• Anifah AmanAnifah Aman
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Gesaan supaya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran berikutan majoriti penganut Syiah di negara itu adalah tidak wajar dan tidak berasas, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini. 

Sebaliknya, beliau berkata, isu Syiah merupakan isu domestik yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa di negara ini. 

Beliau berkata, gesaan yang dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk WanZahidi Wan Teh itu tidak mencerminkan pandangan kerajaan Malaysia walau dalamapa cara sekalipun.

"Adalah menjadi dasar luar Malaysia untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara berlandaskan sikap saling menghormati untuk memupuk hubungan muhibah dan kerjasama dalam semua bidang yang berkepentingan demi manfaat bersama," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada seminar "Mendepani Virus Syiah" di sini 8 September lepas, Wan Zahidi telahmengusulkan kerajaan menamatkan hubungan diplomatik dengan Iran dalam usahamengekang penularan fahaman Syiah daripada tersebar meluas di negara ini.

Anifah berkata, dalam usaha untuk memperkukuh dan memperluas skop sertakeakraban hubungan Malaysia dengan negara lain, adalah menjadi amalan Malaysiauntuk berinteraksi dengan semua negara yang menjadi rakan kongsi untuk berbincang dan menyelesaikan isu-isu berkepentingan bersama.

Beliau juga berkata, Malaysia sentiasa mengalu-alukan kedatangan warganegaraasing ke negara ini, namun mereka perlu menghormati undang-undang Malaysia danpeka dengan sensitiviti budaya dan agama masyarakat negara ini.

"Juga (mereka) tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara atau menyebabkan perpecahan atau menganggu keharmonian kaumdan agama, termasuk perihal yang membabitkan agama Islam di Malaysia yangmempunyai kepelbagaian sosial dan budaya," katanya. - Bernama





Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) tidak bersetuju dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran kerana negara itu dikatakan menyebarkan mazhab Syiah. Bagaimanapun Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata sejarah membuktikan negara yang mempunyai pengikut Syiah tidak akan menjadi aman.




"Kita memang tidak akan putuskan hubungan diplomatik malah tidak halang mereka datang ke sini, kerana negara ini tidak mengamalkan diskriminasi.

"Bila bab Syiah ini saya memang akan lawan habis-habisan kenapa mereka nak sibuk -sibuk datang mengembangkan ajaran mereka pada umat Islam di sini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Malaysia Tourism Hunt 2013 di Kuala Lumpur. Nazri mencadangkan agar pengikut ajaran Syiah mengembangkan mazhab mereka kepada penduduk bukan Islam dan bukannya kepada majoriti rakyat Malaysia yang bermazhad Sunnah Wal Jamaah.

"Saya nak cadangkan mereka kembangkan Syiah pada bukan orang Islam di Eropah, tengok apa reaksi mereka, di sini kita memang tidak terima mereka," katanya lagi.

Semalam Wan Zahidi berkata, meskipun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak sekian lama, negara berkenaan tidak pernah menyebarkan fahaman komunis melalui hubungan diplomatik, dan perkara itu jelasnya berbeza dengan pegangan penganut Syiah. Malah, katanya, kajian beliau sejak 1980-an mendapati, ajaran Syiah juga lebih berbahaya berbanding Yahudi dan Nasrani.

Kenyataan mufti itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu cuma dihalang untuk menyebarkannya kepada orang ramai.
Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang ditakuti negara Barat kerana kelantangannya menyuarakan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel “membuli” negara lain. – 9 September, 2013.


Pengikut tegar Syiah mohon keluar daripada Islam?


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pengikut-pengikut tegar Syiah di negara ini sanggup memohon untuk keluar daripada Islam semata-mata mahu mengamalkan ajaran tersebut secara terbuka.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui selepas menerima ratusan salinan surat permohonan daripada pengikut fahaman terbabit.
Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.
"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang semakin serius ini, sama ada kita sedar atau tidak, kita betul-betul dicabar.
"Secara terang-terangan mereka menguji kekuatan iman dan kekuatan pegangan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya ketika berucap dalam Nadwah Ulama Nusantara Ke-5 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_28/Pengikut-tegar-Syiah-mohon-keluar-daripada-Islam?#ixzz2eb470phN
© Utusan Melayu (M) Bhd