Tuesday 31 January 2017

logika Oh logika


Bismillahirrahmanirrahim


Logika (4)

Oleh itu ( menurut golongan Skeptist) adalah tidak mungkin untuk membuktikan kewujudan benda diluar dan kalaupun kita katatakan wujudnya benda diluar kita tidak dapat memahami hakikatnya.

Secara insafnya dakwaan ini tidak berasas sama sekali dan memijak Wijdan dan indera batin kerana timbulnya kesilapan di dalam persepsi tidaklah menyebabkan kita mengenepikan semua pengetahuan kita hatta permasalahan-permasalahan primer dan fitri.

Apakah punca cendekiawan skeptist apabila berjalan dengan alasan tidak boleh berharap kepada penglihatan mereka tidak pun menutup mata dan apabila mereka berhadapan dengan masalah individu atau sosial oleh kerana andaiannya tidak dapat berharap kepada fikiran mereka tidak pula mengambil keputusan tidak mahu berfikir lantas menyelesaikan masalah seperti orang-orang gila?

Tambah lagi, tiada keyakinan terhadap indera dan fikiran yang dipercayai oleh skeptist, apakah perkara ini bukan dari persepsi fikiran?

Kalaulah mahu dibatalkan fikiran dan persepsinya , kepercayaan ini juga harus dikira batil dan kosong.

Tambah lagi kita sendiri menjadi saksi bagi kemajuan kehidupan sosial manusia  melalui fikiran. Setelah kita meneliti semua kesan-kesan yang menakjubkan ini bagaimana dapat kita ingkari pemahaman akan adanya hakikat benda-benda?




Monday 30 January 2017


Bismillahirrahmanirrahim




Dengan berfikir kita sampai kepada realiti benda-benda 


Setelah Aristotle muncul, sekumpulan cendekiawan yang dinamakan skeptist yang percaya bahawa walaupun tidak mungkin untuk mengingkari kenyataan luaran benda-benda tetapi tiada jalan untuk membuktikan benda-benda itu sepertimana yang dikatakan oleh ahli-ahli falsafah.
Ini adalah kerana jalan untuk mendapatkan ilmu kealam luar hanyalah akal dan indera dan timbulnya kesilapan-kesilapan yang banyak pada kedua- dua ini menyebabkan kita tidak dapat bersandar kepada kedua-keduanya. Apa tidaknya sebahagian ahli-ahli ilmu telah mengira kekeliruan-kekeliruan indera sehingga 800 jenis. Sebagai contoh apakah kita tidak melihat titisan air berbentuk satu garisan yang bersambung? Apabila kita meletakkan tangan-tangan kita satunya kedalam air panas satu lagi ke dalam air sejuk lalu kita letakkan kedua-duanya kedalam air suam kita merasakan dua keadaan berbeza yakni tangan yang tadinya diletakkan di dalam air sejuk kini terasa panas manakala yang lainnya kini berasa sejuk. Apakah ini bukan kesilapan indera?
Begitu juga pertelingkahan-pertelingkahan yang banyak dikalangan para cendekiawan adalah saksi terbaik bagi wujudnya kesilapa-kesilapan akal yang tidak terkira. Jika tiada kesilapan-kesilapan akal dari mana timbulnya pertelingkahan-pertelingkahan ini?


Bismillahirrahmanirrahim

....sambungan
BAHAGIAN 6


Lima teknik
BAB 1
Burhan
·         Mengapa bahagian qiyas terbahagi kepada lima
·         Burhan dan pendahuluan-pendahuluannya
·         Burhan dan illatnya bagi natijah
·         Burhan Inniy dan Limmiy
BAB 2
Jadal
·         Pendahuluam Jadal
·         Penjadal dan syarat-syaratnya

Bab 3
Khitabah
·         Faedah Khitabah
·         Muqaddamah-muqaddamah khitabah
·         Bahagian-bahagian Khitabah
·         Khotib dan syarat-syaratnya
BAB 4
Syiir
·         Qiyas syiir
·         Pendahuluan-pendahuluannya (Muqaddimah)
·         Bahagian-bahagiannya
BAB 5
Mughalatah (Fallasi)
·         Muqaddimah-muqaddimah
·         Natijah-natijah
·         Bahagian-bahagian Mughalatah

BAHAGIAN 7


Tambahan
·         Juzuk-juzuk ilmu
·         Jalan menemui majhul (unknown)
·         Lapan perkara

            
Bab pertama menceritakan kepada kita apa itu Mantiq.Kita pada mulanya bertemu dengan perkara-perkara yang tidak kita ketahui hakikatnya. Kadangkala kita berhadapan dengan kenyataan –kenyataan yang pada mulanya tiada jalan bagi mempercayainya. Maka timbul persoalan apakah ada jalan untuk menemui perkara-perkara ini? Bagaimana pandangan ahli-ahli ilmudalam perkara ini?

Penulis kemudian menjelaskan bahawa berfikir adalah jalan penyelesaian bagi permasalahan ini. Apakah fikiran dan kita mendapati bahawa terdapat pandangan yang berbeza-beza yang kadangkala bertentangan antara satu sama lain., Kita dapati bahawa berlaku kesilapan ketika berfikir. Justeru itu perlu sesuatu kaedah bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dan kaedah itu adalah Mantiq.

Bismillahirrahmanirrahim


Indeks : Mantik perbandingan

Pendahuluan penulis

Bab pertama: Apakah Mantiq?

Kita melakukan kesilapan dalam berfikir mantiq-mantiq yang berbagai.

Bab kedua: Penagasas Mantiq

Bab ketiga: Apakah subjek Mantiq?

Bab Keempat: Bahagian-bahagian subjek Mantiq

Dilalah-dilalah(indikasi-indikasi)

Indikasi-indikasi secara lafaz yang diletakkan

Bahagian-bahagian indikasi secara lafaz yang diletakkan

Muthobaqah,Tadhammun dan Iltizam

Perkaitan di antara bahagian-bahagian di salam pembahagian lafaz-lafaz

Bahagian-bahagian Murakkab (Kompleks)

Bahagian-bahabian Mufrad

Kembali kepada asal perbincangan konsep-konsep universal dan partikular

Bahagian-bahagian universal:

 Species

Genus

Pembahagian pendiri

Aradh khas dan Aradh Am  نةةرلب

Bilangan Kulliy-kulliy hakiki

Jauhar (substansi)

Kaitan di antara universal-universal

Kaitan dintara kontradiksi dan universal

Perbincangan  mengenai  proposisi

Bahagian-bahagian proposisi

Predikasi di dalam proposisi

Pembahagian-pembahagian proposisi

Pembahagian berdasarkan hukum

Bahagian-bahagian Munfasilah (Disjunctive)

Pembahagian berdasarkan kaitan

Arah Kritikan dan kajian

Melihat Muwajjahah basitah dan Murakkabah

Aks (conversion)

 Naqidh

Kontradiksi

Tarkib proposisi-proposisi

Istiqra’

Tamsil

Qiyas (Syllogism)

Qiyas Khalaf

Qiyas Iqtirani

Syarat-syarat bentuk-bentuk

Syarat-syarat bentuk ketiga

Bentuk keempat

Penyempurnaan perbincangan hujjah

Teknik-teknik berlima

Burhan dan penyebabnya ia bagi keputusan

Burhan

Jadal

Orang yang berjadal dan syarat-syaratnya

Khitabah

Kewajipan-kewajipan Khitabah

Syiir

Mughalatah (fallacy) dan pendahuluan-pendahuluan, natijah-natijah dan bahagian-bahagiannya

Lapan perkara







Buku ini mengandungi tujuh bahagian

BAHAGIAN 1
BAB 1
Apa itu Mantiq?
a)    Realiti benda-benda
b)    Dengan berfikir kita akan menerima reality benda-benda
c)    Kita melakukan kesilapan dalam berfikir
d)    Kita perlukan  sesuatu yang menghalang kita dari melakukan kesilapan dalam berfikir dan itulah Mantiq/logika
BAB 2
Pengasas Mantiq
BAB 3
Apakah subjek Mantiq
BAB 4
Bahagian-bahagian subjek mantiq
BAHAGIAN 2

Isagoge (pendahuluan)
BAB 1
a)    Indikasi lafaz-lafaz
b)    Menagapa diperbincangkan indikasi lafaz-lafaz didalam mantiq
c)    Indikasi-indikasi yang berbagai
d)    Indikasi lafziyah yang diletakkan serta bahagian-bahagiannya
e)    Perkaitan diantara bahagian-bahgian tersebut
BAB 2
Pembahagian lafaz-lafaz kepada mufrad dan murakkab
Bahagian-bahagian Murakkab
Bahagian-bahagian Mufrad
BAB 3
Mafhum-mafhum
·         Makna mafhum Tasawwury dan mafhumTasdiqy
·         Universal dan partikular
·         Bahagian-bahagian universal
·         Bilangan universal-universal hakiki
·         Beberapa hakiki
·          
BAHAGIAN 3

Muarrif/ Definiens
1-Muarrif dan syarat-syaratnya
2-Bahagian-bahagian Muarrif
3-Bagaimana mendapatkan Quiddity
4-Mughalatah-mughalatah (Fallasi) Muarrif
5-Peringatan

BAHAGIAN 4


Perbincangan-perbincangan proposisi-proposisi
1-    Proposisi dan bahagian-bahagiannya
2-    Juzuk-juzuk proposisi
3-    Predikasi di dalam proposisi
4-    Pembahagian-pembahagian proposisi


BAHAGIAN 5


Tarkib proposisi-proposisi
1-    Istiqra’
2-    Tamsil
3-    Qiyas (Syllogism)