Wednesday, 7 September 2011

A Visit To RAMADAN HOLY QURAN ISLAMIC ART & CALLIGRAPHY EXHIBITION




RAMADHAN HOLY QURAN ISLAMIC ART 
& CALLIGRAPHY EXHIBITION
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
13th - 20th August 2011

KERATAN AKHBAR : SINAR HARIAN















The Holy Quran ascribed to the handwriting 
of the Immaculate of Imam (A.S)





























Hadits : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w akhlak beliau adalah Al-Qur'an.

Imam Ali a.s : Berhati-hatilah kamu tentang Al-Qur'an.Janganlah selain kamu mendahuluimu di dalam beramal dengannya.

Imam Ja'far As-Sadiq a.s : Al-Qur'an adalah perjanjian Allah dengan makhluknya.Selayaknya seorang yang beriman melihat dan membaca dari Al-Qur'an paling sedikit lima puluh ayat sehari.

Imam Sadiq a.s : Sewajarnya bagi orang yang beriman meninggal dunia dalam keadaan mempelajari Al-Qur'an atau sedang mengajarkannya.

SOLAWAT

Tuesday, 6 September 2011

Tokoh Falak Malaysia meninggal dunia. Alfatihah




                                                    
                                             Balai Cerap Khawarizmi Melaka ( Hiasan )

Jalan-jalan pembuktian awal bulan:
1.Individu itu sendiri melihat anak bulan.
2.Dua orang yang adil memberi penyaksian yang mereka melihat anak bulan.
3.Tersohor yang anak bulan telah kelihatan dan mendatangkan ilmu tentangnya.
4.Telah berlalu 30 hari bulan yang lepas.
5.Hakim (Syar’ie)telah menjatuhkan hukum awal bulan. (Istifta’  Ayt Uzma Sy.Ali Khamene’i J 848)

Skala bagi awal bulan ialah anak bulan yang tenggelam setelah terbenam matahari dan ia dapat dilihat sebelum terbenam matahari.Maka itu anak bulan yang tenggelam sebelum terbenam matahari atau serentak dengan terbenam matahari adalah tidak memadai. (Istifta’ Ayt Uzma Sy.Ali Khamane’i  J 834 )

Tidak ada beza samada melihat anak bulan menggunakan alat atau melihat dengan cara biasa(tanpa alat)kedua-duanya adalah  muktabar kerana garis panduannya ialah tajuk ‘’melihat’’ nya itu terpelihara.Maka itu melihat dengan mata kasar atau cermin mata atau teleskop hukumnya adalah sama.Ya,melihat gambar anak bulan melalui pantulan ke komputer yang tidak maklum tajuk melihatnya kedudukannya adalah bermasalah. (Istifta’  835)

Awal bulan tidak dapat ditentukan melalui takwim-takwim dan perkiraan-perkiraan saintifik ahli-ahli    Falak kecualilah terhasil keyakinan dari kata-kata mereka. (Istifta’ J 844 & 848 )

Jika awal bulan telah terbukti di sesebuah kota,ianya adalah memadai bagi kota-kota lain yang berdekatan dan begitu juga kota-kota yang  jauh yang sama ufuk dengannya…(Istifta’ J 837,839,840)

Nota: AlFatihah untuk Allahyarham Tokoh Falak Malaysia Ustaz Md.Adnan Md.Daud 72 tahun yang pulang ke Rahmatullah pada 5 Sept 2011 di Institiut Jantung Negara KL.Beliau telah bertugas sebagai Ketua Unit Falak JAKIM selama 10 tahun.Allahyarham telah menulis buku-buku Falak seperti Kaedah Panduan Falak Syarie dan Kaedah Panduan Awal Hijrah disamping menterjemah kitab hadits Bulughul Maram ke Bahasa Melayu.


SOLAWAT

Sunday, 4 September 2011

Takziah pemergian Allahyarham Noramfaizul






Propagasi /penerangan/Dakwah ialah memperkenalkan kebaikan-kebaikan dan mendorong untuk melakukannya dan mencoret keburukan-keburukan serta menunjukkan jalan untuk menghindarkan diri darinya dan menghalangnya.Ini adalah asas yang sangat penting di dalam Islam yang mulia.
                                                                                                                                            Imam Khomeini
Propagasi/Dakwah ialah satu kerjaya dan teknik bahkan satu disiplin ilmu yang perlu diajar…Kerap berlaku disebabkan tidak menguasai kaedah Dakwah yang betul seseorang itu berkata sesuatu tetapi disimpulkan dengan sesuatu yang ia mahu hindarkan bertentangan dengan apa yang ia maksudkan tanpa ia menyedarinya ataupun ia keluar berdakwah tanpa psikologi dakwah/penerangan dan berbicara dengan masyarakat tidak dengan bahasa mereka.
                                                                                                                                        Ayt Ali Khamane'i

Propagasi/Dakwah Islam ialah menterjemahkan pemikiran dan sistem kehidupan Islam.

                                                                                                                                                    Syed Qutb                                                                             

Propagasi /Propaganda ialah metod-metod yang berkait mengait antara  satu sama lain untuk menggerakkan dan memberi  hala tuju kepada anggota-anggota masyarakat dan individu kepada satu matlamat tertentu samada  berbentuk politik atau militari atau kebudayaan atau…samada menepati syariat atau tidak syarie.
                                                                                                                                
                                                                                                                                 Mabani Tablighat

Takziah kepada semua warganegara Malaysia sempena terkorbannya Wira Tanahair Allahyarham Noramfaizul Mohd.Nor jurukamera Bernama TV di dalam misi bantuan kepada rakyat Somalia khasnya kepada kaum keluarga beliau dan semua warga media dan penerangan.ALFATIHAH dan begitu juga jurukamera TV3 yang menerima kecederaan Aji Saregar Mazlan didoakan kesembuhan segera.SOLAWAT. 

SOLAWAT

Saturday, 3 September 2011

Pesan Ayatullah Uzma Behjat kepada Sunni dan Syiah






      Jika dua pihak bertembung dan bertempur dan salah seorang anggota dari salah satu pihak bertindak menculik komander yang lainnya,pihak yang kehilangan ketua pemerintah dan komandernya berhadapan dengan dua pilihan : Samada menyerah kalah atau terus berperang menentang  musuh dengan ketiadaan ketua pemerintah.

      Kita umat Islam berhadapan dengan Kuffar beginilah keadaan kita kira-kiranya.Orang-orang Islam tidak mempunyai seorang pemimpin @ ketua turus di mana mereka berada di bawah panji-panjinya: kerana orang-orang Sunni langsung tidak percayakan Imam dan Syiah pula walaupun percaya kepada Imam tetapi secara amalannya dan keadaannya tidak ubah seperti orang-orang Sunni tiada bezanya

      Maka itu pada ketika ini apabila semua umat Islam baik Syiahnya atau Sunni apabila akidahnya dan amalannya tidak punya pemimpin Apakah mereka tidak perlu untuk duduk bersama-sama dan mencari jalan keluar?! Apakah mereka tidak perlu berjaga-jaga dan berwaspada ?! Apakah mereka tidak perlu duduk dan mencari jalan untuk berjaga-jaga bagaimana dapat selamat dari angkara musuh agar agama,dunia dan pegangan mereka terpelihara ?!

      Di antara jalan-jalan memelihara dan berwaspada ialah,Pertamanya : Jangan termakan dek tipu daya Kuffar.Keduanya : Apa yang kononnya mereka hadiahkan kepada kita-sehingga kita tertarik kepada mereka sehingga menguasai kita dan kepentingan-kepentingan kita dan terus menzalimi kita-jangan kita terima.

SOLAWAT





Friday, 2 September 2011

Zuhud dan Pejuang Kebebasan dan Kemerdekaan







من رغب فيها و طال فيها أمله أعمى اللّه قلبه بقدر رغبته فيها

‘’Sesiapa yang asyik di dunia dan panjang angan-angannya Allah membutakan hatinya sebanyak kecenderungannya kepada dunia’’ dan begitu juga sebaliknya bagi orang yang zuhud di dalam kehidupannya dan tidak cintakan dunia ini celiklah hatinya dan dikurniakan ilmu tentang sesuatu yang tidak ia ketahui akannya.

Zuhud lawannya ‘’Raghbah/cenderung dan cinta dunia’’adalah tingkatan di atas ketakwaan dan di atasnya ialah tingkatan wara’,yakin dan ridha.

أيّها النّاس ,الزّهادة قصرالأمل و الشّكر عند النّعم و الورع عند المحارم

Imam Ali a.s : …Zuhud ialah pendek angan-angan,bersyukur ketika mendapat nikmat-nikmat dan menjaga diri berhadapan perkara-perkara yang haram.

Imam Ali a.s : Zuhud dapat disimpulkan dengan dua ayat Al-Qur’an.Firman Allah

  لكى لاتأسو ا على ما فاتكم

Agar kamu tidak kecewa dengan apa yang telah berlalu ( yang tidak menyenangkanmu )

 ولاتفرحوا بما اتاكم

Dan jangan kamu bergembira dengan apa yang dikurniakan  Allah kepadamu.

Diantara falsafah zuhud ialah kebebasan dan kemerdekaan kerana tidak berkeperluan adalah skala bagi kebebasan.Para pejuang kebebasan dan kemerdekaan adalah orang-orang yang ringan bebanan dan pantas pergerakan maka itu mereka berzuhud dan berpada dengan apa yang ada,meminimakan keperluan-keperluan diri dan membebaskan diri dari belenggu-belenggu benda.

MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA!

SOLAWAT

Thursday, 1 September 2011

Merdeka !





  
ألنّاس عبيدالدّنياوألدّين لعق على ألسنتهم يحوطونه ما درّت معايشهم
فاذا محّصوا بالبلاء قلّ الدّيّانون

Manusia adalah hamba-hamba dunia ini dan agama adalah sebutan-sebutan di lidah mereka dan selagi ianya menampung kepentingan hidup mereka, mereka bersama-sama nya dan apabila mereka didatangi bala dan ujian betapa sedikitnya tinggal orang-orang yang beragama.( Imam Husein a.s )


لاتكن عبد غيرك قد جعلك اللّه حرّا

Janganlah kamu menjadi hamba kepada orang lain kerana Allah telah menjadikan kamu orang yang merdeka. ( Hadits )

الطمع رقّ مؤبّد

Tamak haloba kepada dunia adalah perhambaan yang berkekalan. ( Imam Ali a.s )

فاطلب في نفسك حقيقة العبوديّه فاذا اردت العلم…

Untuk  mendapatkan ilmu Nur  tuntutlah di dalam dirimu hakikatnya Ubudiyyah

-Iaitu tidak menyangka dirinya pemilik hakiki bagi segala pemberian Allah kepadanya.
-Tidak mentadbir bagi dirinya bercanggah dengan tadbir yang telah ditetapkan Allah.
-segala urusannya hanyalah tertumpu kepada usaha untuk  mentaati perintah Allah dan menjauhi  segala laranganNya.

Inilah permulaan Takwa

Nota : Merdeka ialah bebas dari belenggu  hawa nafsu.
            Merdeka ialah bebas dari menjadi hamba sesama  manusia.
            Merdeka ialah bebas dari ikatan dunia.
            Merdeka ialah apabila seseorang itu secara hakikatnya adalah seorang Hamba kepada Yang                                                                          
            Maha Berkuasa  Pemilik  alam semesta.
  
Selamat  Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 54 semoga kita mengorak langkah menuju
  Kemerdekaan dalam ertikata sebenarnya.Allahu Akbar.
  SOLAWAT

Tuesday, 30 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri





Rasulullah s.a.w : Dinamakan Syawwal kerana di dalamnya berguguran dosa-dosa para mukminin.

Imam Ali a.s : Ia adalah Hari Raya bagi orang yang Allah menerima puasanya dan mensyukuri  Qiyamnya ( di malam hari ) dan setiap hari yang tidak dilakukan dosa kepada Allah adalah Hari Raya.

Imam Redha a.s : Dijadikan hari Fitri sebagai Eid ( Hari Raya ) supaya ada perhimpunan bagi  Muslimin,mereka berhimpun pada hari tersebut dan keluar kerana Allah Azza Wa Jalla,memuji-muji Allah di atas pemberian Allah kepada mereka maka ianya sebagai Hari Raya dan Perhimpunan,hari Fitrah dan Zakat,hari kesungguhan dan Permintaan ( kepada Tuhan ).

Imam Hasan a.s : Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menjadikan bulan Ramadhan medan perlumbaan bagi makhluknya,mereka berlumba di dalamnya mentaati ( Allah ) bagi keredhaanNya lalu mendahului di dalamnya satu golongan maka mereka berjaya dan ketinggalan yang lainnya maka mereka  tersia dan teramatlah pelik orang yang bergelak ketawa bersuka-suka pada hari yang diberi ganjaran di dalamnya orang-orang yang berbuat kebaikan dan rugi orang yang menyia-nyia…

*** Teramatlah penting untuk bertawassul kepada Nabi s.a.w dan Ahlul Bait yang disucikan Allah*** serta meminta Syafaat..supaya ditampung kekurangan dari yang sepatutnya pada bulan Ramadhan  yang suci,supaya kejelekan ditukar ganti dengan kebaikan-kebaikan dan sampai ke derajat ketinggian.

                                                  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

maaf zahir dan batin