Thursday, 9 March 2017

PondokModenCyber : alQadr


Bismillahirrahmanirrahim

PondokModenCyber : Surah alQadr

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
soalan : 1)Terjemahkan
Surah al Qadr (2)Terangkan secara ringkas kandungannya.
Nota:
INNA ANZALNAHU...: KANZUL QUR'AN ( Inna Anzalna : The treasure of the holy Qoran )

    Telah diriwayatkan dari Imam Muhammad Baqir a.s ( Putera Imam Zainul Abidin yang menyaksikan pembantaian keluarga Nabi s.a.w di Padang Karbala ketika berusia 5 tahun ) : Sesiapa yang menghafal Surah Al-Qadr , telah menghafal seluruh ilmu ( Biharul Anwar ) Dan Allah Taala enggan sekiranya Arash dan Kursi di dalam timbangan mizan lebih berat dari orang yang membaca Surah ini manakala pahala orang yang membacanya tidak ada yang menulisnya selain Allah Taala dan tidak ada yang mencabut Ruhnya kecuali Allah Taala dan jika ia membacanya pada pagi hari seribu malaikat akan menjaganya sampai ke malam hari dan jika ia membacanya pada malam hari seribu malaikat akan menjaganya sehingga ke pagi.

    Pahala membaca Surah Al-Qadr seperti pahala beramal dengan Al-Quran. Bagi Surah ini lidah dan dua bibir dan Allah Taala telah meniup Ruh di dalam Surah ini seperti ditiup pada manusia " Nafakhtu Fihi Min Ruhi " dan Surah ini berada di Baitul makmur dan bertawaf mengelilinginya setiap hari seratus ribu malaikat dan menghormati Surah ini sepertimana Surah ini berada di tiang-tiang Arasy yang seratus ribu malaikat bertawaf mengelilingi setiap tiangnya sehingga ke hari kiamat dan Surah ini berada di dalam khazanah rahmat Ilahi.

     Telah dinukilkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa membaca Surah Al-Qadr adalah seperti berpuasa bulan Ramadhan dan menghidupkan lailatul Qadr.

Dari Imam Sadiq a.s : Pada hari kiamat satu Nur bergerak di hadapan orang mukmin seperti firman Allah " Yas'aa Nuruhum Baina Aidiihim ".

     Barangsiapa membaca 76kali Surah Al-Qadr adalah baginya pahala yang tidak terhingga seperti di dalam riwayat.

     Membaca Surah Al-Qadr berkesan untuk panjang umur , Hidayat , bayar hutang dan kemenangan ke atas musuh dan sentiasa membacanya membawa berita-berita gembira kepada manusia dan berkesan untuk menemukan barang yang hilang. Seperti yang diungkapkan di dalam riwayat menghafal dan membaca Surah ini ialah menghafal keseluruhan ilmu.

    Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Asadullahil Ghalib singa Allah yang memang Babu Madinati Ilmir Rasul pintu kota ilmu Rasul s.a.w ketika mentafsirkan kalimat ilmu berkata : " Ain " nya ilmu adalah dari illiyyin yang membawa manusia ke alam -alam atas dan tingkatan-tingkatan kerohanian yang merupakan khazanah terbesar.

    " Lam "nya ilmu adalah isyarat kepada Lutf ( anugerah / grace ) Ilahi. " Mim " nya ilmu adalah petunjuk kepada Mulk ( Kekuasaan dan kerajaan ). Dunia dan akhirat.
( Kitab Ikhtisas )

     Inilah makna " Likulli Syai'in Kanzun wa Kanzul Qur'an Inna Anzalnah..." bagi setiap sesuatu ada khazanah harta dan khazanah harta Al-Quran adalah Inna Anzalna...

Petua : Menulis " Bismillahir Rahmanir Rahim " di bahagian atas pintu rumah supaya terselamat dari kemusnahan .

Friday, 3 March 2017

PondokModenCyber : Fiqh : Kronologi istilah Ijtihad


Bismillahirrahmanirrahim


PondokModenCyber

Kronologi istilah Ijtihad

Fiqh


Apabila seseorang itu beriman kepada Allah , agama Islam dan syariat dan ia mengetahui yang dirinya dipersoalkan sebagai seorang hamba Tuhan agar mentaati hukum-hakamNya maka ia berkewajipan untuk menyesuaikan tingkah lakunya dengan syariat Islam di dalam berbagai bidang kehidupan. Oleh itu adalah semestinya seseorang itu menentukan Mawqif amali /pendiriannya dan tahu bagaimana dan apa yang sepatutnya ia lakukan pada setiap keadaan.
            Jikalau sekiranya hukum-hakam syariat itu jelas sejelas-jelasnya bagi semua pada setiap keadaan sudah pasti mudah bagi setiap orang untuk menentukan tanggungjawabnya yang sepatutnya ia lakukan dan tidaklah memerlukan perbahasan ilmiah dan kajian yang meluas tetapi faktor-faktor yang berbagai diantaranya jarak masa yang jauh dari era Tashrik yang diantaranya faktor-faktor pemalsuan yang terjadi pada nash-nash syarie dan diantaranya situasi Taqiyyah yang mana para Imam a.s hidup ketika itu, menyebabkan tidak jelasnya sebahagian besar dari hukum-hakam syariat.    
            Berdasarkan ini adalah perlu untuk diasaskan satu disiplin ilmu yang mengenepikan kesamaran tanggunjawabnya berhadapan syariat pada setiap peristiwa dengan menegakkan dalil-dalil untuk menentukannya.
            Maka telah wujud ilmu Fiqh untuk memikul tanggungjawab ini yang menentukan tanggungjawab syar'ie secara berdalil yang dipikul oleh para Fuqaha dan inilah yang disebut "gerakan istinbat hukum syarie "عملية استنباط الحكم الشرعي dan boleh ditakrifkan ilmu Fiqh sebagai "ilmu istinbath hukum-hakam Syarie"
            Menentukan tanggungjawab amali dengan berdalil didalam ilmu fiqh berlaku dengan dua uslub atau metod :

Pertama: Penentuan Mawqif amali atau pendirian amali dengan menentukan hukum syarie.

Kedua: Penentuan Wazifah@tanggungjwb Amaliah berhadapan hukum yang disyaki setelah semakin kukuhnya syak dan terdapat keuzuran menentukan hukum syar'ie.
            Dalil-dalil yang digunakan  didalam uslub pertama dinamakan Adillah atau Adillah Muhrizah (ادلّة محرزة) yang dengannya dizahirkan hukum syar'ie.

 Manakala uslub kedua,dalil-dalil menentukan wazifah Amaliah dinamakan Adillah Amaliah (ادلّة عمليه) atau usul Amaliah. Dengan kedua-dua uslub atau metod seorang faqih mengamalkan istinbat hukum syarie atau menetukan موقف عملي  dengan berdalil.




Apakah empunya syariat (شارع) mengizinkan gerakerja ijtihad?

Sebenarnya perkara ini tidak perlukan persoalan kerana haruskah tidak ممارسة عملية الاستنباط (pengamalan gerakerja mengeluarkan hukum syara') ini adalah jelas kerana ia bermakna menentukan Mawqif amali (pendirian amali) secara berdalil berhadapan dengan syariat. Oleh kerana hukum-hukum syariat kebiasaannya tidaklah jelas sehinggakan tidak memerlukan dalil maka adalah tidak rasional mengharamkan keatas umat manusia keseluruhannya dari menentukan pendirian amalinya secara berdalil.
Timbulnya ikhtilaf tentang ijtihad disebabkan kesamaran kerana kalimat "ijtihad" itu sendiri melalui peristilahan yang berbagai di dalam sejarahnya.
"Ijtihad " dari segi lughawi dari kalimat "Juhd" bererti bertungkus lumus untuk melakukan sesuatu dan telah digunakan buat pertama kalinya didalam bidang Fiqh untuk mengungkapkan satu kaedah dari kaedah-kaedah madrasah fiqh sunni yang dipelopori oleh madrasah Abu Hanifah dimana, sesungguhnya faqeh apabila hendak mengistinbath hukum syar'ie dan tidak menemui nas didalam kitab atau sunnah maka ia merujuk kepada "ijtihad "menggantikan nas.Ijtihad disini yakni Tafkir Syakhsi (pandangan peribadi). Oleh itu faqeh apabila tidak mendapat Nas , ia merujuk kepada pemikirannya yang khas dan ia meletakkan Tashrik diatas apa yang ada tarjih didalam fikiran peribadinya dan perkara ini juga disebut Ra'yu (الرأي)
Madrasah-madrasah besar didalam Fiqh Sunni mengajak untuk berijtihad dengan makna ini yang senarai teratasnya ialah madrasah Abu Hanifah dan dalam masa yang sama berhadapan dengan penentangan hebat dari para imam Ahlul Bait as dan para Fuqaha Madrasah Ahlul Bait a.s (Wasail J 18)
Penggunaan makna ini bagi kalimat "ijtihad" adalah sejak zaman para Imam Ahlul Bait a.s sehingga kurun ketujuh dan terdapat penulisan yang mengecam sumber Fiqh sebegini di zaman para Imam a.s.
Abdullah bin Abd Rahman Azzubairi menulis kitab
 الاستفادة في الطعون على الأوائل و الردّ على اصحاب الاجتهاد و القياس
Hilal bin Ibrahim bin Abil Fath Madani Ismail bin Ali bin Ishak bin Abi Sahl Naubakhti pada zaman ghaibah Sughra atau sebelumnya.
Assadiq setelah ghaibah sughra pertengahan kurun ke-4 meneruskan kecaman 
.Syaikh Mufid pada akhir kurun ke 4 begitu juga Sayed Murtadha pada awal kurun ke 5.
Syaikh Tusi yang wafat pertengahan kurun ke 5.
 Ibnu Idris pada akhir kurun ke 6.
Tetapi walaubagaimanapun kalimat ijtihad ini telah mengalami perubahan didalam istilah Fuqaha' kita seperti mana Muhaqqiq Hilli (wafat 676H) apabila menulis tentang hakikat ijtihad bahawa ianya dikalangan uruf Fuqaha' bermakna berusaha mengeluarkan hukum-hukum Syar'ie. Maka itu mengeluarkan hukum-hakam dari dalil-dalil syarak adalah ijtihad. Oleh itu mungkin kita tafsirkan sikap sekumpulan ulama kita yang menetang kalimat ijtihad yang memikul makna yang pertama dan ini adalah berbeza dari ijtihad makna kedua.
Maka itu harusnya berijtihad dengan makna amaliyyat istinbath adalah satu perkara yang jelas sekali.



 solawat

Friday, 24 February 2017

PondokModenCyber :.. Ambo budok baru belaja Falsafah : Kuliah Falsafah 1 ( Bhg 2 )


Bismillahirrahmanirrahim


sambungan kuliah Falsafah ( Kuliah 1 )

Bhg 2 ( kuliah Hjt Fayyazi)



...........Haji Sabzewari di dalam kitab Manzummah mengungkap alam matter sebagai….. Dari pandangan filosof alam maddah adalah tidak ubah seperti batu مثانه didalam kewujudan manusia. Kalau kita ibaratkan seluruh kewujudan sebagai manusia , alam matter ini nilainya adalah sama seperti batu مثانه di dalam kehidupan manusia yakni seluruh kewujudan lebih tinggi dari apa yang kita lihat dan rasai dengan indera kita. Ianya adalah satu bahagian yang sangat kecil dari seluruh kewujudan  oleh kerana alam matter adalah tingkatan yang terendah dari seluruh kewujudan maka ilmu yang membincangkan tentangnya mereka namakan falsafah terakhir (yakni yang terkemudian dan yang lainnya) dan matematika oleh kerana ada kaitan dengan alam matter.
        Digit , حجم , garisan dan satah عارض kepada alam matter ini dan benda-benda wujud di alam matter walaupun ia sendiri bukan material, ia sebenarnya duduk di tengah falsafah ilahi dan hikmat Tabiiy. Ianya adalah sesuatu yang bukan maddah (matter) tetapi عارض dan mendatangi matter. Ini kesemuanya falsafah teori (Nazari).
        Falsafah yang istilah mula-mulanya dikatakan kepada keseluruhan pengetahuan manusia dengan pembahagian menyeluruh di bahagikan kepada falsafah teoris dan falsafah praktis.
       Tetapi falsafah amali (praktis) bukan berkenaan perkara-perkara yang diketahui.Topik perbahasannya ialah apa yang mesti dilakukan. Topiknya ialah amalan dan perbuatan. Apa yang mesti dan jangan dibuat .Ini terbahagi kepada tiga bahagian oleh kerana kerja-kerja yang mesti dan jangan dibuat ada tiga bahagian. Satu bahagian berkaitan dengan aspek individu manusia yakni manusia في حد نفسه  di dalam hukum-hukum perseorangan apakah kerja-kerja yang mesti dan jangan dilakukan. Ini dinamakan akhlak. Sifat-sifat apakah yang perlu ia punyai dan tidak punyai. Satu bahagian seseorang itu didalam keluarga,didalam masyarakat kecil ini apa yang perlu dan jangan dibuat.  Pengetahuan ini dinamakan pengurusan rumahtangga. Satu bahagian lagi berkenaan pemerintahan apa yang perlu dilakukan oleh pemerintah dan rakyat punya tanggungjawab apa berkaitan dengan pemerintahan. Ini dinamakan siasah negara (سياسه مدن). Setiap ilmu yang ada tidak terkeluar dari falsafah dengan makna umum ini yang terbahagi kepada dua bahagian teoris dan praktis yang kedua-duanya terbahagi kepada beberapa bahagian.Maka itu kitab-kitab falsafi yang telah ditulis oleh orang-orang terdahulu hatta para hukama Islam terdapat semua perkara-perkara ini. Ada yang masih di tangan kita dan ada yang telah dilupai kerana tidak dicetak. Contohnya Tabiyyat ada di dalam Manzumah, syifa dan di dalam kitab-kitab falsafi yang lain begitu juga ada akhlak.
      Istilah kedua falsafah ialah setelah berpisahnya ilmu-ilmu, falsafah telah bercabang. Dahulu dikatakan falsafah tabii yang mana setiap ilmu berkenaan tabiat dimasukkan didalamnya.Tetapi sekarang matter yang tidak bernyawa telah menjadi topik bagi ilmu fizik. Fizik yakni Tabiat. Dahulu dikatakan falsafah Tabiat sekarang nama itu juga telah diberi kepada satu bahagian sahaja dari falsafah dahulu.
      Falsafah tabii dahulunya merangkumi fizik, kimia, nujum, geologi, kajian tumbuhan apa sahaja ilmu yang ada hari ini dirangkumi oleh falsafah tabii. Semuanya ilmu-ilmu empiris (ilmu-ilmu Tajrubiy) oleh kerana membincangkan persekitaran alam matter dan falsafah tabii membincangkan tentang tabiat (nature).                                                               
       Kemudiannya disebabkan meluasnya eksperimen dan banyaknya permasalahan ilmu-ilmu ini. Dahulu fizik yang berada di bawah falsafah tabii hanya mempunyai sepuluh permasalahan tetapi sekarang satu juta masalah.Inilah perkembangan ilmu.
       Matematika pada suatu masa belum ditemui aljebra Cuma ada empat perkara asal seperti تناسب dan lain-lain kemudian datang Khawarizmi mengemukakan Aljebra. Oleh kerana topiknya adalah digit maka ditambah kepada masalah-masalah matematika.
    Inilah maknanya penyempurnaan ilmu……Maklumat-maklumat lebih rumit ditambah kepada maklumat-maklumat terdahulu kalau dengan makna pergerakan ilmu tidak sekali-sekali bergerak seperti biji benih bergerak menjadi pohon.
     Maka itu istilah pertama falsafah dikatakan kepada semua pengetahuan manusia.Istilah yang lainnya setelah ilmu-ilmu empiris berpisah dari falsafah , matematika juga dikemukakan sebagai ilmu yang berasingan, falsafah telah dikatakan sebagai satu bahagian dari falsafah nazari yang terdahulu. Bahagian Tabiyyat telah terkeluar dari falsafah Nazari dahulu, begitu juga bahagian matematika dan tinggal bahagian pertamanya yang dipanggil falsafah atau hikmat ilahi yang membincangkan hukum-hukum umum kewujudan dan bila dikatakan Bidayah kitab falsafah yakni membahaskan tentang falsafah اولى berhadapan falsafah وسطى,اخره dan hikmat amali dan methodnya adalah method Taakuly kerana dahulu terdapat method-method berbeza. Didalam tabiiyat method eksperimen diguna di dalam falsafah ilahi istidlal dan borhan Aqly diguna dan di dalam pengurusan rumah , akhlak atau politik kenegaraan methodnya taabud kepada syara' atau wahyu.Sekarang falsafah yang dikhaskan kepada bahagian ini , bahagian ini dari awal mengguna method Aqly, memahami majhul.Dari maklum memahami Maarif Nazari melalui Maarif Badihi,kerana falsafah ini membincangkan hukum-hukum universal kewujudan. Wujud secara mutlak yang tidak dapat digunakan eksperimen. Apa yang boleh diuji adalah sesuatu yang dapat dilihat dengan مشاهده , eksperimen atau makmal tetapi wujud secara mutlak tidak dapat dilihat. Masalah-masalah disebalik  tabiat tidak dapat diuji , maka methodnya adalah Aqly.
       Maka itu bila dikatakan falsafah berhadapan ilmu.Ilmu adalah ilmu yang dibuktikan atau dinafikan dengan method empirik تجربي dan falsafah dengan method Akly.
            Sedangkan ilmu pada pandangan kita ialah sesuatu yang diketahui dan difahami samada dinamakan falsafah atau ilmu empirik oleh kerana falsafah bukan kejahilan bahkan asas kepada ilmu-ilmu yang lain dan kalau falsafah dibuang , ilmu-ilmu yang lain tidak mempunyai topik kerana didalam falsafah dinafikan berbagai maktab-maktab pandang dunia yang menyelereng yang salah satunya idealist yang mengatakan tidak ada suatu pun di dalam alam ini. Kalau anda tidak bersama falsafah adan tidak nafikan maktab ini, fizik juga tidak bakal anda punyai kerana fizik membahaskan tentang benda yang tidak bernyawa dan idealist mengatakan tiada ماده yang tidak bernyawa sama sekali.
         Pertama sekali kamu perlu buktikan adanya matter yang tidak bernyawa didalam falsafah yakni nafikan idealist dan buktikan maktab realism kemudian barulah ilmu-ilmu lain dapat mara ke hadapan dan membahaskan topik masing-masing. Jika tidak topik mereka setidak-tidaknya punya keraguan, dan sesuatu yang diragui tidak punya nilai untuk dibahaskan.
        Walau bagaimanapun selain dua istilah falsafah tadi ada istilah yang lain contohnya falsafah ilmu. Falsafah fizik, falsafah perundangan, falsafah psychology yakni falsafah disebut sebelum ilmu-ilmu. Falsafah yang disebut begini tidak ada kaitan dengan falsafah makna pertama atau kedua.Ia punya makna lain. Kadangkala ia ditambah kepada fizik. Topik fizik adalah matter yang tidak bernyawa. Dibahas tentang aksi dan reaksi dan perubahan matter yang tidak bernyawa dibahas dengan bentuknya yang berbeza. Fizik yang membahas tentang topik begini jika datang seorang cendekiawan dan letak dibawah kanta pembesar yakni ilmu fizik itu sendiri menjadi topik perbahasan ilmuan ini seperti mana topik fizik ialah matter yang tidak bernyawa. Fizik ini sendiri menjadi topik kepada ilmu atau perbahasan yang lain ini dikatakan falsafah fizik yakni ilmu yang melaporkan tentang fizik. Yakni apakah topik fizik , istidlal fizik bagaimana kaitan diantara masalah-masalahnya, apakah fizik ilmu yang meyakinkan atau tidak meyakinkan dan lain-lain seperti ini.
        Begitu juga undang-undang fiqh dan lain-lain. Ini adalah makna falsafah yang timbul mutakhir ini. Ada satu istilah falsafah juga di kalangan ramai digunakan. Contohnya apakah falsafah puasa maknanya kenapa puasa wajib dari segi syarak , falsafah solat musafir dua rakaat yakni apa sebabnya apakah hikmatnya. Apa tujuan Allah wajibkan ini?
        Sekarang kita kembali kepada istilah kedua, kita kembali kepada kitab kepada muqaddimahnya hikmat Ilahi yang kita namakan falsafah adalah satu satu bahagian dari falsafah yang menyeluruh itu. Takrifnya: Ilmu yang membincangkan hal ehwal wujud.
      Wujud adalah topiknya yang dibincangkan bukan wujud yang khas yakni   جسم (body). Bukan جسم yang khas seperti جسم yang tidak bernyawa. Diatas perkara-perkara ini yakni wujud secara umum. Apakah kewujudan ini didalamnya ada satu maujud yang wajib atau tidak. Apakah bahagian-bahagian wujud yang berbeza. Apakah ada wujud مجرّد  (non material), material, atau بالقوّة, wujud بالفعل wujud سابق, wujud لاحق.
      Wujud ini tingkatan-tingkatannya apakah sama atau berbeza? Apakah semua yang wujud punyai kewujudan yang satu tahap ataupun wujud tidak dibahagikan , sementara di kalangan benda-benda wujud tetapi benda-benda wujud punya kewujudan pada tingkatan yang berbeza. Satu punya kewujudan yang lebih, satu lagi kurang. Ini adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan falsafah, maka ia adalah ilmu yang bahaskan tentang hal ehwal wujud. Ada yang takrifkan : ilmu yang membahaskan tentang hal ehwal maujud. Maujud yakni sesuatu yang punya wujud contohnya kitab adalah maujud. Oleh itu ilmu yang membahaskan tentang kitab adakah ia falsafah? Tidak. Kita katakan falsafah adalah ilmu yang membahaskan tentang seluruh kewujudan.
        Falsafah ialah ilmu yang membahaskan tentang hal ehwal wujud. Kitab ini selain kewujudan, mempunyai khususiat yang lain. Yakni khususiat kekitabannya, mempunyai kulit, keputihan , kehitaman punya حجم yang sedemikian.Disini dibawa satu قيد ia adalah ilmu yang bahas tentang hal ehwal maujud بماهو موجود  maujud dari segi ianya maujud, yakni dari segi kewujudannya. Kalau ia  جسم kita tidak punya urusan dengan jasmaninya segi-segi yang lain tidak diperhatikan. Yakni topik ialah wujud بماهو موجود  الموجود adalah ungkapan lain bagi wujud seperti yang dikatakan oleh Bahmanyar bila memberi takrif falsafahاعني الوجود  هو العلم الباحث عن احوال الموجود بما هو موجود ini adalah ilmu yang membahaskan tentang hal ehwal wujud. Ilmu yang membahaskan tentang hal ehwal umum kewujudan. Dari takrif ini kita faham topiknya yakni wujud yang dibahaskan disekitarnya. Tujuan falsafah membezakan benda-benda yang sebenarnya wujud dari benda-benda yang tidak sebenarnya wujud. Apabila anda faham khasiat dan sifat-sifat wujud didalam falsafah maka dapat anda bezakan benda-benda yang sebenarnya wujud di alam luar dari benda-benda yang tidak punya realiti (وهمي) semata-mata tawahhum atau dari benda-benda yang I'tibary (benda-benda yang tidak punya realiti tetapi para ahli akal untuk kegunaan kehidupan sosial meletakkan kesan yang real kepada benda-benda itu walaupun tidak punya reality. Ini dikatakan I'tibary. Ahli-ahli akal meletakkanya seolah-olah wujud yang real.
        اعتبره العقلاء واقعيّا (Ahli-ahli akal mengiranya sebagai sebenar (real)), walaupun bukan real, kerana kalau real tidak perlu perletakan dan I'tibar. Contoh pemilikan sesuatu bukan sesuatu real atau hakiki yang wujud diluar.Buku ini sebelum anda beli kepunyaan tuan kedai buku. Kamu beri wang kepada penjual , ahli-ahli akal kata kamu telah menjadi pemiliknya. Syarak juga kata sepertimana ahli-ahli akal.
احلّ الله البع و حرّم الربا       (Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba). Tetapi kitab ini dari pandangan filosof .Ketika ia dikedai buku dengan ketika ada pada anda kewujudannya tidak berbeza sama sekali sepertimana anda juga tidak berbeza dan pemilikan ialah perletakan yang diletakkan ahli akal apabila seseorang itu beli sesuatu. Benda itu menjadi dibawah penguasaannya, tidak lebih. Orang lain tiada hak penguasaan.
       لا يحل مال امرء مسلم الاّ بطب نفسه Harta muslim tidak halal bagi orang lain kecuali ia sendiri beri kerelaan. Dengan kanun ini yang meluluskan kamu ahli akal mengesahkan pemilikan (ملكيت).
       Walaupun kitab ini tiada kaitan hakiki dengan anda. Kamu ada atau tiada kitab ini tidak berbeza ia menjadi warisan nantinya. Jelas bahwa kitab ini tidak bergantung kewujudannya kepada kamu. Pemilikan I'tibari ini diumpamakan kepada pemilikan hakiki. Ada pemilikan hakiki (مالك يوم الدين). Tuhan pemilik hari pembalasan yang wujud dikuasainya. Timbul dan berkekalannya sesuatu bergantung kepada kewujudannya. Perkara ini terbukti di dalam falsafah apabila perkara ini telah terbukti jelas pemilikan hakiki tidak bermakna Zais dan Ammar berpakat bahawa pemilikan Alam ini bergantung kepada Tuhan dan besok orang lain menjadi pemilik bukan begini. Tuhan pemilik yakni dia adalah Illat yang mewujudkan, yakni kewujudan semua ini darinya Ma'lul sepertimana perlu Illat ketika hendak timbul didalam berkekalannya juga perlukan Illat. Sekarang ini juga kewujudan-kewujudan ini adalah kewujudan yang bergantung.
انها وجوهها هستند كه يك نفوذ قاهرى براينها حاكم است
Begitu juga perkara-perkara وهمى yakni perkara yang  موهوم yang tidak wujud sama sekali hatta para ahli akal pun tidak meletak I'tibar bagi perkara-perkara itu seperti sebenar.Contohnya chance yang walaupun diperkatakan dikalangan orang ramai apabila seorang ahli fikir memerhatinya dan membahaskan illat dan ma'lulnya dan tahu sedikit falsafah akan jelas bahawa chance, اتفاف adalah  perkara yang mauhum(khayalan). Setiap sesuatu itu ada berasaskan illat yang ia punyai samaada illat itu dikenalpasti oleh kita ataupun mengatasi illat-illat ini, Pokok punya illat dan tidak berlaku secara kebetulan seperti hantu atau gergasi dikalangan orang ramai adalah perkara-perkara mauhum(khayalan) yang tidak wujud dan tidak ada ahli akal yang memberi I'tibar wujud kepadanya. Kerana ahli-ahli akal kalau hendak memberi iktibar kepada sesuatu hendaklah ada manfaat dan berfaedah dan punya kesan praktikal. Oleh itu tujuan falsafah ialah membezakan benda-benda wujud hakiki dari benda-benda wujud iktibary dan wahmy.
          Adalah jelas (badihi) bagi manusia bahawa ia mengenal dirinya yang ianya wujud kalau seseorang itu mengingkari sesuatu yang lain sekalipun tetapi ia tidak mengingkari dirinya sendiri. Begitu juga jika seseorang itu tidak مغرض (tidak berniat serong) dan tidak gila ia terima bahawa ada sesuatu selain dirinya di luar. Ini adalah satu muqaddimah , maka muqaddimah kedua ialah ia mendapati bahawa selain dari dirinya juga ada. Manusia sentiasa mencari yang sebenar samaada insan yng tinggi fikirannya ataupun anak kecil. Bayi yang mahukan susu bukanlah susu yang mauhum. Dia tidak mahu susu khayalan tetapi susu yang sebenar. Atau kalau seseorang itu takut kepada sesuatu ia takut kepada benda sebenar. Kalau ia takut binatang buas bukan binatang buas khayalan hatta orang kalau takut kepada binatang buas khayalan ia berkhayal bahawa binatang  buas  yang sebenar. Kalau ia sedar bahawa khayalan semata-mata tentunya akan hilang.Maka perkara-perkara sebenarlah yang menarik atau menolak seseorang darinya. Manusia mahukan yang sebenar dan lari dari yang sebenar (perkara-perkara yang real), tetapi betapa manusia yang mahukan perkara-perkara real menganggap benda yang tidak punya reality sebagai sebenar dari dari segi lainnya. Perkara yang real dianggap tidak sebenar ,supaya manusia tidak sedemikian, maka mereka memerlukan satu ilmu. Manusia apabila berbicara melakukan kesilapan maka ilmu nahu (tatabahasa) diperlukan yang dengan mengikut nahu kesilapan dihindari.
       Didalam mantiq kita kata manusia melakukan kesilapan ketika berfikir maka memerlukan ilmu yang dengan mengikutinya dari menghindarkan dari kesilapan ketika berfikir dan beristidlal dan begitu juga manusia dalam mengenalpasti benda-benda sebenar yang wujud melakukan kesilapan apa yang tiada dianggap ada dan apa yang ada dianggap tiada maka perlu kepada ilmu yang menjelaskan apa-apa yang ada dan apa-apa yang tiada.Falsafah adalah perkara sebegini.

Solawat




        

Tuesday, 21 February 2017

PondokModenCyber : Tarikh Imam Hussein ( Kronologi Madinah ke Karbala )


Bismillahirrahmanirrahim

PondokModenCyber : Tarikh Imam Hussein a.s
Imam Hussein journey from Medina to Karbala

  Imam Hussein ke Karbala.




PondokModenCyber : Fikah , pengertian dan istilah


Bismillahirrahmanirrahim

PondokModenCyber : Fekah
Pengertian dan Istilah.
Juristprudence : Meaning and terminology

Soalan :

1.Apakah pengertian :
a.Ilmu Fiqh
b.Fiqh
c.Hukm
d.Hukm Taklifi dan apakah hukum-hukum itu?
e.Hukm Wadh'iy dan berikan contoh-contoh.

Nota:
TqWikishia

Fīqh (Arabic: اَلفِقه) is an Islamic science through which practical laws and religious duties of a person in this world are studied. Jurisprudential laws are extracted from four sources by means of reasoning and research; which are the Qur'an, Tradition, Consensus, and Reason. Fiqh has passed through many phases and periods in both Sunni and Shi'a schools of thought. The common period for both is the period of Tashri' (legislation) which took place during the lifetime of the Prophet (s).

Terms

Fiqh
The word "fiqh" is literally translated as understanding, science, knowledge, genius and acuteness; and conventionally known as a science or knowledge of detailed religious laws or a science of obtaining an understanding of the practical religious duties of a person during the lifetime which is attained through sources, detailed proofs and evidences.

Hukm
Main article: Hukm
In jurisprudential terminology, hukm means judgement of the religion regarding an action of a believer. For instance when it's said that wine drinking is forbidden, Hurmah حرمة is the hukm of this act.

Laws have various categorizations. Two most important types of religious laws are those concerning duties (al-hukm al-taklifi), and those concerning situations (al-hukm al-wad’i). Laws are also holistically categorised into primary and secondary. Provincial and governmental laws are another categorization.

Foto sekadar hiasan masjid kampungku Kuak ,Lenggong Perak.

PondokModenCyber : Topik2 Fikah


Bismillahirrahmanirrahim

PondokModenCyber

Soalan : Sebutkan topik-topik perbincangan ilmu Fikah.

Note:

Chapters of Fiqh
Tqwikishia

Jurisprudential laws are mentioned in various books and are divided into various sections. Each of these sections is commonly called a "book", like "The Book of Tahara", or "The Book of Diyat". These classifications are mostly done by the taste and preference of the authors.

Al-Muhaqqiq al-Hilli's classification in his book Sharayi' al-Islam, mentions 52 books, starting by purification (tahara) and ending with monetary recompense (Book of Diyat). This classification was accepted by most of the later jurists to the extent that the practical books of law were also complied based on this categorization, i.e. they started from laws of purification and ended with laws of monetary recompense and penalties (hudud).

In general, the 52 books can be widely divided into four categories:

Worship ('ibadat); laws of which appear in 10 books and includes purification, Prayer, alms, Islamic tax, fasting, taking seclusion (I'tikaf), Hajj, 'Umra, Jihad, and Enjoining Good and Forbidding Evil.
Contracts ('Uqud); these are agreements whose fulfillment requires the presence of two parties. This branch of laws is spread across 19 books, some of which are the book of trade (Tijara), the book of Rahn, the book of punishment (Hajr) and the book of guarantee (Ziman).
Unilateral Instigations (Iqa'at); these are agreements whose fulfillment requires only one party. Laws pertaining to unilateral instigations are spread across 11 books including divorce (Talaq), reward (Ju'ala), and oath (Nadhr).
Laws which are neither worship, nor agreements requiring recitation of a clause; instead, the command of God is effective in these matters without the recitation of any clause. This group of jurisprudential laws appear in 12 books and cover matters like hunting and slaughtering, inheritance, penalty and financial recompense.

Monday, 20 February 2017

PondokModenCyber : Ahkam Taqlid ( Bhg2 Taklid )


Bismillahirrahmanirrahim

PondokModenCyber : Ahkam Fekah : Bhg-bhg Taklid 1.ibtidai 2.Baqa'i




Taklid kepada mujtahid yang sudah wafat ada dua jenis :
1.Taklid Ibtidai (permulaan): bertaklid kepada seorang mujtahid yang sudah wafat. Artinya, ketika mujtahid tersebut masih hidup, mukallaf belum pernah bertaklid kepadanya. Hukum memulakan taklid kepada mujtahid yang wafat tidak diperbolehkan (ihtiyath wajib).
2.Taklid Baqa'i (penerusan): meneruskan taklid kepada seorang mujtahid yang sudah wafat, sebagaimana dilakukan semasa hidupnya. Artinya, ketika mujtahid itu masih hidup, mukallaf telah bertaklid kepadanya dan meneruskannya ketika mujtahid itu wafat. Hukum bertaklid dengan meneruskan taklid ini diperbolehkan bukan hanya dalam masalah yang pernah diamalkan, tapi berlaku untuk perkara-perkara lain yang belum pernah diamalkannya sebelum ini. (Ajwibah al-Istiftaat, soal 22 dan 41 dan Istifta dari Pejabat Rahbar, bab taklid masalah 4)
Perhatian
?         Dalam taklid baqai atau meneruskan, tidak ada bedanya apakan mujtahid yang wafat itu a'lam (lebih pintar) atau bukan. Karena taklid kepadanya diperbolehkan. Tetapi sebaik-baiknya tidak meninggalkan untuk meneruskan bertaklid kepada seorang mujtahid a'lam yang sudah wafat, berdasarkan ihtiyath. (Ajwibah al-Istiftaat, soal 35)
?         Taklid sejak awal (ibtidai) kepada seorang mujtahid yang sudah wafat atau tetap meneruskan bertaklid (baqai) kepadanya dan batasan-batasannya, harus berdasarkan taklid kepada mujtahid yang masih hidup dan berdasarkan ihtiyath wajib, mujtahid yang masih hidup itu harus a'lam. Bila bolehnya tetap meneruskan taklid kepada mayit disepakati oleh para ahli fiqih saat ini, maka tidak perlu meminta izin kepada mujtahid a'lam. (Ajwibah al-Istiftaat, soal 23, 36 dan 40 dan Istifta dari Pejabat Rahbar, bab taklid masalah 4)
?         Orang-orang yang pada masa hidupnya mujtahidjami'us syarait masih belum baligh, tapi ia bertaklid kepadanya secara benar, setelah kematian mujtahid tersebut, mereka boleh tetap meneruskan taklid kepadanya.  (Ajwibah al-Istiftaat, soal 42)
?         Seorang yang bertaklid kepada seorang mujtahid dan setelah kematian mujtahid tersebut, dalam beberapa masalah ia pindah bertaklid kepada mujtahid yang lain dan mujtahid yang kedua ini pun wafat, maka sebagaimana sebelumnya ia boleh tetap meneruskan taklidnya kepada mujtahid yang pertama dalam masalah-masalah yang belum pindah darinya dan demikian juga ia bebas memilih dalam masalah-masalah yang sudah pindah untuk tetap bertaklid pada mujtahid yang kedua atau pindah bertaklid pada mujtahid yang masih hidup. (Ajwibah al-Istiftaat, soal 37)
Tkirib.adaptasiMsia

Sunday, 19 February 2017

PondokModenCyber : Tarikh Nabi s.a.w dan Para Imam a.s (3) Kelebihan Tarikh Islam.


Bismillahirrahmanirrahim

PondokModenCyber :

Kelebihan Tarikh Islam keatas Tawarikh lain

1. (( Sirah )) dan kepelbagaian kehidupan Nabi  s.a.w dan para Imam Maksum a.,s adalah sebahagian (( Sunnah )) dan kata-kata mereka adalah Hujjah dan Sanad bagi umat Islam sedangkan tarikh kehidupan manusia lain contohnya Hitler atau lain-lain tidak merupakan sanad dan tida memiliki hujjiyyah bagi kita melainkan sebagai ilmu pengetahuan atau pun maksimumnya sebagai pengajaran sejarah.

2.Tarikh Islam adalah salah satu daripada sumber Sejarah yang paling kaya di mana peristiwa-peristiwa secara terperinci dan tepat berada di hadapan pengkaji.Perkara-perkara yang begitu jelas ,bersanad dan halus ada pada Tarikh Islam yang tidak ada pada Tawarikh lain.

3.Lebih penting dari segala-galanya, Tarikh Islam terletak pada era (( Wahyu )) di mana peristiwa-peristiwa tempoh 23 tahun mab'ath (pengangkatan sebagai Rasul) berada di bawah pancaran Wahyu Samawi diperjelaskan, dihuraikan dan dianalisakan.Di dalam alQur'an banyak bahagian dari permasalahan dan peristiwa sejarah era Risalat telah diperjelaskan dan tiada syak peristiwa yang diperjelaskan oleh al Qur'an ,oleh Alimul Ghaib wasShahadah Allah taala  adalah poin-poin dan analisa Sejarah yang paling jitu.

Tarikh tempoh kerasulan seperti mana Nabi Muhammad s.a.w sendiri sebagai Uswah dan teladan umat manusia,juga adalah contoh teladan Tarikh Kemanusiaan dan sumber terkaya bagi mendapatkan dan menghasilkan sunnah-sunnah dan peraturan Sejarah.
 
       

PondokModenCyber : Tarikh Nabi s.a.w dan Para Imam a.s (3) Kepentingan Tarikh khasnya Tarikh Islam dari kacamata al Qur'an.


Bismillahirrahmanirrahim


PondokModenCyber : Tarikh Nabi s.a.w dan Para Imam a.s (3)

Kepentingan Tarikh khasnya Tarikh Islam dari kacamata al Qur'an.


- Dari kacamata al Qur'an Tarikh adalah salah satu dari sumber-sumber Makrifat dan Tafakkur manusia.
a. al Qur'an mengajak untuk mentelaah kehidupan kaum-kaum terdahulu.
b.al Qur'an mempamerkan poin-poin berfaedah kehidupan mereka.
c.al Qur'an memperkenalkan peribadi-peribadi uswah dan teladan.

di antara ayat-ayat al Qur'an :

 قد کانت لکم اسوة حسنة فی ابراهیم و الذین معه

 (الممتحنة 4 )

لقد کان لکم فی رسول الله اسوة حسنة

( الاحزاب 31)

قد خلت من قبلکم سنن فسیروا فی الارض فانظروا کیف کان  عاقبة المکذبین

( آل عمران 137 )

Saturday, 18 February 2017

PondokModenCyber : Tarikh Nabi s.a.w dan Para Imam a.s (2)


Bismillahirrahmanirrahim


Tahap kemuktabaran Tarikh Naqli

Oleh kerana bahan-bahan Tarikh Naqli dan Tarikh ilmi adalah peristiwa-peristiwa lampau kemuktabarannya menjadi kajian para pengkaji.

Ada yang mengatakan apa yang ditulis sebagai Tarikh Naqli di dalam kitab-kitab orang-orang terdahulu adalah rekaan para penukil dan penulis berdasarkan tujuan dan motif peribadi atau taassub kebangsaan dan perkauman atau kerana kebergantungan aqidah dan masyarakat dan telah diolah menurut kehendak mereka atau menulis tentang peristiwa-peristiwa menurut kehendak mereka.

Prasangka ke atas Tarikh Naqli ini bukanlah tidak bertempat dan ianya berpunca dari tabiat  kitab-kitab sejarah dan cara para penulis Tarikh tetapi walau bagaimana pun Tarikh dan Sejarah juga sama seperti ilmu-ilmu lain yang mempunyai satu rangkaian musallamat @perkara-perkara yang boleh diterima
 dan badihiyyat@asas-asas yang jelas yang boleh dihurai dan dianalisa.

Disamping itu seorang pengkaji  dengan bersandarkan eviden-eviden(syawahid) dn qarain@petanda-petanda dan kekuatan ijtihad dapat membezakan kesahihan dan kepalsuan sebahagian peristiwa dan diambil kesimpulan. 


foto : tanah perkuburan wadi Salam Najaf,Iraq yang terbesar di dunia.
solawat