaji setelah 8 bulan kajian dan pemerhatian , telah membaca tulisan tersebut dan telah menterjemahkannya kedalam Bahasa Rusia dan telah diterjemahkan pula ke Bahasa Inggeris oleh Mr. N. F Makes.

O , My God My helper , keep my hand with Mercy and with your Holybodies Mohammad , Alia , Shabbir , Fatema. They all are biggest and honourables. The world established for them . Help me by their names. You can refirm to right.

Rujukan :
-          Sebuah bulletin Moskow Nov 1953 Majalah Weekly Mirror 28 Disember 1953 dan akhbar ( Al-Huda ) Kaherah 31 March 1954.
-          Buletin Star of Britania , London January 1953 dan Majalah Sunlight , Manchester 23 January 1954 dan Majalah London Weekly Mirror 1 Februari 1954.

Solawat…

Thursday, 14 April 2011

Fatimiyah 1 : (a) Tasbih



  
      Doa-doa dan zikir-zikir  mempunyai bilangan dan tertib yang tertentu . Bilangan dan tertib itu mempunyai perkiraan-perkiraan yang bagi ahli-ahlinya adalah jelas sehingga ke satu tahap dan tersembunyi bagi orang-orang yang ditutupi oleh hijab duniawi. Contohnya untuk zahirnya hikmat dari kalbu ke lidah berdasarkan riwayat hendak selama 40 hari seseorang itu memiliki keikhlasan... ataupun didalam tasbih Fatimah Zahra a.s hendaklah disebut 34 kali takbir , 33 kali tahmid dan 33 kali tasbih dengan memelihara tertibnya... rahsia bilangan dan tertib ini tersembunyi bagi kita walaupun bagi ahli zikir , fakir dan salik jalan yang hak dan hidayah sehingga ke satu tahap adalah jelas. Di antara orang-orang yang telah sampai kepada rahsia-rahsia dengan mendaki tingkatan-tingkatan kerohanian ialah Sayyid Bahrul Ulum yang telah menulis di dalam risalah Sair dan Suluknya berkenaan dengan angka 40 : ( Kita melihat dengan jelas dan mengetahui bahawa peringkat ini dari peringkat-peringkat bilangan yang mempunyai khasiat yang khas , kesan yang tertentu di dalam zahirnya keupayaan-keupayaan , menyempurnakan malakah-malakah di dalam mendaki tingkatan-tingkatan spiritual )

       Bilangan adalah seumpama gigi-gigi anak kunci yang jika ia berlebihan atau berkurangan , pintu tidak akan terbuka.

      Seorang guru berkata di dalam Surah Yasin terdapat satu isim yang dengan berkatnya orang yang buta sejak lahir dan kusta boleh sembuh maka ditanya kepada beliau apakah dengan membaca keseluruhannya memiliki khasiat yang sama?. Lantas beliau menjawab : Apabila seorang doktor memberi arahan untuk dimakan satu ubat kalau semua ubat-ubat di kedai ubat itu serentak di makan apakah memberi kesan yang sama?

      Tasbih hendaklah diucap dengan hati yang hadir, tanpa ada jarak diantaranya dengan solat , menghadap ke kiblat dengan kedudukan yang sama seperti ketika tashahhud , tahiyyat dengan berturutan yakni muwalat.

      Dengan takbir ( Allahu Akbar ) dan mengulanginya , terhasil satu perjalanan , dengan tahmid ( Alhamdulillah ) dan tasbih ( SubhanaAllah ) serta mengulanginya terhasillah satu perjalanan dan peningkatan tingkatan-tingkatan tauhid dan kerohanian.

      Jika tiada hudhur , hati kesana dan kemari maka ia bukanlah berada di dalam takbir , tahmid dan tasbih... maka perjalanan tidak terhasil , hanya sekadar lidah yang mengucapkan kata-kata , kehadiran yang seadanya dan faedah yang seadanya sahaja.    

Kisah Tasbih Fatimah Zahra a,s . ( Story about Tasbih Zahra a.s )

Ali a.s berkata : Sebahagian dari raja-raja Ajam telah menghantar hadiah hamba-hamba abdi kepada Rasulullah s.a.w. Aku berkata kepada Fatimah pergilah minta seorang pembantu dari Rasulullah s.a.w ( untuk membantumu di dalam urusan rumah ). Maka Fatimah pun pergi meminta dari Rasulullah s.a.w lalu baginda s.a.w bersabda :

     Wahai Fatimah aku berikan kepadamu sesuatu yang lebih baik dari pembantu dan juga lebih dari dunia dan apa yang ada didalamnya : Setelah solat katakan " AllahuAkbar " tiga puluh empat kali, tiga puluh tiga kali " Alhamdulillah " dan tiga puluh tiga kali " Subhanallah " dan sudahilah dengan " Lailahaillallah " setelah itu perkara ini lebih baik bagimu dari apa yang engkau kehendaki dan lebih baik dari dunia dan apa yang ada di dalamnya , oleh itu Fatimah Zahra a.s sentiasa mengamalkan tasbih ini setelah setiap solat dan tasbih ini dikaitkan dengannya a.s. 
( Biharul Anwar jilid 85 )

     Imam Sadiq a.s : Tasbih Fatimah Zahra setiap hari setelah setiap solat lebih kusukai dari solat seribu rakaat ( yakni solat sunat ) setiap hari.

Petua Syekh Abdul Karim Kashmiri : Satu Arbain ( yakni 40 hari ) membaca Surah Zilzal dengan bilangan tertentu di tepi air  mengalir ( sungai atau sepertinya ) adalah baik untuk Syuhud 
( penyaksian ) batin dan pengukuhan batin seseorang.

" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
" Takziyah sempena dengan hari-hari perkabungan puteri Rasulullah s.a.w ,  Sayyidah Fatimah Zahra a.s ( Fatimiyah ) 13 Jamadil Awal sehingga 3 Jamadil Akhir "

Solawat...

Wednesday, 13 April 2011

Ulama Syiah dan Penafian Tahrif ( pemesongan ) Al-Quran.( Shiite Moslem Scholars and denying distortion of the Holy Quran. )



    

      Wahai para pembaca budiman ! tunjukkan nama-nama para ulama' Islam Syiah ( yang tidak sesat ) kepada para penyesat orang , yang berniat jahat , yang mengaitkan dan menfitnah Syiah ( pengikut setia ) Ahlul Bait Rasulullah s.a.w dengan kepercayaan kepada keterpesongan Al-Quran ( Nauzubillah Min Zalika ) ( Pss: dan cuba mencipta para saksi untuk disabitkan pertuduhan terhadap orang-orang yang tidak bersalah. Suruh mereka hentikan urusan yang tidak berfaedah. Apa mereka tidak melihat kitab suci diperlakukan oleh musuh Islam di negara atas angin , umat Islam dirempuh di Bahrain , Di Gaza tak habis-habis dihentam oleh Zionist, kok di bumi Tuhan  di tanah air aku ni hampa nak mencipta kisah-kisah dongeng dan nak buat kerja-kerja ikut suka hati ( cukup sampai ke sini luahan isi hati . Full Stop )). Aku berdoa saja lah. Addoa Silahul Mukmin.Doa itu senjata orang beriman.

     Disana terdapat riwayat-riwayat Sunni dan Syiah ( Dua adik-beradik lagi bersaudara. Jangan sesiapa cuba melaga-lagakan walau dalam apa pakaian sekalipun ) tentang tahrif Al-Quran , dan riwayat-riwayat ini diketepikan oleh kedua-dua pihak kecuali segelintir individu yang diabaikan ( baik Sunninya mahupun Syiah ).

     Ayoh! lihat siapa para ulama Syiah dan carilah kitab-kitab mereka dan bubuhlah di perpustakaan-perpustakaan termasuk di mini library para penyesat ( yakni orang yang menuduh orang lain sesat ) ( untuk dibaca, kalau tak faham tanya ahlinya ) supaya terjongol mata yang rupa-rupanya yang dok berbuih mulut menfitnah , selama ini tak betoi rupanya : menuduh Syiah percaya Quran terpesong ( Astaghfirullah !).

Para ulama Syiah : tiada tahrif ( kepesongan ) didalam Al-Quran.

1. Fadl bin Shazan Nishaburi , kitab " Idhah " ( kurun 3 Hijrah )

2. Syekh Saduq ( 381H ) kitab " I'tiqadat Saduq "

3. Sayyid Murtadha ( 436H ) kitab " Jawab Masail Tarablusiyyat "

4. Syekh At-Thusi ( 461H ) 

5. Abu Ali Tabrasi , kitab " Majma' Al-Bayan " jilid 1 m/s 15

6. Sayyid Ibnu Thawus ( 664H ) kitab " Sa'adu ssu'ud " 

7. Mulla Muhsin Feidh Kashani ( 1091H ) , kitab " Al-Wafi ", " Ilmul Yaqin " dan " Al-Bayan "

8. Syekh Muhammad Baha'uddin Al-Amili ( 1030H ), Tafsir " Alaur Rahman " m/s 26

9. Syekh Muhammad Hassan Hur Amili ( 1104H ) di dalam " Izharul Haq " Rahmatullah Hindi 

10. Zainuddin Al-Bayadh , " Izharul Haq " jilid3

11. Qadhi Sayed Nurullah Tustari di dalam " Alaur Rahman " m/s 25

12. Muqaddas Baghdadi didalam " Syarah Wafiah "

13. Syekh Kashiful Ghita' didalam " Kashiful Ghita " An Mubhamat As Syariatul Gharra' "

14. Syekh Muhammad Jawad Balaghi , " Tafsir Ala'ur Rahman "

15. Seyed Mahdi Tabatabai Bahrul Ulum " Fawaidul usul "

16. Ayatullah Kuh Kamari

17.Sayed Muhsen Amin Al-Amili " A'yanus Syiah "

18.Mulla Fathullah Kashani , Tafsir " Manhajus Sadiqin "

19. Mirza Hasan Ashtiani " Bahrul Fawaid "

20. Syekh Mamqani didalam " Tanqihul Maqal "

21. Syekh Muhammad Nahavandi " Tafsir Nafahatur Rahman "

22. Sayed Ali Naqi Hindi " Tafsirul Quran "

23. Sayed Muhammad Mahdi Syirazi

24. Ayatullah Uzma Syed Shahabuddin Mar'asyi.

25. Syed Syarafuddin Amili didalam " Ajwibah Masail Musa Jarullah "

26. Ayatullah Uzma Burujerdi

27. Ayatullah Gulpaygany di dalam " Maal Khatib Fi Khututihil Aridah " dan lain-lain lagi.

Petua Haji Ismail Dulabi : Zikir " Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un " membatalkan semua kegelisahan dan membuka semua jalan yang tertutup menuju Tuhan.

"Doa untuk Mazlumin di Bahrain , Gaza , dan seluruh pelusuk dunia. "

AllahummashghalizZaliminbizZalimin
Solawat...

Tuesday, 12 April 2011

Let's find out the answer of these basic ideological questions.


 The Questions
1. Berikan takrif " Pandang Dunia " dan " ideologi ". Sila nyatakan perbezaan? ( Define "World view" and "ideology" and state the difference between them? )

2. Terangkan dua jenis pandang dunia yang umum? ( Explain the two types of world view ?)

3. Terangkan dua istilah umum dan khusus bagi Usuluddin? ( Explain the term  " Usuluddin " the general and the " special " term? )

4. Apakah usul dan dasar yang sama dikalangan Agama-agama Samawi dan nyatakan sebab kepentingannya? ( What are the similar foundations between Divine Religions and mention the cause of the importance? )

5. Apakah beza " dasar-dasar Agama tertentu " dengan " dasar-dasar Agama dan mazhab " ? ( What is the difference between " foundation of specific Religion " and " foundation of religion and mazhab " ? ).

The handout in few points

(1) Usuluddin dan furu'uddin ( Roots and branches of Religion ).
     Setiap agama mempunyai dua bahagian yang utama :
     i. Aqidah ( dinamakan Usuluddin )
     ii. Arahan-arahan amali ( hukum-hakam  dan dinamakan Furu'uddin
        yakni cabang-cabang agama )

(2) Pandang Dunia ( World View ) dan Ideologi
     Pandang dunia ialah : Satu rangkaian Akidah dan pandangan-
     pandangan yang umum serta seragam berkenaan kewujudan.
     Ideologi pula ialah satu rangkaian pandangan yang umum serta seragam berkenaan tingkah laku manusia.

(3) Pandangan Dunia keTuhanan dan Pandang Dunia kebendaan ( Divine World view and Material world 
     view )
     Terdapat dua jenis pandang dunia yang utama :
      i. Pandang Dunia keTuhanan ( Divine World View )
      ii. Pandang Dunia kebendaan ( Material World View )

      ( Materialisme Dialektika ) ialah satu aliran materialisme yang merupakan cawangan falsafah Marxisma.
      Penggunaan istilah ( Pandang Dunia / World View ) adalah lebih luas dari aqidah agama dan merangkumi 
      kepercayaan-kepercayaan keTuhanan dan juga kebendaan.

(4) Agama-agama Samawi dan dasar-dasarnya ( Divine Religions and their foundations)
     
     Sejarah kemunculan agama ialah serentak dengan kewujudan insan dan insan yang pertama ( Adam a.s )
     ialah nabi dan penyeru ke arah keesaan Tuhan. ( Berlaku penyelewengan didalam agama-agama Samawi 
     disebabkan tindak-tanduk hawa nafsu diantaranya membataskan lingkungan agama kepada hubungan 
     manusia dengan Tuhan sahaja dan hukum-hakam agama kepada upacara-upacara tertentu sahaja 
     manakala siasah dan pentadbiran masyarakat dikatakan terkeluar dari ruang lingkup agama sedangkan 
     bahagian utama dari ajaran-ajaran Islam sebagai agama yang hak dan pilihan Tuhan bersangkut-paut
     dengan hal ehwal sosial, ekonomi dan politik ).

Tauhid , kenabian dan akhirat adalah merupakan kepercayaan-kepercayaan yang paling utama bagi semua agama Samawi.
(5) Tiga dasar ini dengan menambahkan satu atau beberapa dasar lain kepadanya boleh menjadi    ( dasar agama yang tertentu )
ATAU
(6) dengan menambah satu atau beberapa aqidah yang merupakan ciri-ciri bagi sesuatu mazhab akan menjadi ( dasar agama dan mazhab ) atau ( dasar-dasar aqidah sesuatu mazhab ).

Petua Ayatullah Syekh Mujtaba Qazwini : Membaca Ayatul Kursi 10 kali sehari dengan meletakkan tapak tangan diatas dada untuk taufik bagi orang beriman.
  
" PRAY FOR OPRESSED PEOPLE IN BAHRAIN, GAZA AND ALL OVER THE WORLD "
Solawat...

Monday, 11 April 2011

Tuhan





Tuhan dari kacamata Islam ( God from Islamic point of view )
1- Tidak ada kitab suci yang memberi penjelasan tentang Tuhan seperti mana yang dijelaskan oleh Al-Quran.

2- Tuhan mempunyai semua sifat kesempurnaan dan Asmaulhusna.

3- Tuhan adalah Maha Esa dan tidak ada sesuatu pun sekutu baginya atau setara.

4- Tuhan yang Maha besar menurut Al-Quran lebih dekat kepada manusia dari dirinya sendiri

5- Tuhan adalah Maha pengasih dan Maha penyayang dan rahmatnya mengatasi kemurkaannya.

6- Tuhan memenuhi doa dan permintaan hamba-hambanya dan menyukai mereka.

7-Tuhan adalah pencipta segala-galanya  dan mentadbir segala urusan.

8- Imam Khomeini ( r.a ) berkata , jika tiada Al-Quran pintu untuk mengenal Allah tertutup buat selama-lamanya. ( Imam Khomeini : If there is no Quran the way to recognise God is closed forever )

Tuhan adalah maklum bagi semua manusia.( God is well known to all man )
1- Di dalam kitab-kitab Samawi diantaranya Al-Quran , kewujudan Tuhan adalah satu perkara yang dikira sebagai jelas dan tidak dapat diingkari serta tidak perlukan pembuktian.

2- Seperti mana yang dikatakan oleh para penulis barat , tidak ada seorang pun dari penulis kitab-kitab Taurat ( Old Testament ) dan juga kitab Injil ( New Testament ) yang menyatakan kewujudan Tuhan perlukan pembuktian. Didalam kitab ( Avesta ) dan juga kitab-kitab agama lain perkara yang sama juga dapat dilihat.

3- Dari ayat-ayat Al-Quran dapat difahami bahawa masyarakat zaman Rasulullah s.a.w hatta penyembah-penyembah berhala juga percaya kepada Tuhan.

4- Dari ayat-ayat Al-Quran juga kita mendapati bahawa kaum Nabi Nuh , kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum-kaum setelah mereka percaya kepada Tuhan dan pertelingkahan mereka dengan para Anbiya' ialah tentang keesaan Tuhan , kenabian dan kebangkitan.

Fitrah dan Tuhan ( Human nature and God ).
1- Ayat-ayat Al-Quran menunjukkan bahawa kepercayaan kepada Tuhan , keinginan untuk menyembah Tuhan dan tarikan kepada Tuhan adalah perkara yang ada pada fitrah manusia.

2- Salah satu dari makna-makna perkataan fitr ialah penciptaan , dan fitrah dari segi bahasa ialah bentuk penciptaan , maka itu fitrah manusia bermakana ciptaan yang khas bagi manusia.

3-Perkataan fitrah hanya sekali sahaja digunakan didalam Al-Quran Fitratallah dan khas bagi manusia.            ( Surah Rum ayat 30 ) Fatarannaasa alaiha.

4- Pandangan Islam tentang manusia boleh dikatakan sebagai teori fitrah.

5- Menurut pandangan ini :
    A- Manusia berdasarkan penciptaan semula jadinya mempunyai gaya ciptaan khas dan memiliki 
         pengenalan-pengenalan  dan kecenderungan tertentu.
    B- Fitrah Ilahi yang ada pada manusia ialah kecenderungan-kecenderungan yang bersangkutan dengan 
         insaniyah bukanlah yang sama diantara manusia dan binatang.
    C- Kefahaman dan kecenderungan fitri adalah perkara yang membezakan manusia dari haiwan-haiwan 
          lain.
    D- Kefahaman-kefahaman  dan kecenderungan fitri dikalangan  individu-individu manusia adalah sama.
    E- Kefahaman dan kecenderungan ini terpendam dalam diri manusia  dan memerlukan usaha untuk 
         menzahirkannya.
    F- Manusia jika mendidik perkara-perkara fitri tersebut, akan menjadi lebih mulia daripada para malaikat  
         dan jika tidak , lebih hina dari binatang.
    G- Pengenalan fitri seperti mencari hakikat , fadhilat dan keindahan ialah di antara kecenderungan-
         kecenderungan fitri manusia.

6- Berdasarkan Al-Quran, mengenal Tuhan dan tarikan kepada Tuhan adalah fitri.

7- Maksud Din didalam ayat fitrah ( Rum ayat 30 ) ialah aqidah dan hukum-hakam Islam atau keadaan menyerah diri kepada Tuhan. Oleh itu kita memahami bahawa mengenal dan menyembah Tuhan adalah fitri.

Petua : 100 kali sehari " Rabbi Salli Ala Muhammadin Wa Ahli Baitihi " Allah kabulkan 100 hajatnya ; 30 hajat di dunia dan 70 hajat di akhirat.( 100 times ''Rabbi Salli Ala Muhammadin Wa Ahli Baitihi '' a day will fulfilled 100 needs by God ; 30 in this world and 70 in hereafter ) narrated from Imam Sadeq a.s.

" Pray for opressed people in Bahrain , Gaza and all over the world "


Sunday, 10 April 2011

Al-Fatihah!




     Setelah kita mengenang cucunda Nabi s.a.w , puteri Ali dan Zahra a.s yang bernama Zainab sempena ulangtahun kelahiran Srikandi Karbala itu pada tanggal 5 Jamadil Awal tahun 5Hijrah marilah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada para syuhada yang terkorban pada hari-hari sekitar 10 Muharram ( Hari Asyura ) tahun 61Hijrah dibantai oleh 30,000 tentera Yazid bin Muawiyah. Kenanglah nama-nama seperti yang disebut oleh Allamah Sayyid Mohsen Al-Amin Al-Amily didalam kitab beliau tentang Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussein a.s yang diantara mereka ialah Bani Hashim selain para Syuhada bukan Bani Hashim.

( a ) Anak-anak Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib a.s ( Sons of Ali bin Abi Talib ) :
     1. Abu Bakr bin Ali ( kesyahidannya pada hari itu tidak pasti )
     2. Ja'afar bin Ali 
     3. Abbas bin Ali ( Abal Fadl Abbas )
     4. Abdullah bin Ali
     5. Abdullah bin Abbas bin Ali
     6. Abdullah Al-Asghar
     7. Uthman bin Ali
     8. Umar bin Ali
     9. Muhammad Al-Asghar bin Ali
   10. Muhammad bin Al-Abbas bin Ali

( b ) Anak-anak Sayyidina Hassan bin Ali a.s ( Sons of Imam Hassan ) :
      1. Abu Bakr bin Al-Hassan
      2. Bishr bin Al-Hassan 
      3. Abdullah bin Al-Hassan
      4. Al-Qasim bin Al-Hassan

( c ) Anak-anak Sayyidina Hussain a.s ( Sons of Imam Hussein ) :
      1. Ibrahim bin Al-Hussein
      2. Abdullah Ar-Radhi' ( bayi susuan berumur 6 bulan )
      3. Ali Akbar bin Al-Hussein

( d ) Anak-anak Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib ( yakni anak-anak Zainab binti Ali bin Abi Talib  )  Sons of Zainab a.s and Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib ) :
     1. Ubaidillah bin Abdullah bin Ja'far bin Abi Talib
     2. Aun bin Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib
     3. Muhammad bin Abdullah bin Jaafar

( e ) Anak-anak Aqil bin Abi Talib ( Children of Aqil ) :
     1. Jaafar bin Aqil 
     2. Abdur Rahman bin Aqil
     3. Abdullah Akbar bin Aqil
     4. Abdullah bin Muslim bin Aqil
     5. Aun bin Muslim bin Aqil
     6. Muhammad bin Muslim bin Aqil
     7. Muslim bin Aqil
     8. Jaafar bin Muhammad bin Aqil
     9. Ahmad bin Muhammad Al-Hashimi

       Wahai orang-orang yang punya hati nurani , yang belas kasihan  kepada anak-cucu cicit Nabi s.aw. yang dizalimi dan juga orang-orang yang tidak punya belas kasihan kepada diri-diri yang suci lagi mulia ini. Semoga dengan menghadiahkan Al-Fatihah kepada mereka dapat sekiranya Taufik dari Tuhannya Nabi Muhammad s.a.w dan Ahlul BaitNya a.s dan juga Tuhannya kita dan semesta alam mengubah keadaan diri kita.

Allahummaj al awaqiba umurina Khairan
Al-Fatihah

Note : There are 30 names of Martyrs Bani Hashim as narrated by Sayyid Mohsen Al-Amin Al-Amily
in the Tregedy of Karbala.
Al-Fatihah for them and other Martyrs. And may Allah help oppressed people in Bahrain and all over the world.

Petua : 88 kali " Ya Halim " setiap hari untuk ketenangan dan kesabaran berhadapan kemusykilan-kemusykilan.

Solawat...