Sunday 31 July 2011

Penentuan Awal Bulan ( Selamat Berpuasa )



    Selamat Berpuasa pada 1 Ogos 2011/ 1 Ramadhan 1432 H ( Isnin )

Jalan-jalan untuk  membuktikan awal bulan Ramadhan :                                                                              

1.Mukallaf sendiri yang melihat anak bulan.                                                                                                        

2.Dua orang adil memberi penyaksian yang mereka melihat anak bulan.                                                    

3.Masyhur  yang anak bulan telah kelihatan.(Kemasyhuran yang menghasilkan ilmu). 

4.Telah berlalu 30 hari dari awal bulan Sya’ban jika anak bulan tidak kelihatan.                                                                                                      

5.Hakim Syara’ telah mengeluarkan hukum tentang tibanya awal bulan.


Soalan : Kalau telah kelihatan anak bulan Ramadhan yang diberkati di sebuah kota, adakah terbukti juga awal bulan di kota- kota lain yang seufuk dengannya ataupun berbeza ufuk dari bandar tersebut sebanyak 2 jam contohnya ?

Jawapan : Jika terbukti kelaziman di antara 2 kota di dalam kemungkinan melihat anak bulan maka kelaziman  itu adalah memadai dinisbahkan bagi kota-kota yang lain dan semata-mata perbezaan  waktu terbenam matahari tidak dikira sebagai garis panduan.

Soalan : Apakah makna satu ufuk dan poin-poin yang sama ufuk.Apakah titik –titik tersebut ?

Jawapan : Yang dimaksudkan sama ufuk ialah satu tempat yang mana kemungkinan/tidak mungkin melihat anak bulan dengan kota yang dimaksudkan adalah sama.
Soalan : Apakah maksud bahawa mujtahid hendaklah mengeluarkan hukum tentang khusus melihat anak bulan supaya ianya mesti diikuti oleh semua dan siapakan yang dirangkumi oleh hukum ini ?

Jawapan : Yang dimaksudkan ialah menzahirkan pandangan tentang penentuan  awal bulan dan semata-mata tersabitnya anak bulan di sisi Mujtahid tidak dikira sebagai hukum.Yang dimaksudkan dengan hakim ialah mujtahid yang cukup syarat-syarat.        SOLAWAT

Saturday 30 July 2011

Tingkatan-tingkatan Puasa





Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu semua agar kamu bertakwa. ( Al-Baqarah : 183 ).

Hadits Qudsi : AsSaumu lii wa ana ajzi bihi/ Puasa adalah milikku dan aku memberi pahala ganjarannya. ( At-Tahzib…)
      Adapun Puasa itu adalah kepunyaan Allah dan dimuliakan dengan dikaitkannya kepada Allah sedangkan ibadat-ibadat yang lain juga semuanya adalah kepunyaan Allah sepertimana Ka’bah dikaitkan kepada Allah sebagai Baitullah/Rumah Allah sedangkan bumi ini semuanya adalah milik Allah ialah kerana :

Pertamanya puasa itu ialah ‘’Kaffun wa tarkun/menghindarkan dan meninggalkan yang mana ianya adalah tersembunyi dan tiada amalan yang dapat disaksikan.Kesemua ketaatan disaksikan oleh para makhluk dan dilihat sedangkan puasa tiada yang mengetahuinya selain Allah kerana ia adalah amalan secara batin dengan kesabaran yang tulen  maka itu ganjarannya secara istimewa dari Allah tanpa campur tangan yang lain.

Keduanya ialah kerana ianya menewaskan musuh Allah kerana wasilah dan mediumnya Syaitan ialah Shahwat-syahwat dan kuatnya shahwat dengan makan dan minum.Maka itu Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya Syaitan-syaitan bergerak pada anak Adam mengikut saluran darah maka sempitkan laluannya dengan berlapar.Oleh itu Shahwat-syahwat adalah padang ragut Syaitan dan selagi ianya subur maka selagi itulah para Syaitan berulang- alik meragutnya dan tidak tersingkap bagi hamba kebesaran Allah dan terhijab dari Liqa’ Allah ( Bertemu Allah ).Maka sabda Rasul s.a.w : Kalaulah tidak kerana Syaitan yang mengelilingi hati anak-anak Adam sudah pasti mereka melihat Malakutnya langit-langit.

Adapun puasa itu tiga tingkatan :

Puasa Awam : Sekadar menjaga perut dan kemaluan dari shahwat-shahwat dan terbatallah puasa itu apabila seseorang itu melakukan salah satu dari perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Puasa Khusus : Memelihara pendengaran,penglihatan,lidah,tangan,kaki dan anggota-anggota yang lain dari dosa.

Puasa khusus dari yang khusus : Berpuasanya hati dari segala kesusahan hati yang rendah dan hina,fikiran-fikiran duniawi yang tiada kemuliaan dan menjaga hati dari selain Allah dan terbatalnya puasa yang khasul khas ini apabila orang yang berpuasa itu berfikir tentang dunia ( kecuali dunia yang pada hakikatnya akhirat yang sebenarnya merupakan bekalan untuk Akhirat )walaupun dari segi hukum-hakam puasa itu adalah sah dan tidak perlu mengqadhakannya.

Sabda Rasulullah s.a.w : AsSaumu Junnatun MinanNaar/ Puasa itu adalah perisai yang memelihara dari api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w : Orang yang berpuasa itu di dalam ibadah walaupun ia tidur di tempat tidurnya selagi ia tidak mengumpat seorang Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w : Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah,diamnya adalah Tasbih,amalannya diterima dan doanya mustajab.

Sabda Rasulullah s.a.w : Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan,ketika barbuka dan ketika bertemu Tuhannya.
      
      Adapun kegembiraan ketika berbuka bagi orang-orang khusus apabila mereka merasakan Taufik dari Allah untuk menyempurnakan puasa dan sampai kepada ganjaran walaupun kegembiraan bagi orang-orang  awam ialah mereka boleh makan dan minum dan lain-lain yang dihalalkan.
      Adapun kegembiraan ketika Liqa’ullah ( Bertemu Allah ) apabila terhasilnya ‘’NurulQalb/cahaya di hati’’ bagi orang-orang khusus setelah tewasnya kekuatan Syahwat dan Ghadhab/kemarahan yang menggelapkan hati setelah berlapar yang membuatkan mereka beribadah kepada Allah seolah-olah mereka sedang melihat Allah ( Inilah pengertian Liqa’Ullah ).


Petua Ayatullah Baha’uddini :  Istighfar adalah zikir terpenting yang menghimpun kebaikan dunia akhirat.Imam Ali a.s berkata : Wangikan dirimu dengan Istighfar,janganlah baunya dosa-dosa memalukan kamu.

                        SOLAWAT    

Friday 29 July 2011

Khutbah Sya'ban Rasulullah s.a.w ( Menyambut bulan Ramadhan )






Nota : Penghargaan kepada Bulletin Kautsar yang telah meringkaskan khutbah Sya'ban Nabi s.a.w dan kepada En Ibnu Saedi yang menasihati agar disiarkan khutbah bagi menyambut kedatangan bulan yang diberkati Ramadhan al-Mubarak.SOLAWAT

Wednesday 27 July 2011

Sepatah Kata ( Sempena Seminar...26 Julai 11 K.L )Bukankah,Bukankah?!






Rasulullah s.a.w : Kalimat Hikmat yang seorang mukmin mendengarnya lebih baik dari setahun ibadah.( Biharul Anwar ).

Rasulullah s.a.w : Hampir-hampir seorang Hakeem (empunya hikmat ) itu menjadi seorang Nabi.( Kanzul Ummal ).

Imam Ali a.s : Hikmat itu ialah sebuah pohon yang tumbuh di dalam hati dan berbuah di lidah. ( Ghurarul Hikam ).

Imam Ali a.s : Hikmat ialah tamannya orang-orang berakal dan persiarannya orang-orang yang bijaksana. ( Ghurarul Hikam ).

LuqmanulHakeem : --Dari wasiat beliau kepada anaknya – Wahai anakku,pelajarilah Hikmat agar kamu menjadi mulia; Sesungguhnya Hikmat memberi petunjuk kepada agama dan memuliakan hamba ke atas yang merdeka dan meninggikan yang miskin ke atas yang kaya dan mendahulukan yang kecil ke atas yang besar. ( Biharul Anwar ).


Sepatah Kata :  Bukankah ???!!! (  Sempena Seminar …(pencabulan hak Asasi 700 juta umat Islam)di 

Dewan Muktamar Pusat…K.L 26 Julai 11.


Dunia tertanya-tanya…Bukankah itu Pusat bernama agama Perpaduan ?!

Dunia tertanya-tanya…Bukankah di situ tempat yang dikata mewakili Nabinya Rahmat ?!

Dunia tertanya-tanya…Bukankah di situ sepatutnya berlindungnya ummat ?!

Dunia tertanya-tanya…Bukankah disitu selayaknya bayangan Syurganya Kasih dan Sayang ?!

Dunia tertanya-tanya…Bukankah disitu pembesar suara laungan “ Wa’tasimu Bihablillah Jamiian Walaa Tafarraqu/Berpeganglah kamu semua kepada Tali Allah dan jangan berpecah belah’’?!

Dunia tertanya-tanya…Bukankah disitu diterjemahkan firman ‘’ Ashiddaa’u alalKuffaar Ruhamaa’u Bainahum/Keras terhadap Kuffar Penyayang di kalangan satu sama lain” ?!

Dunia tertanya-tanya…Bukankah ‘’Aufuu Bil Uquud/tunaikan akad-akad perjanjian’’itu satu kewajipan ?!termasuk perjanjian sesama dunia Islam di Amman dan juga Islamabad.

Dunia tertanya-tanya,tertanya-tanya dan terus tertanya-tanya..Bukankah di situ tempat ‘’Al-Kitab Wal Hikmah’’..Kok ke mana perginya Kitab ..kok tak kelihatan bayangnya Hikmah..yang ada cuma manusia kerdil yang tak tahu hujung pangkalnya.

ALFAATIHAH

Tuesday 26 July 2011

KENYATAAN MEDIA LAPORAN POLIS TERHADAP SEMINAR ANCAMAN SYIAH



KENYATAAN MEDIA


26 JULAI 2011
1:00pagi


LAPORAN POLIS TERHADAP SEMINAR ANCAMAN SYIAH


KUALA LUMPUR - Satu laporan polis telah dibuat oleh sebuah NGO bagi  komuniti Mazhab Syiah Imamiyah (Ja'fari), ARRIDHA terhadap satu  seminar yang akan dianjurkan pagi ini.

Laporan polis dibuat oleh Tuan Hj Mohd Kamilzuhairi Bin Abdul Aziz  bersama rakan-rakan beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi  sebentar tadi.

Seminar yang akan berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam itu,  berintipatikan bahaya ancaman Syiah pada masa kini, turut mengundang  penceramah dari Indonesia iaitu Ustad Farid Ahmad selain penceramah  tempatan, Ustad Mohd Asri Sobri.

ArRidha di dalam laporannya mendakwa seminar yang dianjurkan ini boleh  menggugat ketenteraman awam dengan mewujudkan fitnah yang menjurus  kepada perpecahan ummat Islam khususnya di Malaysia terutama akan  menjelangnya bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarak.

Sikap penganjur juga diselar kerana mencabar kewibawaan Kerajaan  Malaysia dengan melanggar keputusan YB Senator Brigadier Jenaral Datuk  Sri Jamil Khir Baharom yang telah mengeluarkan kenyataan di dalam  Parlimen bahawa ajaran Syiah bebas diamalkan di Malaysia.

Keputusan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang mengiktiraf Mazhab  Syiah Imamiyah (Ja'fari) sebagai MAZHAB YANG SAH dan boleh diamalkan  tanpa gangguan mana-mana individu, turut dicemari dan kesepakatannya  dilanggar walaupun pada umumnya Pemimpin-Pemimpin tertinggi Malaysia  telah menadatanganinya.

Provokasi seperti ini turut dikhuatiri memiliki agenda pengganas  Wahabi yang tersembunyi. Hal ini tepat, memandangkan Majlis  Keselamatan Negara seperti yang diberitakan di media online pada  24Julai 2011, telah menyenaraikan individu-individu yang mempunyai  hubungan dengan pengganas Wahabi global.

Umum mengetahui, pengganas Wahabi begitu licik mengkambinghitamkan isu  Syiah sebagai jalan untuk mereka menyebarkan fahaman ekstrimis.  Bibit-bibit kebencian ditanam dan pelbagai fitnah dan hasutan dibuat  bagi mengaburi mata orang awam dan seterusnya perpecahan umat Islam  akan berlaku sama ada di kalangan Ahlussunnah mahupun antara  Sunni-Syiah.

Untuk itu, ArRidha mengkehendaki pihak Polis DiRaja Malaysia  melipatgandakan langkah proaktif dengan menghalang seminar ini bagi  membendung perpecahan demi kesetiaan kepada Yang DiPertuan Agong,  keamanan, dan kedaulatan undang-undang negara Malaysia tercinta dan  keamanan serta kedamaian seluruh dunia amnya.



MOHD KAMILZUHAIRI BIN ABDUL AZIZ
ARRIDHA

Monday 25 July 2011

Police Report ( Seminar ...Ancaman Syiah Pada Masa Kini 26 Julai 2011 )








ALLAHUMMAJ'ALNI FI DIR'IKAL HASINAH ALLATI TAJ'ALU FIIHA MAN TURIID

BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIM YA ALLAH !

KATABALLAAHU LAAGHLIBANNA ANA WA RUSULI INNALLAAHA QAWIYYUN AZIIZ

SOLAWAT

Sunday 24 July 2011

Hikmat 2



      

      Al-Qur’an mengatakan ‘’Wa laqad Aataina Luqmaanal Hikmah/telah kami kurniakan Hikmat kepada Luqman’’ lalu menerangkan tentang Hikmat ‘’Anishkur Lillah/bersyukurlah kepada Tuhan’’.
Dengan memberi perhatian kepada pengertian ‘’Syukur’’ yang meluas di dalam Al-Qur’an dan hadits kita memahami bahawa orang yang sebenarnya Hakeem/empunya Hikmat ialah orang yang bersyukur akan nikmat-nikmat Ilahi dan kesyukuran ini dapat dicapai apabila seseorang itu mempunyai makrifat,ilmu dan kefahaman dan apabila tutur kata dan tingkah lakunya adalah berasaskan kebenaran dan ketulusan.


Kata-kata Amirul  Mukminin Ali bin Abi Talib a.s  tentang Hikmat :

Hikmat itu ialah sesuatu yang telah hilang dari orang yang beriman,maka itu ambillah Hikmat walau dari orang Munafik.

Ambillah Hikmat walau di mana sahaja kerana Hikmat juga berada di dada orang munafik walaupun ia tidak akan tenang di dadanya sehinggalah ia keluar dan tenang di dada mukmin.

Tidaklah berhikmah orang yang meminta hajatnya dari seorang yang tidak pemurah.

Tidaklah berakal orang yang merasa tidak tenang dengan tohmahan dan fitnah orang kepadanya dan tidak berhikmah orang yang senang dengan pujian orang yang jahil kepadanya.

Tidaklah berhikmah orang yang sepatutnya ia bertolak-ansur dengan seseorang tetapi ia tidak bertolak-ansur dengannya.

Permulaan Hikmat ialah meninggalkan keseronokan-keseronokan ( yang tidak sesuai ) dan akhirnya memusuhi perkara-perkara yang fana dan bakal musnah.

Mana satukah kata-kata Hikmat yang lebih sempurna dari  ‘’sukailah untuk orang lain sepertimana anda suka untuk diri sendiri dan bencilah untuk orang lain sepertimana anda membenci untuk diri sendiri.

Penghulunya Hikmat ialah bersama-sama dengan kebenaran.


Petua : Bagi mereka yang inginkan zuriat amalkan membaca ‘’RABBI LAATAZARNI FARDAN WAANTA KHAIRULWAARITSIIN’’
                                                             SOLAWAT

Saturday 23 July 2011

Kuliah Hikmat Allamah Majlisi (part 1 )





Imam Musa Al-Kazim a.s berkata : Wahai Hisham,sesungguhnya Allah berfirman di dalam kitabnya “ Wa laqad aataina Luqmaanal Hikmah/Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepada Luqman Hikmat ( Luqman : 12 ).Berkata Imam : Alfahmu wal Aqlu/Hikmat itu ialah kefahaman dan akal.

Abu Basir telah meriwayatkan dari Imam Baqir a.s berkenaan ayat “Wa man yu’tal Hikmata/Dan barangsiapa yang diberikan Hikmah..’’Yang dimaksudkan Hikmah ialah Makrifat ( Mengenal ).

Abu Basir berkata : Aku telah bertanya kepada Imam Sadik a.s tafsir ayat “Wa man yu’talHikmata’’.Imam berkata: Thaatullah wa Makrifatul Imam/Hikmat itu ialah mentaati Allah dan mengenal Imam.

Abu Basir berkata aku telah mendengar Imam Baqir a.s berkata dalam mentafsirkan ayat ‘’Wa man yu’talhikmata…’’: Makrifatul Imam Wajtinaabul kabair allati aujaballah alaihanNaar/Mengenal Imam dan menghindarkan dosa-dosa besar yang Allah mewajibkan api neraka keatas orang yang melakukannya.

Imam Sadik a.s berkata: InnalHikmata AlMakrifah WatTafaqquh fidDin/Hikmat ialah mengenal dan memahami agama.Faman faqqaha minkum fahuwa hakiimun/sesiapa yang memperdalami agama untuk memahaminya ia adalah Hakeem dan tidak ada seorang mukmin yang meninggal dunia yang lebih disukai Iblis lebih dari kewafatan seorang Faqih.


Petua Luqmanul Hakim : 3 perkara untuk mendapat Hikmat : Sidqulhadits ( Berkata benar ), Ada'ul Amaanah ( Menunaikan amanah )dan Tarku ma la ya'ni ( Meninggalkan kata-kata dan perbuatan tang tidak berfaedah). 

Friday 22 July 2011

Khazanah Ahlul Bait Nabi s.a.w ( Solawat Sya'ban )






Solawat ke atas Nabi s.a.w di bulan Sya'ban di baca pada waktu Zohor ( dari Imam Sajjad a.s )


Ya Allah curahkanlah solawat ke atas Muhammad dan Ale Muhammad ( keluarga Muhammad ), pohon kenabian,tempat kerasulan dan tempat bersilih-gantinya para malaikat,lombongnya ilmu dan Ahlul Baitnya wahyu.Ya Allah limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan Ale Muhammad, bahtera yang berlayar di tengah-tengah gelombang yang dahsyat, akan terselamat sesiapa yang menaikinya dan tenggelam sesiapa yang meninggalkannya,orang yang mendahului mereka akan menyimpang,orang yang tertinggal dari mereka akan musnah dan orang yang selalu bersama mereka akan menemui mereka.Ya Allah curahkanlah solawat ke atas Muhammad dan Ale Muhammad,benteng yang kukuh,penolong orang yang terdesak dan sengsara,tempat perlindungan orang-orang yang lari,tempat penjagaan orang-orang yang inginkan penjagaan.Ya Allah curahkanlah solawat ke atas Muhammad dan Ale Muhammad, solawat yang banyak yang meridhakan mereka dan bagi haknya Muhammad dan Ale Muhammad untuk menunaikan dan sebagai balasan dari kami dengan daya dan kekuatan dariMu Wahai Tuhan sekalian alam.Ya Allah curahkanlah solawat ke atas Muhammad dan Ale Muhammad yang suci,yang mulia yang baik yang Engkau telah wajibkan hak-hak mereka dan Engkau fardhukan ketaatan kepada mereka dan mewalikan mereka,Ya Allah curahkanlah solawat keatas Muhammad dan Ale Muhammad,makmurkanlah hatiku dengan ketaatanMu dan janganlah hinakan ku dengan kemaksiatan terhadapMu dan kurniakan kepadaku simpati kepada orang yang Kau sempitkan rezekinya dengan apa yang Kau luaskan kurniaanMu kepadaku dan keadilan yang Kau tebarkan ke atasku dan Kau hidupkan daku di bawah naunganMu dan ini adalah bulan NabiMu,penghulu rasul-rasulMu yang Kau telah selimuti bulan itu dengan rahmat dan keridhaan,yang Rasulullah s.a.w selalu berpuasa dan beribadah di malam dan siang harinya,pengakuan darinya terhadap keagunganMu hingga ke akhir usianya.  Ya Allah bantulah kami untuk mengikuti sunnahnya di dalam bulan ini dan sampai kepada syafaat di sisinya.Ya Allah jadikanlah beliau pemberi syafaatku dan jalan yang terang menuju kepadaMu serta bantulah aku untuk mengikutinya sehingga aku bertemuMu pada hari Kiamat Kau ridha terhadapku dan mengenepikan dosa-dosaku yang Engkau telah memastikan rahmat dan keridhaanMu terhadapku dan Kau tempatkan daku di rumah abadi dan tempat orang-orang yang baik. 

Wednesday 20 July 2011

INTIZAR Imam Zaman ( Ayt Uzma Khamene'i )





Selayang Pandang MKZAA kepada ucapan Ayatullah Uzma Syed Ali Khamene’i.

      Perkara Imam Zaman adalah dari perkara-perkara menakjubkan yang Allah Taala telah janjikan kepada para mukminin dan mustadh’afin ( orang-orang tertindas ) di muka bumi yang mana kezaliman,penganiayaan dan diskriminasi pada satu waktu akan dicabut dari seluruh dunia dan akan mencabut dari akar umbi para penzalim,para Thaghut ( yang berhadapan dengan kuasa Tuhan ),pemerintah-pemerintah dan kerajaan-kerajaan yang zalim dan akan menerangi bumi dengan pemerintahan yang adil,keadilan yang sempurna,pengutamaan orang-orang yang soleh dan penyisihan orang-orang yang keji.Ini bukanlah satu janji yang kecil kerana seluruh perjuangan di dalam ala mini samada keagamaan atau bukan keagamaan adalah kesan dari harapan kepada satu titik yang terang ( masa depan yang cerah ) yang sekiranya tidak ada harapan ini tidak aka nada satupun perjuangan.

Kefahaman yang positif dan sahih ialah sekiranya Imam Zaman datang dan membentuk dunia yang penuh dengan keadilan maka kita hendaklah sebagai saham dan bahagian kita bertungkus-lumus di dalam membuat persiapan.

Tidak memadai dengan keadaan yang sedia ada dan usaha yang semakin berlipat ganda dan berterusan di dalam melakukan kebaikan adalah satu dimensi INTIZAR ( penantian ).

Harapan kepada masa depan yang cerah yang di dalamnya pemikiran Ilahi menyelubungi seluruh kehidupan manusia ialah dimensi yang lain bagi INTIZAR.

INTIZAR ( menanti ) kezuhuran Imam Mahdi yang dijanji adalah sebahagian besar dari akidah kita.

INTIZAR itu sendiri memberi  keberanian bertindak,bergerak dan tenaga kekuatan.

Para Syiah dan pengikut Imam Mahdi hendaklah mewujudkan di dalam diri modal harapan yang besar,keimanan dan nuraniyah supaya di dalam pergerakan Global Imam Zaman a.j.f mereka tergolong di dalam golongan orang-orang yang hampir,orang-orang yang khas dan penolong-penolong Imam.   

SOLAWAT

Petua Marhum Majlisi Awwal : berbanding yang lain yang Imam-Imam mereka telah meninggal dunia.


Sabda Rasulullah s.a.w : Man Maata Bighairi Imaamin Maata Mitatan Jaahiliyyah
Barangsiapa mati tanpa Imam maka ia mati kematian jahiliyyah. ( Musnad Ahmad )
Ramai pesakit yang tidak berhasil dirawat doktor telah sembuh dengan 70kali Al-Fatihah.

Nota : Prof Henry Corbin ilmuan Perancis : Anda para Syiahlah yang punya Imam yang masih hidup 

ALLAHUMMA AJJIL LIWALIYYIKALFARAJ

Bertemu Imam Zaman a.s




Soalan :  Bagaimanakah pertemuan dengan Imam Zaman a.f yang berada di dalam keghaiban ?

Jawapan : Yang dimaksudkan dengan keghaiban bukanlah keghaiban diri dan jasad tetapi keghaiban tajuk dan titlenya.Maka itu adalah mungkin untuk bertemu Imam dengan salah satu dari tiga jalan :

1. Bertemu Imam dengan selain title sebenar beliau di mana orang yang bertemu itu tidak mengenal beliau.Pertemuan sedemikian ini banyak sekali dan sentiasa berlaku.

2. Pertemuan dengan Imam dengan title beliau sebagai Imam Zaman tanpa disedari oleh orang yang bertemu kecuali setelah pertemuan tersebut.

3.Pertemuan dengan Imam dengan title yang sebenar sebagai Imam dengan disedari oleh orang yang bertemu ketika pertemuan itu.Pertemuan sebegini jarang sekali berlaku.


Ayatullah Uzma Behjat r.a :

Bertemu dan melihat Imam Zaman tidaklah penting kerana berjumpa Imam di Arafah atau di tempat lain bukanlah perkara yang sentiasa boleh berlaku.Ada seseorang berkata : Kamu telah bertemu Imam dan ramai yang telah bertemu dan jika kamu bertemu janganlah kamu kata pohonlah kepada Tuhan untukku isteri,rumah,kesembuhan fulan penyakit…kerana perkara-perkara ini tidak begitu penting.Ada seorang lagi berkata : Ketika beriktikaf di masjid Kufah saya bermimpikan Imam Zaman a.s berkata : Mereka yang datang ke sini ialah para mukminin yang baik tetapi setiap orang datang membawa hajat dan keperluan peribadinya sendiri seperti rumah,anak keturunan dan…TIADA YANG DATANG UNTUKKU.
Perkara ini tanpa mimpi pun jelas sekali,setiap dari kita memikirkan keperluan-keperluan diri sendiri dan tidak berfikir tentang Imam yang manfaatnya kembali kepada semua orang !

Petua Mulla Muhsen Feid Kashani r.a : Banyak membaca surah Wal Adiyat melangsaikan hutang dan menghindar kejahatan para makhluk.

Monday 18 July 2011

Sumber Yang Telah Dijamin ( Syahid Tsani )




      Syahid Tsani mempunyai keyakinan bahawa seorang Alim dari Ulama dan seorang Talabah @ pelajar agama @ Mutaallim tidak boleh bergantung walau kepada sesiapa pun.Adapun urusan-urusannya seperti rezeki,pendapatan dan sepertinya hendaklah diserahkan kepada Allah Taala supaya tiupan kekudusan Ilahi,kurniaan Tuhan dan detik-detik keasyikan terpancar dan meliputi mereka dan masalah-masalah mereka diselesaikan dan keperluan mereka dicukupkan.

Telah diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bahawa rezekinya penuntut ilmu adalah urusan Tuhan dan ianya dijamin dengan jalan yang khas yang mana perhatian ini tidak berkenaan orang lain.

Siapakah Syahid Tsani ?

Beliau ialah  Zainuddin bin Ali Al-Amili pensyarah kitab Feqah ‘’Al-Lum’atud Dimashqiyyah’’ milik Syahid Awwal Muhammad bin Makki Al-Amili  ( kelahiran Jabal Amil selatan Lubnan ) yang beratus-ratus  tahun sehingga kini menjadi kitab teks ilmu Feqah di Hauzah-hauzah ilmiah (pusat-pusat pengajian maktab Ahlul Bait a.s ).Nama kitab syarah  Lum’ah tersebut ialah ‘’Ar-Raudhatul Bahiyyah’’.Beliau telah dilahirkan di selatan Lubnan pada tahun 911 H.

Syekh Hassan empunya kitab Usul Fiqh  Ahlul Bait ‘’ Maalimul Usul ‘’ adalah anaknda beliau dan empunya kitab Feqah ‘’Al-Madarik ‘’ Seyyed Muhammad Ali Al-Amili  adalah cucunda beliau.Di antara keturunan beliau ialah Syahid Rabi’ ( Syahid keempat ) Syahid Ayatullah Seyyed Muhammad Baqir Sadr empunya kitab ‘’ Falsafatuna’’ dan ‘’ Iqtisaduna ‘’  dan adik perempuan beliau As-Syahidah Bintul Huda yang telah dibunuh oleh Saddam Hussein.Imam Musa Sadr yang hilang  di Libya dan tidak diketahui  sehingga ke hari ini juga adalah dari anak cucu beliau.ALFATIHAH untuk para syuhada,arwah mukminin dan mukminat.SOLAWAT. 

Mikraj 3


      
      
      Rasulullah s.a.w adalah Nur dan penciptaan baginda juga adalah dari Nur ( Banyak bukti bagi kenyataan ini di dalam Al-Quran dan Hadith ) maka itu apa perlunya mikraj ke langit dan Arash Ilahi menggunakan tunggangan atau kenderaan ?

      Di dalam Ziarat Jamiah terdapat ungkapan : Wa Antum Nurul Akhyar/anda semua ialah cahaya orang-orang mulia Wantajabakum Linurihi /Dan Allah memilih anda semua untuk Nur nya
Wa Nuuruhu Wa Burhanuhu Indakum /Dan cahaya nya dan penerang nya di sisimu.
Khalaqakumullah Anwaaran  Fajaalakum Bi’arshihi Muhdiqin/Allah telah mencipta kamu semua
Cahaya-cahaya maka Allah menjadikan kamu mengelilingi ArashNya.
Walaupun ungkapan-ungkapan ini berkenaan Imam-Imam dan Maksumin a.s  tetapi semua makna ini kembali kepada Rasulullah s.a.w kerana kesemua mereka adalah Nur yang satu.
Apabila Nur nya Rasulullah s.a.w mengelilingi Arash Ilahi apa perlu lagi tunggangan atau kenderaan dari Nur untuk menyampaikannya ke maqam Qurb (hampir) dan tak perlu difikirkan tunggangan dan kelajuannya lagi ! kecuali kita mengatakan perkara ini berlangsung dengan upacara dan protokol yang khas untuk meraikan kebesaran dan kemuliaan maqam baginda Rasul s.a.w oleh Allah Taala.
Jika kita mahu fikirkan kenderaan untuk urusan ini tidak ada kenderaan dan wasilah yang lebih kuat dari Tawassul dengan Ismul A’zam Ilahi yang mana wasilah ini menambah bercahaya Nur ini dan begitu memberi  kelajuan dan meluaskan pandangannya sehinggakan di dalam satu detik seluruh penjuru langit dan Arash Agung Ilahi berada didalam pandangannya.
Allah Taala berkaitan dengan kaitan diantara Nur ini dengan Nur Nya berfirman :
Allahu NuuruSSamawaati Wal Ardh/Allah adalah Nur nya langit-langit dan bumi
Mathalu Nuurihii kaMishkaatin fiihaa Misbaah/Perumpamaan Nur Nya ialah…( Nur 34 )
Sebahagian Ahli Tafsir mentafsirkan : Allah adalah Nur langit-langit dan bumi,perumpamaan Nur Nya
adalah perumpamaan untuk Nur Muhammadi,Mishkat adalah dadanya Rasulullah s.a.w,Zujajah adalah kalbu baginda,Misbah adalah Kenabian,tidak Timur dan tidak Barat dan Misbah ini adalah dari pohon yang diberkati yakni pohon kenabian yakni Nabi Ibrahim Khalilullah nindanya Rasulullah s.a.w. Hampirlah Nur nya Muhammadi menjadi jelas bagi umat manusia.
 Di dalam Doa Malam Arafah diungkapkan :
Wa Bismikallazi Sakhkharta bihil Buraaq Li Muhammadin/Dan dengan Namamu yang telah kau kuasakan dengannya Buraaq bagi Muhammad.
Nama yang mulia ini nampaknya ialah Ismul A’zam yang dengannya mampu dilakukan semua perkara di alam Imkan ini.
Maka itu telah diketahui bahawa tenaga yang menggerakkan Buraaq dengan kelajuan berjuta kali ganda kelajuan cahaya ialah tenaga yang terhasil melalui Ismul A’zam Ilahi.
YA HU YA MAN LAA HU ILLA HU IGHFIRLI WANSURNI ALAL QAUMIL KAAFIRIIN.